"sometimes there is NO next time, NO second chance, NO time out.... sometimes....it's NOW or NEVER...."

Tuesday, 8 March 2011

Who I Am?

19 Mac 1982
Lahirlah sorang bayi lelaki yang sopan dan tinggi budi pekertinya. Comel tahap badak dan bergumbiralah kedua ibu bapa beliau. Mempunyai darah jenis O, sama seperti org lain darah beliau bewarna merah.  Masa kecik, nenek aku panggil aku YET.  Entah kenapa dia panggil aku mcm tu. Aku check balik, xde pun hero hindustan nama YET pada ketika tu..Hero Tamil jauh sekali, kalu hero filem Vanuezela, time tu mana ada citer2 gitu masuk Malaysia. Tapi masa tu aku xpandai nak tanya sbb aku kecik lagi.  Sekarang aku nak tanya dia dah meninggalkan kami semua..Tapi aku terima je la panggilan dia. Akhirnya, seluruh keluarga aku panggil aku YET..Aku redha dgn panggilan tu..sbb kalu sebut byk kali mcm comel lak..

Ni la tebuan yang menyenyat aku...ceitt muka je nampak baik

1987
Umur aku ketika ini 5 tahun. Satu kejadiaan yang hampir meragut nyawa aku..ini bukan main2 wooo...yang ini aku ingat..disatu magrib, aku sibuk nak keluar tgk mak aku bakor sampah kat belakang reban ayam..ayam semua dah masuk reban beristerehat..aku pun terkinja-kinja nak menolong mak aku kononnya..mak aku dah pesan byk kali,g mandi dah magrib..tapi aku buat2 pekak je..biasalah semua org magrib2 suruh anak dia mandi..pada aku dah common...tetiba sambil aku jalan2 kat kebun, dengan jarak 100 meter dari mak aku, aku terpijak sarang tebuan, hampir 15 das gigitan sengat tebuan...lasntas dgn penuh gaya aku berlari dan menjerit..mak aku pun bergegas tgk aku yg dah nak mati..aku terus pengsan..tetiba aku jaga,semua org keliling aku baca ayat Quran..makkkk aaiiiii nasib baik aku tak mati...ngeri woooo...sian mak aku, dia lak kena marah dgn bapak aku..nasib baik aku xjadi mati, kalaulah time tu aku mati, isshhhh....


Logo SK Peserian

1989
Pertama aku kesekolah. wahhh aku rasa excited teramat sgt...berbekalkan botol air menyerupai telefon amatur, abah antar aku kesekolah..member pertama aku kenal adalah Azly Aziz...mmg aku akan ingat dia sampai bebila..rupanya mak dia pengusaha kentin kat sekolah tu..tengok!!! murah rezeki aku kan?? apa lagi makan free la hari2..muakakkaka Aku sekolah di Sekolah Kebangsaan Peserian, Semerah.  Sekolah ni cantik sbb aku tak penah g sekolah lain pun... 


Logo SMK Semerah

1996
Aku dah sekolah menengah di SMK Semerah..waktu ni dah pandai macam2..dah baligh la katakan..aku masuk kelas 1B oleh kerana pencapaian UPSR yang memberangsangkan. Kalu 1A skema sgt...ehhehe..tapi kira ok la sbb time tu kelas sampai 1G...Kawan semakin ramai..sudah memiliki sebuah motosikal berkuasa rendah..Honda 80cc lampu bulat yang aku telah renovate.  Tapi aku tersilap pilih color, ade ke time tu aku color warna purple..Dah mcm Anggur bergerak dah motor aku..tapi kuasa kudanya jgn main2..kira kuda pun letih nak ngejor nye yob..


Sekolah Menengah Teknik Alor Gajah

1998
Masa ni aku frust sbb tak dapat masuk ke MTD (Maktab Tentera Di-Raja). Aku tak layak sbb badan tak fit katanya..dan akhirnya aku buat keputusan ke Sekolah Menengah Teknik Dato' Seri Mat Zin kat Alor Gajah Melaka.  Sampai je masa nak reg...perghhh sekolah ni macam bangunan astet...tiada langsung bangunan yang boleh mencakar langit..Jurusan binaan bangunan..so aku pun teruskanlah persekolahan aku sehingga aku mencapai keputusan yang bagus dalam SPMV..tapi cikgu sekolah ni punya la gengster...ngeri aku...rupa2nya mmg diorang terpaksa berpewatakan mcm tu..sbb kebanyakan subjek dipengaruhi oleh jurusan yg diambil..dan byk latihan amali yang memerlukan disiplin yang tinggi..atas kesedaran ini aku merelakan cikgu2 melempang n merotan aku kalu aku bersalah...hanya satu je aku takleh accept, kalu org lain yg salah,ehhh aku kena lempang juga??? tak patut kan???



2000
Hahahahaha kali ni aku ada sedikit keriak'kan..sbb kini aku bergelar seorang mahasiswa di UiTM Seri Iskandar, Perak.  Kehidupan dan corak pemikiran sudah bertukar, aku menjadi lebih kritis dan matured dalam segala hal.maybe dipengaruhi oleh faktor usia yang semakin meninggi. Menjadi seorg pelajar yang aktif dalam Persatuan Pelajar dan menyertai pelbagai aktiviti. Nama aku tersohor disegenap kampus, ada yang suka,ada yang benci..biasa la org politik mcm aku...heheheh tapi aku bukan gila kuasa..aku bukan pelajar pilihan pengurusan mahupun lecturer,tapi aku pelajar pilihan pelajar2 lain..sbb aku menegakkan benang yang basah demi mempertahankan hak dan kepentingan student lain..
Mengambil Diploma Perancangan bandar dan Wilayah.  Kenapa aku pilih kos ini? sbb nama kos ni panjang berbanding diploma akitek ke,diploma akaun ke...so aku rasa mcm best..bila dah belajar..pergghh mcm org gila..setakat tak mandi 3 hari itu biasa...kawan2 pompuan yang dulunya aku nampak cun dan ayu, kini menyerupai pontianak kematian suami..ahahhaahha

Dan akhirnya aku meneruskan pengajian di peringkat Ijazah di UiTM Shah Alam..Now aku sudah ada awekk...siapa?? syuttttt tu dolu2 punya citer..takyah aku citer sbb semua org tau..biasa la aku kan kaki expose...dan aku menamatkan pengajian dengan pencapaian yang boleh dibanggakan..pernah mendapat tawaran menyambung pelajaran di Australia, but aku xpegi atas sebab mempertahankan cinta yang dibina...cheeewahhhhh...geli aku...

No comments:

Post a comment