"sometimes there is NO next time, NO second chance, NO time out.... sometimes....it's NOW or NEVER...."

Friday, 27 July 2012

Produk Baru EuroVac : Discover QLD, Australia

Assalamualaikum kawan2 dan Salam Ramadhan,

EuroVac Management Sdn Bhd kini menawarkan satu produk baru Discover QLD, Australia. Masih mengekalkan konsep percutian yang unik dengan motorhome. Kini harga yang ditawarkan juga lebih rendah berbanding percutian dengan konsep ini ke Eropah.  Jom rancang percutian anda bersama keluarga dan alami pengalaman hebat bersama kami.



Harga Bermula dari RM6,999.00 seorang

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian nih 0123272920






Wednesday, 25 July 2012

EuroVac dalam Make The Pitch 8TV

Korang tau ke Make The Pitch tu mende?? Dulu aku pun tak tau.. satu hari tu aku baru balik dari opis..tengah lepak2 tengok TV..pastu aku pun buka la satu rancangan secara kebetulan...dan ianya teruslah bermula satu episod yang baru dalam idup aku...jenggg jenggg jenggg..

Make The Pitch ni adalah rancangan realiti keusahawanan yang dianjurkan oleh Media Prima dengan sponser dari MyEG, Sme Corp, RHB Bank dan banyak sponser-sponser yang lain.

Tahun lepas aku ada tengok rancangan ni kat TV dan aku rasa bisness yang aku buat sekarang ni sgt unik..so apa salahnya aku mencuba..Kemudian pada awal tahun ni aku pun cuba la antar borang untuk sertai season kedua nih...Alhamdulilah, bisness yang aku usahakan (EuroVac) terpilih sebagai peserta musim kedua.

Memula aku tak sangka jugak sebab aku fight dengan ratusan idea2 baru dari syarikat2 lain..Tapi mmg dah menjadi rezeki yang Allah tetapkan..syukur aku dapat join rancangan nih..semasa aku taip entry nih, Eurovac telah terpilih ke semi final. Menggigil jugak memula..tapi aku redah je la apa nak jadi pun...





Perrrgghhh memang gigil beb..tapi bila dengar judges Comments lega sangat... Untuk ke second round nih aku lebih bersedia.. Mmg aku akan bagi kaw-kaw punya!!! Oppsss...korang boleh layan rancangan nih setiap hari Khamis 10.30 mlm di TV8...

Majlis Perkahwinan Ekin & Fairus

Di kala usia aku 30 tahun, ramai kawan-kawan aku yang masih single. Alhamdulillah, akhhirnya aku jumpa juga dengan jodoh yang dah Tuhan tetapkan untuk aku.. Rupanya besar hikmah Tuhan atas ujian yang  telah aku lalui..Now tak nak bercerita benda yg sedih2..Hidup aku dah mcm korang..normal seperti manusia biasa..ada anak, ada isteri, ada pekerjaan, hantar anak ke sekolah, berbuka puasa bersama isteri dan anak..ehhehheheh Syukur Alhamdulillah...

Pada 26 Mei 2012, selepas isyak maka bergelarlah aku suami orang..pergghh...dengan 1 lafaz je tau...Alhamdulillah..dan esoknya majlis kenduri pun berlangsung mengikut adat2 tempatan..so ni aku sharekan sikit pic kawin aku yang aku rasa paling engsem.. :) muakakakak...dan kredit kepada 2 orang official photographer aku iaitu www.qayyumstudio.com dan www.zlphotography.com . Diorang berdua ni kawan2 aku time aku belajar dulu..Si Qayyum nih junior masa aku buat degree dulu dan Fazil Riza ni pulak classmate aku masa aku form 1-3.. skill dan artwork yang bagus dari diorang..tapi sampai tarikh aku menaip entry nih, aku belum uruskan album kawin aku sebab terlalu sibuk..














Thursday, 19 July 2012

Post-post Yang Akan Datang

Oleh sebab aku dah lama tak mengupdate blog nih...sebelum aku terlupa apa yang bakal dituliskan...meh aku wat list dulu..

1. Majlis Perkahwinan aku dan Ekin
2. Make The Pitch
3. Office EuroVac
4. Yuzy Racing Club

Senang-senang nanti aku berceloteh panjang ok...

Thursday, 29 March 2012

Saya Sudah Tua, Saya Sudah 30 Tahun!!

19 March 1982 - ini adalah tarikh keramat aku..baby yg comel telah dilahirkan dengan jayanya atas kehendak Ilahi..akhirnya pada tahun 2012, tepatlah usia beliau 30 tahun..

Masa aku kecil2 dulu, aku xpernah terfikir aku akan lalui usia ini (bukan pasal pendek umur, Moga Tuhan panjangkan umur aku). Masa aku kecik dulu, aku nak terus kecik mcm tu, xde masalah, byk permainan, xpayah keluar bekerja, xpayah nak cari awek..hehehe..

Beberapa tahun yang lepas, menyambut hari lahir ni sudah tak penting bagi aku..tiada special lagi tarikh keramat nih..bagi aku semuanya sama..TAPI akhirnya tahun 2012 ni, rupanya apa yg dah terpadam dalam hidup aku bersinar kembali...chewahhh...Tahun ni aku dapat semula ber"candle light dinner" dan dapat hadiah Kemeja Mahal2..wahhhh seronotnya akuuuu...






Terima kasih banyak2 yer..


Panggilan Baitullah

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ

Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah.
Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu.

Intro
Aku suka nak share akan pengalaman baru menunaikan ibadah umrah. Di usia mencecah 30 tahun, Alhamdulillah Allah memberi aku kesempatan melancong dan meneroka ke beberapa negara. Namun tak sama langsung semasa aku berada di Mekah dan Madinah. Sudah lama perancangan untuk menunaikan umrah bersama keluarga kira-kira 3 tahun lepas. Bermula dengan idea yang dibawa oleh abang aku untuk membawa semua ahli keluarga menunaikan umrah bersama kedua ibu bapa, akhirnya cita- cita itu tercapai dengan izin yang maha Esa.

Dosa-dosa dan Kesalahan Lampau
Sebagai manusia biasa, aku tak terkecuali dari melakukan dosa dan kesalahan baik kepada Dia atau sesama manusia. Ya Allah adakah Engkau menerima aku menjadi tetamuMu? Itulah yang selalu
aku fikirkan lebih-lebih lagi bila mendengar segala pengalaman dari orang lain.

"Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku dan Kau tutupkanlah segala keaiban ku semasa aku berada di Baitullah, terimalah aku menjadi tetamu Mu"

Menangis juga bila aku mengenang kembali betapa kerdilnya aku disisi Dia. Sujud aku meminta keampunanNya.

Persediaan Ke Tanah Haram
Aku ikuti kursus umrah anjuran YHA travel dan dari situ byk perkara yang mendorong aku untuk membersihkan diri sebelum mengadap Baitullah. Tetapi trip umrah bersama keluarga ni dikelola oleh ARABTCO,sebuah syarikat travel dari utara.

1. Aku mohon ampun pada sekelian keluarga dan sahabat handai
2. Bayar segala hutang (nasib baik aku xlupe hutang rak kasut yang aku beli)
3. Bayar zakat pendapatan
4. Mengampunkan setiap kesalahan mereka yg pernah berbuat salah pada aku
5. Mengadap Allah dengan hati yang kudus

Pertama Kali Mengadap Baitullah
Satu peristiwa yang membuat aku menangis dan aku xdapat control perasaan sedih,terharu,takut, gembira etc.... Peristiwa pertama yang aku alami yang tak mungkin aku lupakan sepanjang hidup aku.
Beberapa hari sebelum aku berangkat, aku bermimpi Baitullah. Gambaran dalam mimpi aku, aku ternampak Baitullah disebalik sebuah tiang, keadaan baitullah samar2 mcm ada jerebu (maksudnya, sebagian kaabah aku nampak,sebahagian lagi terlindung oleh sebatang tiang besar).

Sesampainya aku di Mekah, aku dan semua jemaah terus melakukan ibadah umrah walaupun 35 jam tidak tidur. Masing2 risaukan pantang larang semasa berihram. So sampai dihotel,terus menuju ke Masjidilharam. Ketika masuk saja ke Masjidilharam, Subhanallah..imej pertama yang aku nampak itu adalah sama dengan imej didalam mimpi aku..aku nampak sebagian kaabah dan sebahagian lagi tertutup oleh salah satu tiang masjid itu. Aku terus berjalan menuju kaabah untuk bertawaf. Air mata berjujuran..rupanya roh aku sudah sampai sebelum jasad aku sampai ke Baitullah Mu Ya Allah..

Mekah Tanah Haram
Mekah itu sgt stylo!! rasanya sudah lebih 10 negara dalam dunia ni aku lawati, tapi tak sama ketika aku berada di Mekah. Entah kenapa..aku alami perasaan yang sangat tenang tidak tergambar ketenangannya..hari2 aku kat sana penuh dengan senyuman, takde sifat marah,xde perasaan benci,xde apa yang perlu difikirkan..hanya fikirkan ibadah, menyesali dosa2 yang lalu dan memohon keampunan Allah. Jarak hotel dengan Masjidilharam kira2 150 meter sahaja. So lebih rajin untuk ke masjid. Baitullah memang ada aura!! Setiap kali pulang dari masjid, baru berehat 10 minit, kita dah merinduinya..nak pandang je Baitullah tu..Maklumlah,segala amalan digandakan 100,000 kali.. takkan nak lepaskan peluang tu.

Berehat sekejap dan terus angkat kaki menuju ke masjid lagi. Last-last dari zohor sampai ke isyak aku duduk je beriktikaf dan bawak bekal siap2..sempat juga aku tidur bermalam 2 kali di dalam Masjidil Haram..Naik ke tingkat tiga,sambil menyarap tengok kaabah dan terus tido sampai ke subuh

Sirah Nabi dan Sejarah Mekah
Aku bagi cadangan, bagi siapa yang nak menunaikan umrah atau haji,salah satu perkara yang boleh kita selami adalah sirah dan sejarah Baitullah itu sendiri. Barulah kita dapat hanyati dengan penuh perasaan atas kewujudan Kaabah, keagungan islam dan kemuliaan para nabi dan rasul. Boleh dapatkan byk buku2 sejarah tentang kota Mekah dan Madinah.

Gua Hiraq di Jabal Nur
Aku berkesempatan mendaki Jabal Nur untuk melihat sendiri Gua Hira dimana Rasullah menerima wahyunya yang pertama. Sungguh memilukan pengorbanan Baginda. Di gua itulah bermulanya syiar islam yang dibawa oleh nabi kita. Gua yang kecil, atasnya tersusun bongkah2 batu yang lebar dan boleh memuatkan lebih kurang 2 orang. Sedih melihat pengorbanan Nabi kita. Tapi aku rasa bangga atas kejayaan Rasullah. Dari atas Jabal Nur ini, kita boleh nampak bandar mekah dan Masjidil Haram

Hajar Aswad, Hijir Ismail, Saf pertama didepan kaabah
8 hari aku berada di Mekah, aku cuba berulang kali nak kucup Hajar Aswad, nak solat sunat di Hijir Ismail dan Nak bersolat saf pertama di depan Baitullah. Tapi cubaan aku gagal sebab terlalu ramai manusia. Lagipun amalan itu adalah sunat. Manusia bertolak-tolak lelaki perempuan,dengan badan2 pak arab yang besar, tercicir aku kat lengan2 diorang. Ada juga perkhidmatan orang2 indonesia yang nak bawa aku cium hajar aswad, tapi bayarannya 50 riyal..aku menolak sbb pada aku jika memang ada rezekia aku adalah nanti..banyak percubaan aku gagal.

Malam terakhir aku sebelum aku tinggalkan mekah..aku bersolat hajat dan berdoa semoga aku diberi kemudahan untuk mendapatkan sunah mengucup hajar aswad, dapat bersolat sunat di Hijir Ismail dan kalau boleh aku nak solat subuh di Saf pertama.

Ya..Allah Itu Maha Besar dan Maha Berkuasa..rupa-rupanya kegagalan aku sebelum ini sebab aku tak berdoa untuk dapat semua tu..selepas aku tawaf sunat waktu malam terakhir ni, aku cuba untuk menuju ke Hajar Aswad..mmg ramai manusia..hanya kira2 10 minit bersesak-sesak, akhirnya Allah izinkan aku mengicup Hajar Aswad..perkara yang aku rasa tak mungkin aku dapat sebab kawasan tu dipenuhi pak arab2, turki, india,pakistan yang berbadan besar..Ya Allah Engkau Maha Besar dan Berkehendak Atas Segalanya..

Lepas kucup Hajar Aswad,aku cuba pulak di Hijir Ismail, atas kehendakNya juga, aku dapat masuk dan bersolat di dalam Hijir Ismail walaupun terpaksa sujud di kaki manusia..tersengeh aku bila keluar dari Hijir Ismail.

Dan aku pulang ke hotel dengan penih syukur dan sujud sukur sebelum sampai ke hotel..rupanya senjata mukmin yang sering diperkatakan ialah doa itu benar2 terkesan pada aku..

Pagi itu bangun awal untuk bertawaf Wida'. Sebelum subuh aku dah sampai di Masjid..puluhan ribu sedang bertawaf..aku menghampiri kaabah..aku berdoa pada Allah moga diberikan peluamg untuk aku solat subuh terakhir di mekah di saf pertama..setelah azan,semua jemaah sudah sibuk membuat saf..aku pusing dibelakang saf pertama..sambil berdoa moga diberi ruang..ada sedikit ruang aku cuba mencelah..dengan buat muke kesian, akhirnya pak arab tu tarik aku untuk masuk ke celah saf pertama..semasa solat subuh tu..menangis2 aku..Ya Allah, ko telah makbulkan permintaan ku ya Allah..siapa aku?? Kau masih memandang aku walau diri aku terlau kerdil atas dosa dan kelalaian ku...

Selepas subuh,tawaf wida' dengan cucuran airmata..rasa aku tak sanggup untuk berpisah dengan Baitullah..sambil melangkah, sambil merenung pada kaabah..sayu..sepi..sedih..aku pasti rindukan Baitullah..

Menuju Madinah
Dari Mekah dgn perasaan sedih terus menuju ke Madinah..perjalanan lebih kurang 6 jam berbanding 18 hari 18 malam yang dilalui oleh Rasullah dengan untanya..aku akan menjadi tetamu Rasullah..malam itu berpakaian baru dan berwangi-wangian untuk berjumpa dengam Baginda (aku xpasti ianya tuntutan atau tidak). Pada aku, kalu nak jumpa kekasih mestilah bersiap, inikan pula kekasih Allah..lepas solat isyak, terus menuju ke makam nabi..disebelah makan nabi ada makan Abu Bakar dan Omar..mmg terasa aura bila lalu didepan makam sambil memberi salam dan berselawat ke atas Baginda.

Raudah Itu Taman Syurga
Pagi esoknya, ramai yang mengikut pihak syarikat untuk ke pasar kurma..tapi aku memilih untuk jaga abah aku yang tak berapa sihat..pagi tu aku ke masjid nabawi dengan abah..abah ajak aku untuk cuba masuk ke Raudah..aku pimpin tangan abah..abah sakit lutut, demam dan batuk..Teknik aku dah pelajari, sebelum masuk ke Raudah, aku solat hajat dulu..Alhamdulillah aku dan abah dipermudahkan untuk masuk ke Raudah walau terlalu sesak..lepas itu,aku dan abah pekena teh tarik di depan masjid sambil ngobrol...abah ceritakan pengalaman masa buat haji dulu..bahasanya dan suaranya susah aku nak paham sebab dia sakit tekak..aku renung wajah abah, sayu rasa hati..abah aku sudah tua rupanya..

Dua malam di Madinah, akhirnya tiba masa untuk aku pulang..semua jemaah nampak muram..mereka pasti sayangkan 2 tanah haram ini, Mekah dan Madinah.. sampai semula di Malaysia ketika usia aku tepat menjangkau 30 tahun..Alhamdulillah, moga ibadah diterima olehnya dan mendapat umrah yang mabrur.

So kat sini aku nak bagi beberapa tips bagi mereka yang akan menjadi tetamu Allah.  Hanya dari pengalaman aku yang tak seberapa nih :

1. Jangan ketawakan kasut orang hilang atau berdetik "apa la org ni takut sgt kasut hilang,sampai bawak masuk masjid", bila keluar nanti,kasut kita yang hilang tinggal sarung kasut je

2. Jangan cakap Mekah tu kotor walaupun mmg byk sampah dibuang merata tempat - tiba2 tangan aku yang sedang pegang sampah tu mcm ditampar org..sampah jatuh lalu terbang tak dapat dikutip..bila difikirkan, rupa-rupanya sampah itu memberi rezeki kepada penyapu sampah yg memang ramai disekitar luar masjid

3. Jika bershopping, jubah yang harganya 200 terus ditawar kepada 50..minyak atar yg harganya 100 terus ditawar 20..hati2 dgn pak arab punya belit

4. Jangan percaya sangat dengan org arab nih, attitude diorg sgt teruk..

5. Jangan menakutkan burung merpati di sekitar Masjidilharam, menakutkannya berdosa,membunuhnya kena bayar dam seekor kambing - merpati ini keturunan yang menyelamatkan Rasullah

6. Jangan ubah niat kalu duit dah diketepikan untuk bersedekah..nanti jika dibeli barang dengan duit tu..tiba-tiba barang tu boleh hilang atau tercicir..

7. Minta maaf kepada mereka yg kita rasa ada buat salah, disana nanti takut ada bahagian yang tidak enak untuk kita.  Asyik terpandang je muka-muka yang pernah kita lakukan kesilapan. Buang ego dan mohon maaf.

8. Bawak bekalan makanan penaik selera seperti serunding atau sambal, ada sesetengah makanan yg tidak menepati citarasa kita

9. Buatlah ibadah dengan ikhlas dan bertaubat kepadaNya, Insyaallah dipermudahkan segala urusan.

10. Jika ada terputus saudara, sambungkan dulu silaturahim sebelum berangkat.

Sunday, 29 January 2012

Shopping Trip di Eropah dengan hanya RM9,900!!!!!

JOM JELAJAH EROPAH DENGAN KENDERAAN MOTORHOME!!! 

Saya dapat banyak request yang menanam cita-cita nak bersama EuroVac menjelajah dan bershopping dengan menggunakan kaedah motorhome nih..rupanya ramai peminat EuroVac nih..Alhamdulillah.. tapi ramai diantara kawan-kawan kata budget mereka tak berapa nak banyak..rata-rata mempunyai kemampuan lebih kurang RM10,000 sahaja.

Memandangkan saya memang excited nak berkongsi pengalaman motorhome ni dengan kawan-kawan dan sahabat handai, terlahirlah sebuah produk "Shopping Trip" yang lebih murah dan bertepatan dengan kehendak ramai dan kos keseluruhan hanya RM9,900 sahaja termasuk segala keperluan tiket penerbangan, makanan, penginapan dan lain-lain yang diperlukan.


Jom saya ceritakan sikit macamana perjalanan kita nanti :

Hanya dengan RM9,900 anda akan berada di 4 buah negara EROPAH!!!!!!




Full itinerary Shopping Trip (Munich-Milan) 9D-7N

Munich (German) - Nenzing (Austria) – Liechtenstein - Medrisio (Switzerland) - Milan (Italy)

Day 1 : KL-Munich(German)
(transit di Abu Dhabi)




Pada kebiasaannya, kita akan gunakan Syarikat Penerbangan ETIHAD.  Memang sangat selesa dengan tempat duduk yang empuk dan makanan halal yang sedap. Bangun Makan, Makan Bangun...kerusi dilengkapi dengan paparan HD dan cerita-cerita yang menarik dan latest.  Beberapa kali ke europe, ETIHAD adalah antara yang terbaik.  Perjalanan lebih kurang 15 jam dan transit di Abu Dhabi.  Di Abu Dhabi pun dah boleh mula bershopping.




Transit di Abu Dhabi hanya sekitar 3 jam sahaja. So bolehlah anda bersiar2 sekitar airport. Ada butik-butik yang best jugak untuk membeli-belah. 

Day 2 : Munich
-Selamat tiba di lapangan terbang antarabangsa Munich
-Bertolak ke hotel
-Makan tengahari
-Berehat
-Bersiar-siar kawasan berhampiran hotel
-Makan malam
-Sesi berkenalan
-Berehat




Dari Airport Munich, kita akan terus menuju ke hotel, penginapan malam pertama.  Sebuah hotel berusia 600 tahun dan dibina di pinggir sebatang sungai.  Aliran air menderu, gugurnya daun-daun pokok dan pemandangan ikan-ikan yang berenang-renang sangat teruja.







Day 3 : Munich (Kota Bavaria)
-Sarapan pagi
-Melawat ke Olympic Park
-Lawatan ke Bmw Museum
-Makan tengahari
-Bersiar-siar di Marienplatz (Dataran Marien)
-Hard Rock Cafe Munich dan membeli belah barangan cenderahati
-Solat jamak zuhur+ asar/magrib+isya di Masjid Haci Bayram Camii Pasing Munich
-Makan malam bersama Artis Islam di German , Hulya Kandemir
-Kembali ke hotel berehat







Day 4 : Munich - Nenzing (Perjalanan mengambil masa 3-4 Jam)
-Sarapan pagi
-Check Out hotel
-Penerangan tentang keselamatan dan pengunaan motorhome, bacaan doa
-Semua peserta ditempatkan pada motorhome masing2
-Membeli belah bahan mentah di pasaraya berdekatan serta makan tengahari
-Pegembaraan motorhome ke Nenzing
-Selamat tiba di Alpencamping Nenzing
-Bersih diri
-Makan malam dan serta penerangan mengenai campsite




Day 5 : Nenzing - Liechtentein – Milan (Perjalanan mengambil masa 3-4 Jam)
-Sarapan pagi
-Bertolak ke Milan
-Berhenti seketika di Liechtentein
-Makan tengahari di Suffer, Switzerland
-Selamat sampai di Cita De Milano Campsite, Milan Italy
-Makan Malam
-Rehat



Day 6 : Milan
-Sarapan pagi
-Menaiki train ke kota Milan
-Melawat Duomo Square
-Melawat dataran Catheral Milan
-Makan tengah hari
-Membeli belah di Galleria Vittorio Emanuele II
-Pulang ke Campsite
-Makan malam
-Rehat



Day 7 :Milan-Mendrisio
-Sarapan Pagi
-Fox Town Factory Outlet
-Makan tengahari
-Peserta meneruskan membeli belah
-Pulang ke campsite
-Makan malam


Day 8 :Milan-Kuala lumpur
-Transit di Abu Dhabi

Day 9 : Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
-Bersurai

NIKMATI PERCUTIAN HEBAT INI DENGAN HANYA RM9,900 SAHAJA!!!


Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi 0123272920 atau 03892568878. Tempahan telah dibuka dan sangat terhad.

"Shopping Trip 2012"

Trip 1:  18 Mei - 26 Mei  , Munich-Milan
Trip 2:  26 Mei -   3 Jun  , Milan-Munich ( school holiday )
Trip 3:  30 Mei -   7 Jun  , Munich-Milan ( school holiday )
Trip 4:   7  Jun - 15 Jun  , Milan-Munich
Trip 5:  11 Jun - 20 Jun  , Munich-Milan
Trip 6:  20 Jun - 28 Jun. , Milan-Munich



Saksikan Sedutan Rancangan Safiyya TV9 bagi memberi gambaran berkaitan 
Program EuroVac