"sometimes there is NO next time, NO second chance, NO time out.... sometimes....it's NOW or NEVER...."

Sunday 9 October 2011

Day 6 : Duomo plaza dan dunia wanita!

Terbukti Kota Milan memang kota fesyen dunia. Warga mereka tidak kira latar belakang dan umur segak dan cantik berdress-up..cantik2 dan engsem2 diorg kat sini..kira2 jam 10 pagi, semua peserta melangkah menuju perhentian bus terdekat menuju ke stesen keretapi De Angelli. Dari stesen ini menuju ke stesen Duomo kira-kira 15 minit..


Bandar di sekitar Milan biasa sahaja..kurang menarik berbanding bandar2 yang dilawati sebelum ini. Bila sampai di stesen Duomo, berdiri dengan gah sebuah gereja lama berusia ribuan tahun MARIAE NASCENTI dan disebelah bangunan itu terletak sebuah bangunan A VITTORIO EMANUELE II. Tersenyum semua peserta dan mereka pasti teruja..


Butik-butik mewah berjenama antarabangsa memberi peluang kepada semua untuk membeli belah..letih melihat pelawat2 yang tidak putus2 membanjiri dataran Duomo dan kawasan sekitar. Berjuta-juta dolar nilai aliran disini..


Seharian menghabiskan masa di sini. Aku lepak kedai coffee dan memesan minuman wajib cuppucino..sambil memerhati pergerakan manusia lalu lalang..pulang ke campsite dan makan malam..menu? Telur dadar, kari ayam..now nak makan..byeeeeee esok akan bertolak ke Geneva selepas singgah di Fox Town sekali lagi..laporrrrrr.....

Saturday 8 October 2011

Day 5 : Alpine Camping - main salji di Sufer- shopping Fox Town - Milan, Italy

Hari ini rasa excited nak bercerita..walaupun agak letih..letih sebab byk sgt aktiviti yang dijalankan harini..

Pagi-pagi bangun dan bersarapan pagi. Bersyukur dapat peserta yang boleh bekerjasama. Sarapan pagi disediakan oleh peserta dan kami semua krew tinggal makan je..heheh..suhu di Alpine Camping sejuk mencecah 3.2 darjah celsius..ditambah dengan cuaca hujan..peewwwhh..


Bertolak dari Alpine Camping menuju ke Milan seawal jam 10 pagi..cuaca sejuk ditambah hujan renyai, jalan diselubungi kabus dan motorhome bergerak memecah kabus pagi..suasana di perkampungan Nenzing sungguh cantik..pokok epal dan pea segar berbuah..hanya dihadapan halaman rumah mereka..perjalanan diteruskan menuju ke pergunungan Alps..hujan masih tidak berhenti..

Ketika mendaki banjaran Alps, suhu menurun..banjaran ini sudah mula diselubungi salji putih..tetapi masih jauh jarahnya kira-kira 2 kilometer ke atas..permandangan di kawasan perkampungan seakan-akan cerita LOTR..

Keluar dari sebuah terowong, hujan renyai itu sudah bertukar menjadi ais-ais yang berterbangan dan melayang..wahhh ini salji..semakin tinggi banjaran ini didaki, semakin banyak salji yang melayang..kami semua semakin teruja..akhirnya mimpi untuk menikmati dan merasai pengalaman winter di Eropah tercapai..yaaa..sah ini salji..pokok-pokok dan padang di kiri dan kanan jalan diselubungi salji putih dan bersih...mata segar..

Rasa nak berhenti dan nak kepal-kepal je salji tu..kawasan yang sering krew Erovac berhenti semakin hampir..sebuah perkampungan ditengah-tengah Banjaran Apls dikenali sebagai Sufer..perkampungan ini terletak di dalam negara Swizerland..Mata melayan pemandangan di kawasan sekitar yang baru saja dipenuhi salji..rumput hijau masih kelihatan disulami warna suci salji..putih dan gebu..

Akhirnya kami sampai di Sufer, kawasan yang dinanti-nantikan.sampai di Sufer, aku sendiri melompat-lompat teruja dengan persekiran dan pemandangan yang hebat..sungguh besar ciptaan Tuhan..daripada maklumat yang diterima oleh masyarakat disini, hari ini hari pertama salji turun di kawasan ini..rasa bertuah..krew Safiyya TV9 menjalankan tugas membuat liputan sambil aku terbaring dan bergolek di padang putih ciptaan Dia..hebat, teruja, gembira semuanya ada..aku dan semua peserta siap main baling-baling salji yang dikepul-kepulkan..argghh tak kira umur..xkira kedudukan..semua kena belasah dengan balingan salji..heheheh padan muka diorang..menghabiskan masa yang lama di Sufer..makan tengahari di dalam motorhome..menu : nasi impit dan rendang ayam...perut lapar..advertising Malacca de Europa akhirnya mencipta sebuah sejarah..sejarah ini besar..sejarah ini untuk negara..sejarah ini akan menggegarkan Malaysia, Insyaallah..

Selepas makan tengahari, aktiviti mengambil gambar untuk kali terakhir selama 10 minit..walaupun gambar dah beribu rasanya disini..hehehehhe

Akhirnya, dengan berat hati motorhome terus dipandu menuju ke Milan..bandar fesyen dunia..menuruni banjaran ini dengan berhati-hati, jalan licin dan berkabus..perkampungan disini begitu indah..terfikir juga, apakah aktiviti utama mereka di celah-celah gunung..

Suhu semakin meningkat, salji putih semakin reda dan hampir hilang..pengalaman di Sufer tak mungkin dapat dilupakan...daripada suhu 3 darjah celsius, sejam kemudian meningkat sehingga 22 darjah celsius..semakin menghampiri Kota Milan..syurga untuk peserta wanita..LV, Gucci, CK menanti mereka..

Sebelum terus ke campsite seterusnya, singgah di Fox Town, sebuah pusat membeli belah dan factory outlet yang terletak diantara Italy dan Switzerland..sangat murah berbanding harga di Kuala Lumpur..mengambil masa hanya sejam berada di Fox Town untuk membuat perbandingan harga kerana esok hari semua akan ke Kota Milan..jika di Kota Milan lebih murah, mereka akan terus shopping di sana..tetapi jika di Fox Town lebih murah, krew Eurovac akan membawa mereka semula ke Fox Town..ini trip mereka..so biarlah mereka yang membuat keputusan..

Konvoi EuroVac meneruskan perjalanan ke campsite kira-kira 50 kilometer dari Fox Town..sampai di campsite jam 7 malam..hari masih terang..persiapan makan malam diteruskan..malam ini krew Eurovac menyediakan masakan..menu rendang ayam, asam pedas dan rendang daging..heheheh..semua makanan dalam tin!

Selepas makan malam, borak2 bersama semua peserta..gelak tawa memecahkan kesunyian campsite..ada juga mat saleh yang jeling-jeling..argghhh lantaklah...

Kepala pening, mungkin terlalu sejuk tengahari tadi ditambah keletihan memandu motorhome..makan 2 biji activefast dan terus mandi walaupun sejukkkkk gileeee..lepas mandi terus ke coffee house, pekena secawan cuppocino dan terus mengupdate blog..heheh..tangan dah penat taip..dan sekarang aku tengah merindui seseorang..siapa tu? Emelda Airisya anak manja papa!!!

Friday 7 October 2011

Day 4 : Bermulanya Program Malacca de Europa!! Thanks DS Ali Rustam

Bermulanya hari ini dengan menu roti telur dan sardin..aku xdapat rasa sebab bangun lambat..cuaca sejuk ditambah dengan angin sepoi2 bahasa perancisss..fuuhhhh sejukkk wooo..pagi ini salji sudah mula memenuhi banjaran alps.

Selesai bersarapan pagi, krew eurovac sudah mula menampal sticker di permukaan motorhome untuk menjayakan Program Malacca de Europa. Apa itu Melacca de Europa? Ialah satu program mempromosi produk pelancongan Negeri Melaka di 9 buah negara. Dulunya idea ini nampak mengarut, tapi sekarang ianya menjadi satu realiti.

Aku dan semua krew mempunyai cita-cita yang besar!! Atasa tanggungjawab sosial, kini Eurovac memperkenalkan produk baru iaitu "international advertising consultant". Program ini memberi peluang kepada pihak kerajaan dan swasta untuk mempromosikan produk mereka di 9 buah negara eropah.

Stiker ditampal bertemankan suhu sekitar 11 darjah celsius..mcm tak sejuk..tapi bila ditambah dengan angin..sampai ke tulang sejuknya..

Selesai memasang sticker, krew eurovac dan TV9 meneruskan shooting. Kali ini bersama seorang artis Austria, Wilfried namanya. Dengan gitar dan pakaian ala2 cowboy, mendendangkan beberapa buah lagu country!!!

Tengahari ini bermenukan Asam Pedas Ikan Kod...humangggggaiiiii....makan asam pedas dibawah banjaran alps...cuba bayangkan....ok krew nak sambung pasang sticker!!!

Day 3 : Pengembaraan bermula Munich-Alpine Camping, Austria

Hari ini organizer mengambil motorhome di depot. Dan terus dibawa ke hotel. Para peserta sudah bersedia. Shooting bersama TV9 semasa briefing.

Motorhome dipandu menuju ke pasaraya terdekat untuk membeli bahan mentah. Dan peserta terus dibawa ke Alpine Camping sejauh 300km. Perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam. Berhenti di perhentian untuk solat jamak asar dan zohor. Sampai di campsite dan terus menyediakan makanan. Malam ini bermenukan sardin, telur dadar dan sayur. Wahhh sedap....

Malam menjelma.Sembang2 bersama semua peserta dan bertukar-tukar pendapat bekaitan pelbagai isu - business, life, poltic etc..

Jam menunjukkan pukul 12 dan terus mengambil tempat masing-masing untuk tidur dan berehat.

Wednesday 5 October 2011

Day 2 : Shopping di Kota Munich

Munich adalah salah satu kota di Eropah yang menawarkan aktiviti membeli belah. Butik-butik terkemuka seperti Zara, LV, Colombia, CK, Esprit, Clark, Prada, Timberland dan pelbagai lagi. Pagi-pagi lagi kami keluar ke Kota Munich dan aktiviti hari ini membeli belah, melawat ke Masjid Terbesar di Munich dan bertemu "Duta EuroVac" seorang salebriti islam di Germany - Hulya Kandemir.

Shopping di Munich
Semua peserta mengambil kesempatan membeli belah. Harga disini jika dibandingkan di Kuala Lumpur purata 30%-40% lebih murah. Jika kita sabar untuk membeli belah, banyak barang yang boleh diperolehi kadang kala mencecah 70% lebih murah. Aku terus ke butik kegemaran aku bersama beberapa rakan yang lain - Colombia! Walaupun aku tak berapa outdoor sangat dulunya, sekarang aku dah jatuh cinta dgn jenama ini. Dibandingkan harga di KL, ianya jauh lebih murah. Sepasang kasut hiking yang bernilai RM1,+++ di Kuala Lumpur, bole didapati disini dengan harga 100 euro sahaja!

Peserta-peserta lain membeli belah dibutik2 kegemaran mereka! Baru satu negara dah ribuan yang habis...sesi shopping berakhir di Hard Rock Cafe...tempat cun, baju cun, awekkkkk cun!!

Masjid Terbesar di Munich
Di sini, pendekatan islam kepada penganutnya agak longgar. Ramai orang beragama islam, tetapi cara hidup mereka tidak seperti islam yang dituntut olehNya. Disebalik kegelapan mereka dalam menghayati islam sebenar, tersedia sebuah masjid peribadi yang dibangunkan oleh masyarakat Turki disini. Mereka juga obses dengan keTurkian mereka. Didalam ruang masjid, terdapat potret pemimpim-pemimpin islam Turki. Bersolat asar dan magrib disini. Ruang solat yang mewah.Walaupun ianya sebuah masjid yang besar, tetapi saiznya hanya seperti sebuah surau di pusat membelibelah di Malaysia. Sempat beramah mesra dengan saudara-saudara islam disana.

Hulya sebagai Duta EuroVac
Selepas menunaikan solat magrib, peserta dibawa berjumpa dengan duta EuroVac - Hulya. Beliau seorang artis islam disini. Mengabiskan usia muda sebagai seorang penganut islam, yang tidak tahu apa itu islam sebenarnya. Ibu bapa beliau tidak mempraktikkan islam. Hidup mereka sekeluarga tidak mengambilkira nilai-nilai islam. Kini Hulya mencari sendiri apa itu islam, melahirkan perasaan melalui lagu yang diciptanya sendiri. Kini Hulya memperolehi apa yang dicari iaitu ISLAM!!!

Hulya adalah Duta EuroVac. Insyaallah, kami akan cuba memberi peluang kepada Hulya untuk meneroka bakatnya di Malaysia. Aminnnnn

Kembali ke hotel selepas makan malam dan berehat. Esok bermulanya pengambaraan dengan motorhome..peeeeewiittttt

Nota : papa rindu memel!

Tuesday 4 October 2011

Bersiar-siar di Kota Munich & Melawat Allianz Arena

Terasa segar selepas dapat berehat dan melelapkan mata di katil masing-masing. Ditambah cuaca dan suhu yang dingin sampai terluapa mimpi apa yang muncul.

Kira-kira jam 3.30 petang, semua peserta keluar dan bersedia untuk melawat Kota Munich.Kota yag terbina sejak ribuan tahun dahulu.Di Malaysia, bangunan yang berusia seratus tahun dianggap bahan sejarah, tetapi disini bangunan sejarah mereka berusia ribuan tahun dan ianya fenomena biasa. Keluar dari hotel, menaiki bas terus menuju ke stesen keretapi hanya 10 minit. Menaiki keretapi ke bandar Munich dan berhenti di stesen Marienplanzt. Diatas stesen ini, terletak sebuah bangunan bersejarah yang berfungsi sebagai "Town Hall" sejak berabad lalu.

Tersergam indah sebuah tinggalan sejarah yang masih gagah. Mungkin faktor cuaca disini menjadikan bangunan-bangunan ini masih gah berdiri. Hanya terdapat kerosakan kecil pada strukturnya.

Program kali ini dimeriahkan lagi dengan bantuan seorang pelajar Malaysia disini dari German-Malaysia Institut GMI saudara Firdaus. Fasih berbahasa german dan sudah menghabiskan usia dewasa beliau selama 5 tahun disini.

Kami terus menuju ke sebuah restoren halal yang dimiliki oleh pengusaha berbangsa Turki. Aku cuba menu Perzola, mmg sedap tetapi nasinya sedikit berminyak.

Selepas makan malam, kami terus menuju ke Allianz Arena sebuah stadium bolasepak yang sangat unik. Stadium ini disinari cahaya pada waktu malam. Di stadium ini jugalah Pasukan Bola Sepak Bayern Munich beraksi. Cuma pada ketika lawatan dibuat, tiada apa-apa aktiviti.

Selesai bergambar di persekitaran stadium, kami terus berbincang bersama saudara Firdaus dan Fauzan berkaitan sesi penggambaran esok. Mereka memberi beberapa maklumat yang menarik untuk dijadikan bahan cerita.

Selesai perbincangan, kami menuju ke hotel dan bersedia untuk sesi penggambaran Rancangan Safiyya TV9. Okay mata pun dah layu, perut pun dah kenyang jom tidoooo....

Nota : Stadium Allianz Arena kelihatan seperti sebiji tayar kereta yang dibaringkan dan bercahaya penuh. Romantik untuk mempropose awek..pasti dapat kapel!!! Hhehehheheheh

Selamat sampai di Munich dan terus menuju ke Pension Hotel

Alhamdulillah, pergerakan lancar dari Abu Dhabi ke Munich. Ditambah keselesaan yang ditawarkan oleh Etihad Airlines. Makan tido makan tido... :)

Sampai di Pension Hotel, hotel yang terletak Di pinggir bandar munich. Walaupun agak jauh dari pusat bandar, kedudukan hotel ini lebih dekat untuk mengambil motorhome esok. Peserta sudah berada didalam bilik masing-masing.

Macam biasa aku berlegar-legar di perkarangan hotel mencari secawan kopi dan dilengkapkan dengan sebatang sempoerna hijau. Lebih menarik dan yakin apabila hotel ini dimiliki seorang muslim dari Morrocco. Tentu halal...cuaca tidak terlalu sejuk, hanya sekitar 17 darjah celsius. Semasa aku menaip story ni, ada seekor burung merpati yang kurang akhlaknya telah melepaskan peluru putih atas ipad putih aku..kurang asam..nasib baik aku tak bawak lastik..

Pengembaraan esok akan lebih menarik sbb bukan hanya disertai peserta EuroVac, tetapi dengan sokongan Kerajaan Negeri Melaka dan 2 orang jemputan Rakan Niaga EuroVac yang berjaya menyertai program ini secara percuma. Kenderaan motorhome esok akan ditampal sticker "Malacca de Europa". Kerendaan ini menjadi platform baru pengiklanan pelancongan Malaysia ke negara-negara Eropah.

Sekalung penghargaan dan ucapan jutaan tima kasih kepada Datuk Seri Ali Rustam dan UPEN Negeri Melaka kerana memberi kepercayaan kepada EuroVac Management untuk membuktikan idea ini mampu digalas oleh anak muda Malaysia!!

Monday 3 October 2011

EuroVac Trip 3

Bertolak dari KLIA dengan pesawat etihad dari negara UAE. Keadaan pesawat lebih baik dari KLM dan MAS. Tempat duduk selesa. Respon yg sama juga dari semua participant, rakan niaga dan krew TV9. Final trip EuroVac pada tahun ini dimeriahkan lagi dengan sokongan Kerajaan Negeri Melaka dan PrimeNetwork..tak lama lagi, muka aku akan terpaparlah kat Rancangan TV Safiyya 16 episod.. :)

Now, di Abu Dhabi, transit beberapa jam untuk meneruskan perjalanan ke munchen, germany. Keadaan airport sesak walau dah tengah malam.busy jugak airport nih.pak arab, mak arab, nasi arab semua ada kat sini..nak makan dah xlalu..cari port merokok kejap..

Aku menaip gunakan ipad2 yang kononnya stylo.tapi xpandai nak upload picca kat dalam blog nih..ampehh tul..kalu tak dah boleh kongsikan bersama sekelian keluarga. So nanti aku akan updatekan apa2 perkembangan.Mohon keluarga dan sahabat handai dapat doakan kelancaran dan keselamatan sepanjang program ini. Amin...