"sometimes there is NO next time, NO second chance, NO time out.... sometimes....it's NOW or NEVER...."

Thursday 5 March 2015

Networker vs Businessman

Perutusan KHAS kepada abang2 dan kakak2 MLM (Multi Level Marketing)

Ramai antara kita yang pernah terlibat dengan MLM. Jika diambil sample 10 orang, mungkin 10-10 pernah menyertai MLM dengan pelbagai pengalaman baik, buruk, suka, duka, happy, menyampah, berjaya, gagal, sokong, protes. Ini biasa. Tidak pelik.

MLM itu tidak salah. MLM adalah kaedah pemasaran yang pantas berbanding konvensional biasa. Tetapi disebalik kehebatan sistem ini, ada 2 konsep utama :

a. "Produk Di Depan, Pelan Pemasaran di Belakang" : Produk yang ternyata bagus dan berkesan, kaedah pemasaran menggunakan konsep MLM/Networking.

b. "Pelan Pemasaran Di Depan, Produk Di Belakang" : Produk hanya "menghalalkan" jual beli untuk dapatkan lesen, rukun jual beli yang sah. Tapi hakikatnya, kualiti produk rendah. Akhirnya, berkotak2 kopi disimpan di bawah katil. :)

Kedua2 pendekatan ini tidak salah, tetapi yang salahnya apabila "networker" dalam MLM tu yang menjadikan bisness MLM ni jatuh nilainya, jatuh martabatnya.

Jika anda mencari kekayaan dalam MLM, mungkin ini tempatnya. Tetapi jika anda mencari masa depan dgn MLM, bukan ini sahaja pilihan yang ada.

Ramai dikalangan networker menggunakan pujuk rayu kepada rakan2 untuk sertai rangkaiannya. Rakan lama sudah tak berhubung saban tahun, tiba2 muncul untuk ajak minum teh. Hari2 diajak berjumpa.

Demi menjaga hati, maka berjumpalah 2 sahabat lama. Yang dulu muda remaja, sekarang sudah beruban, dulu tak pernah ada gf, sekarang cucu dah 5, isteri dah 2. Berapa lama tak jumpa agaknya? Tapi sayang, peluang berjumpa ini hanya sedikit masa berbual atas nama persahabatan, yang lainnya dihabiskan mendengar pelan pemasaran "bulat-bulat".

Ditunjukkan pula kejayaan leader2 dengan kereta mewah, banglo besar, bercuti sana sini, umrah dan haji. Semua "hot button" impian manusia ditekan2, diramas2. Dari pelan pemasaran bernilai RM300 sehinggalah bernilai puluhan ribu. Menjanjikan pendapatan puluh2 ribu, ratus2 ribu. Itu biasa. Bukan satu yang pelik.

Tapi hakikatnya, sahabat tadi pun baru 1 bulan sertai. No pendaftaran AJL syarikat pun tak hafal, kementerian apa yang menaungi AJL pun tak tahu. Menteri apa yang bertanggungjawab atas akta AJL pun tercungap. Yang cekap dan cantik, hanya lukisan "bulat-bulat". Mungkin banyak kali practice.

Untuk menjaga hati, si sahabat pun cakap akan fikirkan dahulu sebab sekarang ini kegawatan ekonomi.  RM300 tu besar nilainya untuk keperluan dapur dan anak2. Langsung dibasuh2 sahabat itu, kalah Fadhilah Kamsah. Hebat betul motivasi yang diberi. Ayat biasa yang kita akan dengar.

Sampai bila nak kerja makan gaji?
Sampai bila nak kerja kerajaan?
Bila nak kaya macam orang lain?
Kita buat sama2, jangan risau aku ada
Bila lagi kita nak berubah?
Bila lagi nak pakai BMW?

Selang beberapa jam, maka bersalamanlah kedua sahabat lama itu. Dan berakhirlah pertemuan yang sekian lama tidak pernah terjadi antara mereka. Belum sempat sampai di rumah, telefon berbunyi. Sibuk memandu, si sahabat ini tidak menjawab telefon. Selang beberapa minit, berjela-jela msg yang di hantar. Tidak cukup dengan itu, diajaknya lagi ke "HQ" untuk mendengar penjelasan lanjut dan bertemu dato2, datin2 dan leader2 hebat.

Mereka2 inilah pemilik BMW M Series, ada banglo besar dan baru balik bercuti di Turki. Dia ini dulu mat despect, yang ini ibu tunggal miskin, yang ini OKU. Tetapi mereka ini berjaya bersama kita. Itu semua ayat2 manis mereka.

Inilah hebatnya MLM, kalau langit ini boleh dibeli, semuanya sudah ber "geran" harini.

Si sahabat yang dipujuk hari2 akhirnya cair. Terpaksa juga pergi ke HQ walau dengan langkah yang berat. Mendengar satu2 penjelasan, dilihat masa depan yang boleh mengubahnya. Rupanya tidak mustahil dia menjadi kaya seperti orang dikelilingnya. Mulalah perasaan ghairah memuncak macam tengok gadis seksi. Pelan pemasaran yang RM300 terus ditutup, RM3000 juga ditutup, yang diminati pelan pemasaran pakej yang besar, RM300,000.

Pelan yang besar ini terus diberi pangkat, terus buka 10 cawangan, terus dapat pendapatan besar. Segalanya nampak mudah, nampak yang banyak, nampak cantik! Yang kecil2 tidak peduli. Bila balik kerumah, terus dicari buku ASB, dibelek2 simpanan tabung haji, dikira baki kredit kad dan dikira2 payslip untuk "personal loan". Wahh cukup RM300,000.

Malam esoknya terus ke "HQ". Kali ini tidak perlu dipujuk, tak perlu di paksa. Dengan rela membawa apa yg perlu. Bergegarlah HQ hari itu dengan adanya ahli baru yang menyertai pelan pemasaran yang besar. Diumumkan dengan tepukan gemuruh oleh hadirin. Hebat! Hebat! Hebat! Ramai yang datang bersalaman. Popular sungguh malam itu. Ada juga datin2 single kenyit2 mata gatal.

Esok bermulalah sahabat tadi bergelar "networker". Oleh sebab selama ini dia bukanlah orang yang mudah sertai MLM, belum ada sejarah MLM, maka ramailah kawan yang memberi sokongan. Kalau tidak ramai pun, setakat saudara mara, kawan2 semuanya join. Tak kanlah dia nak tipu, hari2 ke surau.

Masa untuk anak2, masa untuk ke surau sudah longgar.Tidak seperti dulu. Gotong royong di taman pun sudah tidak sempat utk diikuti. Sibuk menguruskan hal perniagaan MLM, ada saja temu janji sana sini.

Bulan pertama, bulan kedua dan bulan ketiga, pendapatan hampir ratusan ribu. Sudah mula angkuh, sudah mula sombong, sudah mula google BMW 5 series, myvi yang digunakan sekarang ini sudah mula jelek. Rumah yang dibeli selepas berumahtangga dulu sudah mula rasa sempit. Ingin yang lebih besar. Dulu tidak pernah tahu dimana nak dibuat buku merah. Sekarang buku merahnya sudah hampir penuh di cop. Betul2 merubah kehidupannya.

Esoknya hari yang paling bersejarah. Surat perletakan jawatan kepada bahagian pengurusan telah dihantar. Bebaslah..bebas untuk terus beri tumpuan pada MLM nya.

Langit tidak sentiasa cerah. Entah mengapa, semua networknya tidak seperti dia. Semua networknya mati. Bila di call tidak angkat, bila di msg tidak dibalas. Kemasukan ahli baru merudum. Bulan itu tidak seperti bulan2 yang lepas. Lebih ramai yang menolak dari yang menerima pelawaannya. Semua orang yang ada di dalam telefon habis dihubungi. Kawan di fb pun sudah habis di promote.

Akhirnya dia berhutang. Banglo wajib dibayar, BMW sudah sampai surat merah, kredit card sudah maksimum, yuran anak ke universiti masih tertangguh, network dibawah rangkaiannya sudah mula minta semula wang sebab mereka tidak diberi kefahaman yang betul. Janji itu ini. Kawan hilang, saudara mara menjauh, kerja sudah tiada, ekonomi semakin gawat. Dan akhirnya, syarikat pula diarah tutup kerana melanggar akta AJL.

Semua cerita diatas adalah dari pengalaman orang dan kisah benar. Bukan sorang, mungkin 2 3 4 5 6 orang yang laluinya. Dan lebih.

Ok...ini kisah sedih. Kisah tak best. Jom saya ajarkan bagaimana anda perlu bijak untuk jadikan MLM batu loncatan kejayaan anda yang hakiki dalam bidang yang lain.

1. MLM mengajar anda "self confident" bila berhadapan dengan prospek. Jadi, ini adalah perkara yang paling penting untuk anda membina empayar anda sendiri.

2. Jika anda mampu buat jutaan RM jualan dan ratusan ribu RM komisyen untuk orang syarikat orang lain, kenapa anda tidak boleh buat untuk syarikat anda sendiri?

3. Dengan MLM, anda diajar untuk berkomunikasi dengan baik. Anda boleh jumpa siapa saja berlainan kedudukan dgn penuh yakin dan bersemangat. Dari orang biasa, student, dato, tan sri malah ada yg promote pada menteri. So dari segi komunikasi anda telah score!!!. Ayuh, jumpa mereka tapi kali ini dgn produk anda sendiri bukan lagi plan "bulat-bulat".

4. Dengan MLM, anda sudah belajar apa cabaran berniaga. Cantas mencantas. Curi downline orang lain, memburuk2kan group org lain..hanya kerana apa, kerana kita tamak. Mau semua dibawah rangkaian kita. Begitu juga jika anda memiliki perniagaan anda sendiri. Persekitarannya tetap sama, cuma situasi sahaja berbeza. Gunakan pengalaman ini dalam mematangkan jati diri anda.

5. Dengan MLM, komisyen anda banyak. Tapi bila dikira, sebahagian besarnya digunakan untuk belanja network makan. Takkan leader besar, lepas closing tak open table. So, gunakanlah hasil komisyen anda sebahagiannya untuk memulakan perniagaan yang betul2. Bukan "bulat-bulat" lagi.

Kesimpulannya, jika anda terlibat dengan MLM, pemikiran anda sebenarnya telah di"set"kan apa yang anda buat itu yang "PALING" betul. Anda telah dibutakan dengan peluang2 yang lain. Seolah2 tiada pilihan lain dalam dunia ini untuk mencari rezeki. Dan nasihat saya, teruskanlah dengan MLM anda jika itu pilihan terbaik anda, itu tidak salah, tapi jangan sesekali memperkecilkan usaha/kerja/perniagaan orang lain.

Nota : Jika anda networker, jangan sesekali anda claim anda adalah businessman!!

Maaf jika ada yg berkecil hati. Hadamkan dulu setiap ayat diatas dari perspektif yang positif

Selamat berjaya
-Fairus Mohd Tabiee-
www.fairustabiee.com

No comments:

Post a Comment