"sometimes there is NO next time, NO second chance, NO time out.... sometimes....it's NOW or NEVER...."

Wednesday 5 October 2011

Day 2 : Shopping di Kota Munich

Munich adalah salah satu kota di Eropah yang menawarkan aktiviti membeli belah. Butik-butik terkemuka seperti Zara, LV, Colombia, CK, Esprit, Clark, Prada, Timberland dan pelbagai lagi. Pagi-pagi lagi kami keluar ke Kota Munich dan aktiviti hari ini membeli belah, melawat ke Masjid Terbesar di Munich dan bertemu "Duta EuroVac" seorang salebriti islam di Germany - Hulya Kandemir.

Shopping di Munich
Semua peserta mengambil kesempatan membeli belah. Harga disini jika dibandingkan di Kuala Lumpur purata 30%-40% lebih murah. Jika kita sabar untuk membeli belah, banyak barang yang boleh diperolehi kadang kala mencecah 70% lebih murah. Aku terus ke butik kegemaran aku bersama beberapa rakan yang lain - Colombia! Walaupun aku tak berapa outdoor sangat dulunya, sekarang aku dah jatuh cinta dgn jenama ini. Dibandingkan harga di KL, ianya jauh lebih murah. Sepasang kasut hiking yang bernilai RM1,+++ di Kuala Lumpur, bole didapati disini dengan harga 100 euro sahaja!

Peserta-peserta lain membeli belah dibutik2 kegemaran mereka! Baru satu negara dah ribuan yang habis...sesi shopping berakhir di Hard Rock Cafe...tempat cun, baju cun, awekkkkk cun!!

Masjid Terbesar di Munich
Di sini, pendekatan islam kepada penganutnya agak longgar. Ramai orang beragama islam, tetapi cara hidup mereka tidak seperti islam yang dituntut olehNya. Disebalik kegelapan mereka dalam menghayati islam sebenar, tersedia sebuah masjid peribadi yang dibangunkan oleh masyarakat Turki disini. Mereka juga obses dengan keTurkian mereka. Didalam ruang masjid, terdapat potret pemimpim-pemimpin islam Turki. Bersolat asar dan magrib disini. Ruang solat yang mewah.Walaupun ianya sebuah masjid yang besar, tetapi saiznya hanya seperti sebuah surau di pusat membelibelah di Malaysia. Sempat beramah mesra dengan saudara-saudara islam disana.

Hulya sebagai Duta EuroVac
Selepas menunaikan solat magrib, peserta dibawa berjumpa dengan duta EuroVac - Hulya. Beliau seorang artis islam disini. Mengabiskan usia muda sebagai seorang penganut islam, yang tidak tahu apa itu islam sebenarnya. Ibu bapa beliau tidak mempraktikkan islam. Hidup mereka sekeluarga tidak mengambilkira nilai-nilai islam. Kini Hulya mencari sendiri apa itu islam, melahirkan perasaan melalui lagu yang diciptanya sendiri. Kini Hulya memperolehi apa yang dicari iaitu ISLAM!!!

Hulya adalah Duta EuroVac. Insyaallah, kami akan cuba memberi peluang kepada Hulya untuk meneroka bakatnya di Malaysia. Aminnnnn

Kembali ke hotel selepas makan malam dan berehat. Esok bermulanya pengambaraan dengan motorhome..peeeeewiittttt

Nota : papa rindu memel!

No comments:

Post a Comment