"sometimes there is NO next time, NO second chance, NO time out.... sometimes....it's NOW or NEVER...."

Tuesday 4 October 2011

Bersiar-siar di Kota Munich & Melawat Allianz Arena

Terasa segar selepas dapat berehat dan melelapkan mata di katil masing-masing. Ditambah cuaca dan suhu yang dingin sampai terluapa mimpi apa yang muncul.

Kira-kira jam 3.30 petang, semua peserta keluar dan bersedia untuk melawat Kota Munich.Kota yag terbina sejak ribuan tahun dahulu.Di Malaysia, bangunan yang berusia seratus tahun dianggap bahan sejarah, tetapi disini bangunan sejarah mereka berusia ribuan tahun dan ianya fenomena biasa. Keluar dari hotel, menaiki bas terus menuju ke stesen keretapi hanya 10 minit. Menaiki keretapi ke bandar Munich dan berhenti di stesen Marienplanzt. Diatas stesen ini, terletak sebuah bangunan bersejarah yang berfungsi sebagai "Town Hall" sejak berabad lalu.

Tersergam indah sebuah tinggalan sejarah yang masih gagah. Mungkin faktor cuaca disini menjadikan bangunan-bangunan ini masih gah berdiri. Hanya terdapat kerosakan kecil pada strukturnya.

Program kali ini dimeriahkan lagi dengan bantuan seorang pelajar Malaysia disini dari German-Malaysia Institut GMI saudara Firdaus. Fasih berbahasa german dan sudah menghabiskan usia dewasa beliau selama 5 tahun disini.

Kami terus menuju ke sebuah restoren halal yang dimiliki oleh pengusaha berbangsa Turki. Aku cuba menu Perzola, mmg sedap tetapi nasinya sedikit berminyak.

Selepas makan malam, kami terus menuju ke Allianz Arena sebuah stadium bolasepak yang sangat unik. Stadium ini disinari cahaya pada waktu malam. Di stadium ini jugalah Pasukan Bola Sepak Bayern Munich beraksi. Cuma pada ketika lawatan dibuat, tiada apa-apa aktiviti.

Selesai bergambar di persekitaran stadium, kami terus berbincang bersama saudara Firdaus dan Fauzan berkaitan sesi penggambaran esok. Mereka memberi beberapa maklumat yang menarik untuk dijadikan bahan cerita.

Selesai perbincangan, kami menuju ke hotel dan bersedia untuk sesi penggambaran Rancangan Safiyya TV9. Okay mata pun dah layu, perut pun dah kenyang jom tidoooo....

Nota : Stadium Allianz Arena kelihatan seperti sebiji tayar kereta yang dibaringkan dan bercahaya penuh. Romantik untuk mempropose awek..pasti dapat kapel!!! Hhehehheheheh

No comments:

Post a Comment