"sometimes there is NO next time, NO second chance, NO time out.... sometimes....it's NOW or NEVER...."

Tuesday, 8 March 2011

Scooter Bukan Halangan

 
Masa memula gua buat bisnes, ni la kuda gua..nama dia "Hidalgo", tapi mcm biasa awek gua je yg selalu naik bila g kelas. Gua terakse lah bwk motor Kriss ayah dia..boring tul..dengan motor ni jugak la gua ke sana sini jumpe org nak berbisness..memandangkan pakai motor, susah gak nak jmpe org..first sekali perception org pada kita.."alah mamat ni, buat bisness tapi naik motor"..ayat mcm nih gua dah biasa dengar..buat dek je la..tp bila gua pikir, betul gak diorg cakap tu..mcmane diaorg nak kasi job besar2..so penyelesaiannya mudah je..jgn sampai org tau gua pakai motor..caranya:


1. Paking kat tempat yang jauh sikit
2. Lap muka dengan wet tisu, sbb muka sentiasa berminyak
3. Bawak jel dalam beg supaya rambut bole setting balik
4. Kat kunci motor letak keychain BMW
5. Sebelum jmpe client, setting balik kat dalam toilet terutama muka dan rambut..


hahhaha, mmg gua ingat sampai mati trick gua..tapi ada hasil beb, xcaya cubalah..

Satu hari tu g Balakong. Ada sample barang gua nak amik, so gua pun bawak la motor slow2 ke balakong..korang bayangkan le, dari Shah Alam ke Balakong...fuhh mendidih ketiak beb..tapi gua kayuh gak slow2..sampai sana, si cina tokey kilang pun kasi lah gua sample signage. Gua tanpa memikirkan mcmane nak bwk balik setuju je lah..amik je..last2, bila bawak kat highway..treller potong dgn gua2 nak tercampak..terpakselah gua tinggalkan benda tu kat tepi highway..selamatlah mat gian mana yang amik.

No comments:

Post a comment