"sometimes there is NO next time, NO second chance, NO time out.... sometimes....it's NOW or NEVER...."

Saturday, 7 May 2011

Day 9 EuroVac : Tulips Garden at Keukenhouf , Amsterdam.



Peserta bersedia awal pagi ini.  Mereka bersiap-siap dan mengemas segala barang-barang keperluan untuk pulang ke Malaysia malam ini.  Semua yang terlibat keluar dari campsite seawal jam 10 pagi.. Sesi bergambar bersama sekelian peserta dan meneruskan destinasi terakhir di Ladang Tulips dan menyaksikan kincir angin tradisional.

Sebelum ini hanya menyaksikan keindahan bunga-bunga Tulips dari internet sahaja.  Tetapi kini, bunga-bunga ini boleh disentuh dan dihayati oleh sekelian peserta.  Pada mulanya, aku kurang berminat dengan bunga.  Tapi bila sampai saja disini, tiba-tiba dalam hati tersemai bungeeeeeee….heheheh…sgt cantik dan sesuai untuk honeymoon..pergghhhh






Holland merupakan sebuah negara yang terkenal dengan beberapa industri utama. Pertanian, penternakan dan perlancongan.  Keadaan disini agak berbeza dengan negara-negara lain.  Angin bertiup kencang sepanjang tahun ditambah cuaca yang sejuk.  Naik beku sehingga ke tulang.  So penjanaan elektrik dihasilkan menerusi kincir angin.  Kencir angin moden berbentuk kipas berbilah besar dan tinggi…tetapi kincir angin tradisional lebih unik dan menarik. Bilah kipasnya dihasilkan dari kayu….







Kira-kira jam 4 petang, peserta berkumpul semula dan bersedia untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Amsterdam…Semua MotorHome bergerak ke lapangan terbang dan peserta diawasi oleh salah seorang dari penganjur…Mereka akan pulang berasingan kerana kami masih mempunyai urusan penting di Munich…

















Semasa peserta berjalan keluar dari MotorHome ke pintu lapangan terbang, menitis juga airmata kerana terharu dan rasa sangat bersyukur dengan perjalanan program yang lancar.. Terima Kasih kepada sekelian peserta bagi trip yang julung kalinya diadakan.. Selamat tinggal Amsterdam!!!!!






Konvoi EuroVac terus menuju ke Munich, Germany untuk menghadiri mesyuarat bersama pemilik MotorHome disana.  Perjalanan melebihi 850km dan akan mengambil masa kira-kira 12jam!!!! Pasti letih tetapi puasss dan rasa penuh kesyukuran… Alhamdulillah,  EuroVac Trip 1 sudah berakhir…

Perjalanan ke Munich mmg jauh..tetapi dengan keadaan trafik yang baik..perjalanan lancar…singgah di hentian rehat ketika baki perjalanan tinggal 200km…memasak meggi dan telur..lapor..kekkekeke…tidur seketika sementara menunggu matahari terbit.

No comments:

Post a comment