"sometimes there is NO next time, NO second chance, NO time out.... sometimes....it's NOW or NEVER...."

Friday, 6 May 2011

Day 7 Eurovac : Paris – Calais – Dover – London (failed!!!!)


Pagi ini jam 2.30, konvoi EuroVac bergerak menuju ke Pelabuhan Calais untuk masuk ke United Kingdom.  Awal-awal lagi GPS telah diset ke “de Calais”.  Ketika pemanduan, rata-rata dari peserta sedang enak dibuai mimpi.  Mungkin letih melayan keseronokan ketika di Disneyland tadi.

Perjalanan kira-kira 172km dan akan mengambil masa 2 jam.  Perjalanan ini menjadi tanda tanya. Kenapa semakin lama semakin merentasi perkampungan?? Dan rupa-rupanya GPS yang disetkan malam tadi menuju sebuah kampong pendalaman “de Calais”.  Walaupun mengalami masalah ini, perasaan penganjur tiada sedikit pun rasa kuatir.  Suasana kampong yang damai dan unik menghilangkan tekanan kami..

GPS disetkan semula direct ke Dover.  Akhirnya kami tiba di Pelabuhan Calais jam 8.00 pagi.  Pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan mengecewakan, konvoi EuroVac tidak dibenarkan memasuki UK atas isu-isu global.  Kebetulan ketika kami sampai di Calais, Barrack Obama telah mengemukakan kenyataan berkaitan isu Osama bin Laden.  Kami menunggu lebih 3 jam untuk menanti keputusan dari pihak imegresen UK.  Akhirnya kami diberi surat utk melarang kami memasuki UK tanpa sebarang alasan.

Konvoi EuroVac mengambil keputusan untuk terus ke Amsterdam, Holland.  Tiba di Amsterdam jam 6 petang dan terus ke Hat Riet Veen Camp Site.  Kekecewaan kami terubat dengan kehebatan dan keindahan Holland.  Masayarakat disini sangat membantu dan Bandar Amsterdam merupakan Bandar terbaik sepanjang program ini.  Tiada masalah bahasa disini.  Kebanyakan masyarakat disini boleh bertutur bahasa inggeris dengan baik.



Ketika sibuk menyediakan keperluan para peserta, aku dan beberapa rakan lain keluar ke pusat Bandar untuk mencari bekalan bahan mentah.  Menakjubkan!!! Amsterdam penuh kedamaian, keseronokan, kemesraan dan macam2 lagi.  Anda tidak dilayan seperti rakyat Bangladesh di Malaysia.  Mereka amat prihatin.  Untuk rakan2 yg ingin mengunjungi Amsterdam, jangan lupa singgah di Green Grass Coffe Shop!!

No comments:

Post a comment