"sometimes there is NO next time, NO second chance, NO time out.... sometimes....it's NOW or NEVER...."

Thursday 5 May 2011

Day 4 Eurovac : Bersiar-siar dan membeli belah di Bandar Milan, Italy

Hari ini semua peserta dan penganjur berpeluang untuk bersiar-siar dan membeli belah di Bandar Milan.  Sebuah kota yang mempunyai sejarah dan tamadun ratusan tahun.

Peserta diberi peluang untuk menjelajah sendiri Bandar Milan mengikut pecahan keluarga masing-masing.  Pada mulanya mereka kuatir untuk keluar bersendirian.  Tetapi pihak penganjur telah memberi maklumat yang cukup kepada setiap peserta.  Inilah konsep percutian kami, kami bukan tourist guilde bertopi koboi, ber T-shirt putih, berkemeja flora tidak berbutang dan menerangkan satu persatu apakah ini,apakah itu.  Kami mahukan peserta menikmati dan menimba pengalaman sendiri menjelajah ke pelusuk kota!!! Dan akhirnya mereka berjaya menawan Kota Milan..






















Dari Milano Campsite mereka menaiki kenderaan awam ke Bandar Milan terletak kira-kira 10 km dari pusat bandar.  Berjalan kaki 400m, menaiki bas 10 minit dan menaiki train 10 minit.  Keluar dari train  di perhentian Doumo dan tersergam indah sebuah gereja lama yang dibina pada tahun 1400.  Hebat rekabentuk fasad bangunan tersebut. Bersebelahan bangunan ini, terdapat “Galleria Vittorio Emanuele” sebuah bangunan lama yang dijadikan pusat membeli belah. 

Jika direnung kembali, bangunan-bangunan yang dibina atas alasan keagamaan dan ketuhanan sangat hebat rekabentuknya.  Kadangkala melangkaui kotak pemikiran manusia.  Mana tidaknya, terdapat lebih 3000 patung disekeliling bangunan tersebut.  Ketika asyik menikmati pemandangan ini, terlihat 3 orang gadis yang kulit dan wajah mereka mirip orang Melayu.  Aku menjerit disebelah mereka “Melayu!!!” dan mereka menoleh ke arah kami..sah orang melayu juga.  Mereka rupanya pelajar-pelajar melayu yang belajar di Jerman. Berborak dan mudah mesra.  Mana idaknya, hanya kami sahaja orang melayu di sekitar 5000 orang.  Pelajar-pelajar ini menghabiskan cuti mereka dengan menjelajah ke Italy.  Kami mempelawa untuk bersama makan malam di campsite.  Mereka bersetuju dan terus ke campsite.  Makan malam bersama dan kira-kira jam 12 malam mereka beredar untuk meneruskan perjalanan ke Vanice..Semoga mereka dilindungi..Amin..

Jika anda ke Italy, berhati-hati dengan masyarakat disini.  Ada sebahagian mereka yang mengambil kesempatan untuk mencuri,peras ugut dan sebagainya.  Elakkan berjalan sendirian…

Tidur kira-kira jam 1 pagi setelah selesai meeting untuk perjalanan keesokan harinya. Sebelum tidur sempat juga berbual-bual dan menimba pengalaman dari Dato Zainal…seorang usahawan berjaya…dan aku mahu menjadi seperti beliau..tidak sombong, tidak angkuh, pemurah, low profile, warak, lawak….hehehheh





Esok Eurovac akan ke Paris, perlu bersedia awal kerana perjalanan ini antara perjalanan yang mencabar. Sepanjang 850km antara Milan dan Paris..Inilah dia crosss contry!!!...harap-harap dipermudahkan semuanya..Amin… 

No comments:

Post a Comment