"sometimes there is NO next time, NO second chance, NO time out.... sometimes....it's NOW or NEVER...."

Tuesday, 8 March 2011

My Famili Members



Sahran Mohd Tabiee(Long)
Abg aku yang first ni unik sikit. Banyak persamaan aku dgn dia,cuma satu je perbezaan,aku lebih kacak berbanding dia...huahuahua..dia mewarisi perniagaan ayah aku, now dia ada 2 buah kedai gunting rambut. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke kg dan jaga mak dan abah aku. Satu pengorbanan yang besar dan aku amat bersyukur. Sekurang-kurangnya, dia boleh take care parent aku.  Dia jugak ahlil muzik...apa ahlil muzik???? yaaaa...dia pemain guitar, drum, bass dan pandai menyanyi..cuma maybe pada ketika zaman rock kapak, seluar koyak2..so abah aku xkasi dia jadi artis..kalu tak dia mungkin line up kumpulan Febians.  Alhamdulillah, kehidupan abg aku bertambah baik bersama keluarganya.

Ngah yang cuba berlagak seperti kurt cobain

Suhaimi Mohd Tabiee (Ngah)
Abang aku yg kedua adalah seorg guru yg berjaya.  Dia bukan sekadar guru biasa, bahkan dia adalah seorg saintis kebangsaan..menerima byk anugerah peringkat kebangsaan. Dialah juga yang memberi dorongan dalam hidup aku.  Segala masalah akan aku share dgn dia.  Now dia menetap di Kepala Batas Pulau Pinang. Memiliki seorg isteri buat masa ini..ehhehe..Dia jugak pemain guitar yang hebat.  Aku penah jadikan dia idola aku sbb dia seorg yg berkepimpinan tinggi.  Dalam apa jua yg diceburi, pasti dia akan mencapai pencapaian tertinggi.  Dulu dia engsem tapi now gemok akibat byk makan..hhaha..apa pun dia adalah org yang paling dekat dgn aku...



Noraziah Mohd Tabiee (Kak Non)
Ni akak aku yang first. Dulu jadi rebutan pemuda-pemuda kampung.  Mengayuh basikal ke sekolah sebagai seorang ustazah. Mengajar murid-murid fardhu ain.  Setelah bekeluarga, dia menjadi suri rumah sepenuh masa. Now dia duduk dgn mak abah. Tolong jaga makan minum mak abah.  Suami dia akan pencen tak lama lagi, so dia dah ready duk kat kg. Selain suka membebel, dia juga suka nasihat aku itu ini..tapi bagus, apa yg dia nasihatkan berasa..tapi kaki nangis..

Sang Bonok

Suriani Mohd Tabiee (Bonok)
Kakak aku yang kedua adalah seorang guru.  Comel je orgnya. Mewakili rumah sukan kuning yang sering dapat no corot masa sukan kat sekolah. Aku ingatlah, sebab masa aku darjah 1 dia darjah 6.  Seorang pengawas sekolah dulu..tapi kat umah pun nak jadi pengawas jugak..asyik ngadu kat makk aku je. Dulu masa duduk kat kg, kena bebel je dgn dia.  Now bila dah jauh-jauh dan ada famili sendiri, terasa rindu lak nak mcm dulu.  Byk aktiviti aku dgn dia seperti membela katak berudu, mengumpul nyamuk time magrib, memetik buah kopi untuk tambah perbelanjaan sekolah...tapi aku byk curi kopi yg dia petik..pastu aku declare aku yg petik...sian dia..byk memori...

No comments:

Post a Comment