"sometimes there is NO next time, NO second chance, NO time out.... sometimes....it's NOW or NEVER...."

Tuesday, 8 March 2011

My Background and Famili


Pekan Semerah, Batu Pahat Johor
Aku dibesarkan di Semerah Batu Pahat Johor.  Sebuah pekan koboi. Tapi rata-rata dari penduduknya bermotosikal tidak lagi berkuda atau berkereta lembu. Termasuk ayah aku.  Dulu beliau mempunyai sebuah Vespa yang berjaya menawan hati mak aku. Mungkin Vespa ayah aku time tu gempak, tapi sudah pasti tiada radio dan speaker seperti vespa2 yang ada sekarang ni. Jika ada, semakin menjadi lagend la bapak aku ketika tu.


Tuan Haji Mohd Tabiee Bin Masiman
Tuan haji Tabiee Bin Masiman
Nama ayah aku Mohd Tabiee bin Masiman.  Ayah aku bekerja sebagai penggunting rambut.  Hampir separuh usianya dihabiskan dengan menggunting rambut pelanggan. 5 adik beradik dibesarkan dengan hasil menggunting rambut pelanggan beliau. Dia seorg yang engsem mcm aku jugak. Kalau tgk pic dia muda2 dulu, perghh pasti Zaiton Samion akan jatuh cinta. Rambutnya yang ala2 Ramos menawan segenap hati wanita diluar sana. Cheewaahh bapak aku..... Now beliau menghabiskan masa sebagai seorang Imam di Masjid kampung aku.  Sudah tiba masanya untuk berehat dan melapangkan fikiran.  Biar anak2 yang mengambil tanggungjawab bapak aku....Selain sebagai seorang ayah yg baik, dia juga merupakan "banker" aku. Tapi lately ni, byk loan aku yg dia telah reject. heheheh.. apapun Thank You So Much Abah with your support..Aku tgh cari pic abah muda2 dulu...fuuyoooo kalu jumpa, Fahrin Ahmad pun tabik dgn keengseman beliau. Now ayah aku merehatkan diri dirumah, jalan2 ke kebun, "ngeteh" dgn kawan2 dia tapi duit melambak..sbb walaupun dia org kg, pemikiran dan tindakan yang diambil aku respect Pendapatan bulanan dia melebihi gaji seorg guru hasil pengorbanan masa muda beliau.  Mempunyai kereta Viva yang dibeli mcm beli Ikan Gelama kat pasar.  Dia ajak abg aku beli kereta, sampai je kat sana,t pilih color dan terus bayar cash..abah2...tak agak2...mana dia sorok duit dia ekk??  Dan ini yang aku sedang belajar mcmane ayah aku jadi "sesmart" ini.


Puan Hajah Azizah bt Youmon
Azizah bt. Youmon
Nama mak aku Azizah atau lebih dikenali sebagai Kak Wok oleh masyarakat setempat.  Mak aku pun apa kurangnya. Dulu beliau berambut kembang ala2 Rosmah Mansor.  Berkebaya ala2 kerengga. Apa nak buat itu zaman beliau.  Sekarang ni lagi la cun...fuhhh tu yang ayah aku setia gile..aku offer ayah aku kawin lagi stu pun dia tolak..heheh baru aku nak kawtimkan...Mak aku suri rumah yang suka sgt tanam pokok bunga,abis laman umah penuh bunga. kan lebih baik tanam kacang panjang ke, daun ketum ke tak pun tanam ubi. boleh buat kerepek ubi time raya nanti..Mak aku mmg sgt sporting. Rajin tahap melampau sampai sakit2 pinggang. setiap kali balik kg, setiap tu layout umah n pasu2 dia akan berubah. bayangkanlah kalu 100 kali aku balik kampung??? mak2...bab masak2, lagi la best...now mak aku mcm ayah aku gak..lepak2 umah..sesekali keluar dgn romantisnya..Now mak aktif dlm aktiviti masyarakat, ketua yasin pompuan, ketua "rewang" (kumpulan kenduri-kendara)..Besar jasa beliau dalam masyarakat..

Rumah Aku kat Kg, pokok bunga punya lah banyak


No comments:

Post a Comment