"sometimes there is NO next time, NO second chance, NO time out.... sometimes....it's NOW or NEVER...."

Tuesday 24 December 2013

Ekonomi, Keluarga & Derita


Artikel yang saya tuliskan ini hendaklah dibaca selepas kita semua meletakkan bendera parti ditepi. Ketepikan dahulu warna politik masing-masing, dibaca dan difahami dengan berlapang dada dan mohon beri pendapat bertamadun jika mahu. Saya bukan orang politik, saya hanya rakyat biasa...


Tidak lama lagi kita akan melangkah ke tahun 2014, tahun yang penuh dengan cabaran pastinya. Saya ingin membuat sedikit komentar berkaitan kesediaan rakyat marhaen dalam menempuh keadaan ekonomi yang mencabar, dunia ekonomi kapitalis yang berlumba-lumba untuk meraih keuntungan dan kesengsaraan sebahagian mereka yang tertinggal dalam arus perdana ini.

Minggu lepas saya didatangi seorang staf. Saya minta beliau berkongsikan tadbir urus kewangan keluarga dengan gaji minimum RM900 sebulan. Isterinya bekerja sambilan, mempunyai 2 orang anak. Seorang berumur 1 tahun dan seorang lagi berumur 5 tahun. Pendapatan yang diterima oleh isteri sekitar RM500 dengan membuat kuih yang ditempah oleh pelanggannya. Saya terfikir sejenak, bagaimana lelaki ini menguruskan kewangan keluarganya dengan pendapatan isi rumah sebanyak RM1,400 sebulan. Cerita beliau menjadikan saya ingin menulis artikel ini.


Ekonomi Keluarga dan Keperluan Isi Rumah

Tekanan ekonomi pada waktu ini amat meruncing. Kenaikan pelbagai barangan keperluan bermula dari kenaikan minyak, dibebani lagi dengan penarikan subsidi gula, kenaikan tarif elektrik pada masa akan datang dan kenaikan kadar tol. Semua ini berlaku hanya selang beberapa bulan dan minggu sahaja. Ramai masyarakat tidak bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi semua tekanan ini serentak. Mereka terkejut dengan pengistiharan demi pengistiharan, alasan demi alasan.

Isu penarikan subsidi gula baru-baru ini, walaupun dengan kadar yang munasabah telah “mengoyakkan” lagi poket kita. Bukan nilai ini yang ingin dibicarakan, tetapi kesan dari kenaikan harga gula telah mempengaruhi perletakan harga bagi produk yang menggunakan gula. Contohnya seperti harga makanan dan minuman di gerai-gerai, kuih mueh, kek dan sebagainya. Janganlah pula ada yang mengatakan “lepas ini jangan makan kueh, jangan minum teh o ais, jangan makan kek durian”. Saya pasti, mereka yang menggunakan alasan ini, mungkin Allah sudah menarik sedikit kebijaksanaan mereka.

Lihat pula kesan kepada kenaikan harga tepung. Bukanlah kenaikan itu yang menjadi masalah kerana satu keluarga biasanya hanya menggunakan tepung sekitar 1 hingga 3 kilogram sahaja sebulan. Jika kenaikan tepung RM0.20 misalnya, satu keluarga hanya menanggung peningkatan RM0.60 sahaja sebulan untuk membeli 3 kilo tepung. Tetapi, kesan kenaikan ini lebih besar dari itu. Semua produk berasaskan tepung turut naik pada kadar yang kadangkala tidak munasabah. Lihat pada harga roti canai? Adakah selepas ini roti canai tidak lagi menjadi menu untuk kita bersarapan pagi?

Jika penarikan subsidi gula dan tepung ini telah memberi kesan langsung kepada produk-produk lain berasaskannya, bagaimana kesannya kepada peningkatan harga petrol, kenaikan tariff elektrik dan perubahan harga tol? Tidakkah kesannya lebih besar?

Sejak dari penarikan subsidi petrol, lihatlah apa yang telah berlaku? Kenaikan harga barangan tidak dapat dielakkan. Sebotol kicap yang dulunya dianggap “penyedap” ketika makan, tidak lagi “sedap” didengar harganya. Tidak pernah kita terfikir sebotol kicap sudah berharga RM10.00!!

Bila kita ingin menuding jari pada pengusaha dan peniaga, pasti mereka mempunyai alasan mereka sendiri. Kedai runcit misalnya, jika setiap bulan sebelum ini mereka untung dalam urusniaga sebanyak RM30,000 sebulan, tetapi selepas kenaikan petrol dan kenaikan harga dari pembekal, mereka pasti akan memindahkan kesan itu kepada pengguna. Pemilik kedai runcit mestilah mahu menambah keuntungan mereka atau setidak-tidaknya pendapatan bulanan mereka tetap sama iaitu RM30,000 sebulan. Dan akhirnya pengguna akan terkesan dari kenaikan-kenaikan ini. 

Menjadi rutin bagi mereka yang bekerja makan gaji, setiap bulan selepas mendapat gaji, kita akan ke pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco dan lain-lain. Dulu sebuah troli yang memuatkan barangan keperluan rumah dan makanan sekitar RM150. Tetapi lihatlah harganya sekarang. Kalau anda tidak percaya, cuba perhatikan troli-troli yang beratur untuk membuat bayaran. Dulu penuh mencurah-curah, sekarang rata-rata dari pelanggan pasaraya ini hanya berbelanja setengah dari ruang troli-troli ini.

Saya juga menyambut baik saranan kerajaan untuk berjimat cermat. Mengutamakan keperluan dari keinginan. Saya pasti, semua dari kita sedang menyahut saranan ini. Sekurang-kurangnya jika dulu kita gemar bersarapan pagi dengan “Roti Telur Bawang”, sekarang kita memilih “Roti Kosong Banjir Kuah Lebih”. Itupun jika kuah lebih tidak dicaj oleh mamak di kaunter.


Aktiviti Sosial Bersama Keluarga

Pembentukan aktiviti kekeluargaan amat penting untuk menjamin persekitaran dan pertalian yang harmoni kepada institusi kekeluargaan. Tetapi sedar atau tidak, sebahagian dari aktiviti-aktiviti ini juga memerlukan modal dan kewangan.

Dengan adanya bermacam bentuk pengiklanan di media masa, televisyen, media social dll, secara tidak langsung ianya membentuk persepsi kekeluargaan yang semua orang inginkan. Keseronokan aktiviti berkeluarga yang berjaya diwujudkan seperti pengiklanan Lego Land, Sunway Lagoon, Taman-taman tema yang lain, promosi makanan seperti Pizza Hut, KFC, Mc Donald sangat-sangat berjaya. Pemasaran ini telah mencuit hati-hati kita untuk merasai pengalaman semua ini bersama keluarga tercinta.

Tidak menjadi perkara yang asing, jika anak-anak kita berkata “Papa, jom kita pegi Lego Land, macam best je, macam seronok je”.
Sebagai seorang ketua keluarga, menjadi keinginan kita untuk memenuhi permintaan anak-anak. Tetapi, ketika si bapa melihat baki akaun di bank, hanya tinggal RM300, cukup untuk membiayai keperluan dapur sehingga hujung bulan. Si ayah terus berjanji, “Insyaallah, nanti kita pergi, tunggu ayah ada duit ok?”

Si Ayah telah membina harapan pada si anak, si anak sudah mula bercerita pada rakan-rakannya di sekolah “Ayah kita nak bawa kita pegi Lego Land, ayah awak tak bawa awak…weeekk”. Sehinggalah anak yang berusia 6 tahun ini meningkat usianya 16 tahun, belum juga dibawa anak-anak ke Logo land. Lihatlah betapa besarnya kesan kepada anak-anak ini nanti. Semuanya kerana si ayah tidak mampu untuk mengeluarkan kewangan bagi memenuhi permintaan anak-anak. Manakan tidak, keperluan rumah pun banyak yang terpaksa ditangguhkan, inikan pula ingin bercuti bersama keluarga yang pasti akan memakan modal ratusan atau ribuan ringgit. Mungkin kita tidak tergolong dari kumpulan itu, tetapi percayalah, ramai diantara kita mengalami situasi ini.

Berapa ramai antara kita yang tidak mampu untuk memenangi hati anak mereka oleh kerana kesempitan kewangan ini? Ditambah pula dengan harga kemasukan ke tempat-tempat ini terlalu tinggi. Jadi semua keseronokan ini dibina untuk siapa? Hanya kepada mereka yang ada duit?

Kenapa kadar kemasukan ini pula tinggi? Ini adalah pelaburan pihak swasta yang pasti sudah menelan belanja jutaan ringgit atau lebih dari itu. Pasti para pelabur ingin mendapatkan pulangan segera. Ini bukan taman awam untuk mereka bersuka ria secara percuma. Zaman-zaman PERCUMA ini telah lama berakhir.

Kesan dari kesempitan ini, ramai juga ibu bapa yang mengambil pendekatan yang lebih bijak. Mereka cuba memberi keseronokan kepada anak-anak ke tempat yang tidak memerlukan bayaran yang mahal. 

“Jika ingin mandi manda, tidak perlu ke Sunway Lagoon, jom kita ke Sungai Congkak!! Airnya lagi sejuk dari sunway lagoon. ”

“Jika nak menonton wayang cerita Thor, tunggu saja dvd “pirate” keluar, kosnya baru RM7, boleh tengok banyak kali, nanti ayah belikan “popcorn” kat pasar malam, sama je rasanya”


Ekonomi dan Jenayah Yang Semakin Parah

Saya juga amat terkejut apabila membaca sebuah artikel yang telah mengaitkan Kuala Lumpur sebagai antara 10 bandar yang amat merbahaya dan tidak selamat. Dalam tempoh 3 tahun, peningkatan jenayah meningkat 70%. Sama ada ianya fakta yang tulen atau tidak, saya tidak pasti. Kerana itu saya menyambut baik tindakan kerajaan dalam perlaksanaan Ops Cantas.
Jika diamati, mengapa jenayah boleh meningkat begitu mendadak? Selain dari kebanjiran warga asing yang tidak terkawal, punca utama berlakunya jenayah adalah faktor ekonomi.

Ada diantara kita yang mungkin terpaksa melakukan pelbagai penipuan, mencuri, merampas harta orang lain dan apa-apa tindakan yang diluar jangkaan adalah keranan tekanan ekonomi. Buktinya, dulu pencuri kasut di masjid, pencuri tabung masjid dan lain-lain kes kecurian “amatur” adalah dikalangan penagih dadah. Mereka terpaksa mencuri untuk mendapatkan duit dan duit itu akan digunakan untuk membeli dadah. Tetapi kebelakangan ini sudah mula ada diantara mereka yang terpaksa mencuri kerana ingin membeli susu anak, membayar hutang, membayar yuran sekolah adik dan lain-lain. Dahulu jarang sekali kita mendengar berita-berita seperti ini. Ini menunjukkan bebanan ekonomi yang dialami masa ini memberi kesan langsung kepada pertumbuhan jenayah.

Bermula dengan mencuri kasut di masjid, apabila sudah berjaya mereka berani membuat jenayah lebih berat, memeras ugut, menculik, merompak, merompak bersenjata dan akhirnya berani membunuh!!!
Sifirnya sangat mudah “ Bila ekonomi terbeban, jenayah akan parah”
Ketika saya kanak-kanak 25 tahun yang lalu, ibu saya menghadiahkan sebuah basikal. Saya gunakan basikal itu untuk meronda satu kampung. Tidak puas dengan kampong sendiri, kampong sebelah pun saya terokai. Harini saya membeli basikal pula kepada anak saya, tetapi kasihan dia, dia hanya dibenarkan main basikal di kawasan parking kereta rumah. Paling jauh pun di jalan hadapan rumah, itupun ditemani ibunya atau saya sendiri. Saya tahu kebanyakan dari anda juga begitu. Jadi apakah maknanya itu? Sendiri senyum, sendiri fikir.


Jom berjimat, Rakyat juga Pemerintah

Dalam tekanan ekonomi seperti ini, bukanlah masanya untuk kita menuding jari. Menyalahkan sesiapa, yang hijau salahkan yang biru, yang merah menuding yang hijau. Seakan tiada langsung penyelesaian. Orang politik terus berpolitik, rakyat terbanyak terus terbeban. Sampai bila? Yang berpolitik sibuk bercerita kesusahan rakyat, membuat pelbagai sidang akbar, mereka-reka banyak fakta, menyampaikan bantuan itu ini sambil mengambil gambar dan dimuatkan dalam akbar, lebar senyumnya sambil mengangkat ibu jari tanda “best”. Apa yang “best” tidak difahami. Bila diselok poketnya, tersimpan kunci Mercedes E240 yang baru didaftarkan, baru tadi bercerita soal kesusahan, bebanan, penjimatan kepada golongan miskin. Dunia apakah semua ini.

Kita juga tidak perlu menjadi sangat radikal dalam berbicara soal ini. Bukan masanya bagi kita untuk menambah lagi isu yang perlu diurai. Samaada rakyat terbanyak atau pemerintah harus sama-sama memainkan peranan untuk menangani isu ini. Bukankah pemerintah itu tugasnya untuk menyediakan kebaikan kepada rakyatnya?

Sebagai rakyat, saya berpendapat memang wajib kita berjimat. Ianya bukan lagi pilihan tetapi kemestian. Tangguhkan dulu keinginan, buat pilihan yang bijak dalam mendapatkan keperluan. Harus seimbang antara keperluan diri, keluarga dan anak-anak. Utamakanlah dahulu apa yang lebih penting. Dari sudut ekonomi keluarga, elakkan dari kita terikat dengan liability yang berpanjangan seperti pinjaman bank. Pinjaman peribadi tanpa tujuan yang sering ditawarkan oleh koperasi bagi kakitangan kerajaan hanya akan memusnahkan perancangan kewangan keluarga jika pinjaman itu hanya bertujuan untuk menukar “spotrim” dan “audio system” kereta MyVi anda. Jika tiada spotrim “Vossen” pun, kereta anda masih boleh dipandu dengan selamat. 

Kurangkan aktiviti diluar rumah yang boleh mengganggu kewangan. Cuba cari idea untuk menjalankan aktiviti dirumah seperti bermain “Saidina” bersama anak-anak atau lain-lain. Wujudkan suasana yang selesa untuk anak-anak supaya mereka tidak bosan ketika berada dirumah. Jika mereka tidak bosan ketika dirumah, mereka tidak mengajak kita keluar,jika mereka tidak mengajak kita keluar, kita tidak perlu singgah di mesin ATM. Jika ingin berbelanja, jangalah terlalu boros. Uruskan kewangan dengan baik.
Pemerintah juga harus bersikap terbuka. Janganlah apabila ditegur, golongan yang menegur terus dianggap melawan kerajaan. 

Ketika Khalid bin Al Walid dilantik menjadi ketua panglima Islam, beliau sering teringat apa yang pernah disampaikan oleh Abu Bakar. “Pangkat dan perlantikan sebagai ketua itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, tetapi sebagai ketua memegang amanah yang besar untuk menjalankan tanggungjawab, mereka amat takut dengan jawatan itu kerana jika tidak dapat menjalankan tugas dengan baik, pasti Allah SWT akan murka”.

Kerajaan juga lebih harus berhemah dalam mengurus tadbir kewangan negara. Laporan audit yang parah harus cepat diubati. Ketirisan perlu dibendung dengan segera. Rakyat juga akan tersenyum lebar jika mendapati pemerintah berjimat dan tidak berlaku kebocoran. Rakyat pasti akan marah, jika selepas ini ada pula “kambing yang dibela didalam kondo”. Yang sudah, sudahlah…

Saya cuba memahami tekanan dan perancangan kerajaan dalam menangani krisis dan isu ini. Kerajaan berpendapat ianya adalah penderitaan jangka pendek kepada rakyat untuk memberi kesan yang lebih baik kepada negara dalam jangka panjang. Saya sangat neutral dalam perkara ini dan tidak bersifat menyalahkan kerajaan. Tetapi persoalannya, adakah rakyat mampu menghadapi tekanan sehebat ini?

Saya menyarankan juga agar kerajaan membuat pendekatan yang lebih baik dalam menjaga ekonomi negara. Terlalu kerdil untuk kita berbicara soal kewangan negara. Tetapi inilah hakikatnya, jika terlalu banyak perkara yang tidak perlu dilakukan, ekonomi negara semakin terhimpit.
Dengarlah rintihan rakyat terbanyak, mereka ini susah, jika tidak membantu secara total jangan pula dibebani dengan itu dan ini. Jadilah pemerintah berjiwa rakyat. Berjiwa rakyat bukan sekadar mengambil gambar dengan bantuan beras, memberi “mock-up” cek, memberi beg sekolah, ianya harus lebih dari itu.

Sebagai pembangkang pula, buangkanlah sifat suka sangat membangkang. Semuanya tidak betul. Sebahagian dari fakta yang dikeluarkan juga tidak dinafikan kebenarannya. Dan ada juga antara saranan kerajaan itu harus disambut baik oleh pembangkang. Orang politik duduklah semeja, berbincang soal rakyat. 

Anwar Ibrahim itu homoseksual, Rosmah dengan jetnya peribadinya, Najib dengan pembazirannya, Mat Sabu dengan syiahnya, Lim Guan Eng dengan perkaumannya – rakyat tidak mahu dengar itu lagi. Sudah bertahun perkara ini diulang-ulang, jika makanan sudah muntah, jika ganja telah "overdose". Rakyat letih, penat, lelah, semput dengan semua ini. Rakyat mahukan haknya untuk dibela, dipelihara, disayangi, diharmonikan kehidupannya, dibantu bila susah, diseronokkan jiwa-jiwanya.

Semoga selepas ini, bebanan rakyat akan tersemat dihati pemimpin. 

Fairus Mohd Tabiee
Saya Orang Biasa-Biasa

Thursday 28 November 2013

Biografi Muhammad bin Abdullah

Membaca mmg dah menjadi hobi aku..dari buku, paper, majalah, jurnal, blog apa saje bahan bacaan..walaupun sebahagiannya aku tak paham pun..terutama bab ekonomi..aduh susah nak paham tapi aku cuba juga utk paham..sebab aku percaya, orang2 yang berjaya pasti gemar membaca..

Baru2 ni aku beli senaskah buku Biografi Muhammad bin Abdullah.penulisan Zulkifli Mohd Yusoff & Noor Naemah Abd. Rahman..terbitan PTS Islamika..harga RM35 Semenanjung dan RM38 utk sabah n sarawak..Buku ni aku beli di Galeri Syabab tingkat 3 PKNS Bangi.

Kisah perjalanan Nabi Muhammad rasul junjungan kita. Buku ini memang hebat. Menceritakan kisah2 perjalanan sebelum datangnya islam sehingga wafatnya Rasulullah. Bahasa yang digunakan mudah untuk difahami. Semakin diselak muka surat semakin menarik kisahnya. Sebelum ini banyak juga buku berkaitan sejarah Nabi Muhammad saw yang aku baca, tapi kali ini lebih tekun..lebih terkesan..Sedar tak sedar hanya dalam masa 4 hari aku dah abiskan 475 muka surat.

Di pengakhiran pembacaan ketika kisah Muhammad wafat, semakin sebak rasa dada nih. Besar betul kasih dan sayang Muhammad pada umatnya. Jika nak dibandingkan akhlak Muhammad dgn kita, mungkin tak sampai 1% apa yang ada pada kita.

Nabi pernah dipukul sehingga patah giginya semasa peperangan, dihina dan dimaki oleh Abu Jahal, dilempar dgn najis oleh pemuda Quraisy, isterinya Siti Aisyah difitnah berzina dgn sahabat baginda, diracun oleh wanita yahudi.dituduh ahli sihir.dituduh gila.tetapi baginda terus sabar menjalankan amanah dan wahyu Allah swt.

Pengorbanan dan kesabaran bagindalah yang menjadikan aku islam hari ini. Selepas wafatnya baginda, Bilal tak mahu azan lagi kerana kesedihan yang amat sangat, Abu Bakar mengalirkan air mata, Umar tidak percaya atas kewafatan baginda dan bersedia memancung siapa yg mengatakan Muhammad sudah wafat.

Ramai kaum arab yang menentang baginda secara terang2. Yang lebih sedih lagi bila Rasullah dikhianati sendiri oleh golongan munafik yang berpura2 islam dan golongan ini masih dianggap sahabat baginda. 

Selain pengorbanan Muhammad, buku ini juga menerangkan secara ringkas pelbagai peperangan antara org islam dan kafir. Antara perang yang menarik perhatian aku adalah perang Khaibar antara Islam dan pakatan yahudi. Akhirnya islam tertegak diseluruh semenanjung arab samaada mereka memeluk islam atau tunduk kepada kerajaan islam dgn membayar jizyah.

Sehinggalah kerajaan Rom yang dipimpin oleh Harcules juga mengakui keperibadian dan kehebatan agama Allah dan tunduk pada kerajaan islam. 

Aku cadangkan korang belilah buku nih..korang tak akan menyesal..dan korang akan rasa betapa besarnya pengorbanan Muhammad kepada umatnya..

Ya Allah, semoga aku tergolong dari umat Muhammad yang sentiasa merindui Rasullah dan mendapat syafaatnya kelak. Moga aku menjadikan Muhammad sebagai pedoman hidupku sehingga berakhirnya nafasku..Ya Allah, aku akan sentiasa menyintai Muhammad kekasihMu. Amin...

Sunday 6 October 2013

Kejayaan dan Kekecewaan Darul Takzim Supporters

Kenapa dah alama aku berhenti menulis. Sebab terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku yang mana aku malas nak share kan pada semua orang.  Tapi aku yakin dan pasti, disebalik kejayaan seseorang tu, pasti tersimpan cerita duka dan kecewa.  Aku anggap itu perkara biasa dalam berniaga.  Faktor kejayaan sebenar dalam berniaga adalah KEJUJURAN.  Jika kita memang takde sifat tu, so xperlulah kita decide untuk bisness..Teruskan je dengan pekerjaan yang korang ada sekarang dan jaga elok2..

Aku nak share satu kisah dan pengalaman aku dalam memajukan satu komuniti penyokong JDT dan akhirnya aku tumpas hanya kerana sifat tidak jujur yang ada pada seorang individu.  dia bukan orang lain, seorang sahabat lama yang sudah lebih 15 tahun aku kenali. So selamat membaca!!!
________________________________________________________________________

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dah tiba rasanya aku berkongsi cerita disebalik kewujudan Darul Takzim Supporters dan kekecewaan aku dengan apa yang berlaku.  Sekadar berkongsi pengalaman pahit manis sepanjang bersama DTS.  Aku mmg ada catatkan diari aku berkaitan DTS nih..sebenarnya untuk simpanan peribadi..tapi bila aku baca balik, aku rasa benda nih ada pengajaran dan ikhtibar yang baik..




1.  Aku berniaga di Kuala Lumpur. Sudah hampir 7 tahun aku membuka perniagaan percetakan bila tamat pengajian. Alhamdulillah ada rezeki yang Allah SWT tetapkan untuk aku dan keluarga.

2.  Suatu hari, aku didatangi seorang sahabat lama, Rahmat Baseri.  Kawan satu kelas semasa di sekolah menengah dahulu.  Kebetulan isteri aku pantang bersalin, aku pelawa dia untuk bermalam kat rumah.  Malam itu sembang panjang pasal cerita-cerita lama. Maklumlah lebih 10 tahun tak jumpa.

3.  Rahmat memaklumkan dia baru saja berhenti kerja kerana menjaga ibunya yang sedang sakit.  Kebetulan ibunya juga kawan ibu aku masa diorang kerja kilang dulu.  Ibu Rahmat sekarang terlantar sakit.  Katanya dia ambil tanggungjawab untuk menjaga ibunya.  Alhamdulillah ada anak yang sanggup berkorban demi ibunya.  Pendapatan Rahmat pada masa tu cuma bekerja kampong lingkungan RM600 sebulan.

4.  Rahmat ada buat trip utk menyaksikan JDT beraksi. Dia ceritakan pada aku dia bawa ramai orang-orang kampong ke stadium. Pada aku itu usaha yang baik.  Tapi katanya dia tak ada pengalaman berniaga so minta aku bantu. 

5.  Mengenangkan dah lama aku meninggalkan Johor untuk berniaga di KL, so aku rasa memang perlu ada sedikit jasa yang perlu aku tabor untuk negeri kelahiran aku.  Disamping tu, aku dapat membantu keluarga Rahmat dan ibunya yang terlantar sakit. 

6.  Aku pun ambil keputusan untuk bantu Rahmat.  Mudah-mudahan mampu untuk membiayai keperluan ubat-ubatan ibunya.  Aku terfikir, betapa untungnya aku sbb ibu aku masih sihat dan Allah ada limpahkan sedikit rezeki untuk aku, tak salah untuk aku kongsikan dengan orang yang memerlukan.

7.  So mulai hari tu, aku cuba membuat satu plan perniagaan yang melibatkan bolasepak Johor.  Kebetulan aku ada studio design dan printing, so kerja jadi lebih mudah. Maka wujudlah Darul Takzim Supporters..

8.  Bila aku dah wujudkan semua ni, baru aku terfikir. Macamane Rahmat nak bergerak untuk memajukan DTS kalau dia gunakan kenderaan dia sekarang yang dah daif.  Kasihan pulak dia. So aku pun meeting dengan staff2 aku dan aku amik keputusan, company aku pinjamkan kenderaan Hilux pada rahmat.  Hilux tu pun aku wrapping dengan sticker DTS.  Bermulalah kehidupan Rahmat dengan DTS.

9.  Oleh sebab niat aku mmg nak membantu Rahmat, so DTS didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan dia adalah pemilik tunggal DTS.  Semua kos untuk bangunkan perniagaan ini adalah sebanyak RM47,500.00.

10.  Aku deal dengan Rahmat, “Ko buatlah business ni bebetul, aku tak nak apa-apa, bila dah ada income nanti, ko bayarlah semula modal aku, cuma satu pesan aku, business dgn aku ni mudah je, jangan tipu aku”.

Alhamdulillah, DTS semakin luas penguasaannya.  Pada mulanya, semua berjalan lancar.  DTS dah mula diterima disetiap pelusok negeri kelahiran aku. 

11.  Aku terpaksa meninggalkan bisness aku untuk tumpukan kepada DTS. Disinilah aku mula dapat ramai kenalan baru terutama seorang ahli sokongan yang paling aku respect iaitu Angah.  Angah sangat komited dalam membantu DTS.

Aku pesan pada Rahmat, semua sale harian mesti dibank-in kan ke dalam akaun syarikat.  Dan aku akan pantau perkembangan ini.  Aku ajar rahmat byk benda, dari sale, PR, strategi, kewangan dan semua pengalaman yang aku ada.  Memandangkan aku di KL dan jauh, maka selalulah aku hubungi dia utk tahu perkembangan. Kadang2 sehari lebih 10 kali.  Sampai aku rasakan DTS ni sebahagian dari hidup aku..betapa sayangnya aku pada DTS hanya Tuhan yang tahu..

12.  Tapi kejujuran rahmat tak kekal lama.  Pada satu hari, aku tak boleh access Maybank2U syarikat. Bila aku call rahmat, katanya dia tersalah masukkan password dan akaun kena block.  So aku amik positif dan anggap semua itu betul sbb pada masa tu DTS tengah sibuk dengan trip ke Kuantan.  Setiap hari aku ingatkan rahmat supaya bankin semua sale dan dia cakap “jangan takut semua aku dah bankin”.  Selang 2 minggu lepas aku dah push byk kali, barulah Rahmat perbetulkan password (kononya) dan aku berjaya cek semula akaun syarikat.  Aku terkejut sebab yang sepatutnya baki ada berpuluh ribu hanya tinggal 3 ribu sahaja.  Bila aku tengok “history transection”, rupanya byk duit yang dikeluarkan ke akaun maybank isteri dia. Hebat Rahmat, hanya beberapa hari dah kencing aku.

13.  Aku dah mula panas dengan rahmat. Patutlah aku tengok sejak kebelakangan ni dia bermewah2, penampilan berbeza, rokok yg dulu isap semporna hijau dah tukar dunhill, spec rayban original. Aku sendiri goyang nak beli barang mahal2. Cilaka.

14.  Aku call rahmat dan maki hamun dia.  Dia minta maaf katanya terdesak nak pakai duit. Mcm2 cerita dia buat, kejap maknye sakit, kejap abgnya ada hutang along, kejap pakcik dia nak pakai duit. Cerita tak konsisten, sampai dia lupa apa yang dia tipu.

15.  Malam tu jugak aku suruh rahmat turun KL. Selesaikan dengan aku, ikut hati aku mmg aku xnak bantu dah, memandangkan hilux aku ada pada dia, kang dia bawak lari pulak dah susah.

16.  Malam tu aku call angah, ceritakan apa yang berlaku. Angah terkejut jugak dengan tindakan Rahmat. Tapi angah nasihatkan aku supaya sabar dan berbincang dulu dengan Rahmat.  Pada masa tu juga DTS sedang sibuk dengan trip Final lawan Kelantan.  So kalau aku stop DTS sekarang, kesihan pulak pada ahli2 DTS nanti.

17.  Akhirnya aku n angah buat keputusan bagi peluang kedua pada dia.  Bila Rahmat sampai KL kaw2 aku basuh dia. Dia menangis kononya insaf. Aku cakap ni peluang ko kali terakhir. Aku mmg dah xpercaya pada ko cuma aku mengenangkan ahli2 DTS yang lain je aku masih mampu bertahan. 



18.  Lepas tu Rahmat pun balik JB.  Aku kena pantau perjalanan DTS satu per satu. Nasib baik Angah ada. Boleh membantu. So perancangan trip final pun terus dijalankan. Aku terpaksa turun JB dari KL untuk selesaikan 2-3 perkara berkaitan trip. Padahal asalnya DTS ni hanya aku membantu dari sudut kewangan sahaja dan khidmat nasihat je. Pening aku.

19.  Rahmat terus collect duit dari ahli utk trip final. Pada mulanya semua diberitahu pada aku. Semua deposit telah dimasukkan ke dalam akaun syarikat. Tak silap aku sebanyak RM32k termasuk duit tshirt dan lain-lain.  Bila aku cek mmg betul cukup..

20.  Ramai yang bayar baki lewat. So semua cash dipegang oleh Rahmat kira2 86k.  Rahmat bagitau dia dah dapat tiket dari PBNJ sebanyak 2000 keping.  So baki 700 keping lagi.  Semua penyelaras tahu yang Rahmat dah ada 2000 keping tiket.  So aku pun rasa lega. Katanya baki 700 dia akan amik di bukit Jalil. Sejak Sabtu sebelum game final, call rahmat byk kali tak dapat. Bila dia sms katanya dia di JB, bila aku call Angah, katanya dia di Bukit Jalil. Semua orang panic dengan rahmat pada masa tu.

21.  So aku terus g Bukit Jalil, dengan kuasa Tuhan mmg aku jumpa dia kat bukit jalil. Rasa aku nak terajang je. Aku dah janji pada diri aku, lepas je game final ni mmg aku nak terajang dia byk kali sebab dah menyusahkan idup aku. 



22.  Bila jumpa rahmat, dia ulangi yang tiket 2000 dah ada dlm hilux.  Oleh kerana rahmat kaki kencing dan suka berdolak dalih, aku tetap nak tengok mana tiket tu. Katanya ada dalam hilux, hilux pulak jauh dia parking. Aku dah mula curiga..last2 aku amik kunci hilux, cari hilux dan mmg betul TIKET ITU TIDAK WUJUD.  RAHMAT MMG BANGSAT.

23.  Dalam keadaan panic macamtu aku terus jumpa dia..dan dia cakap, sorry bro aku Cuma nak sedapkan hati ko je..apa ke bangsat la rahmat nih..aku tanya, so cash mana?? Dia kata aku dah bagi pada Izal budak runner utk beli tiket..Izal ni sapa?? Rahmat kata org dalam stadium..dalam hati aku confirm terkena nih…

24.  Rupa-rupanya mmg betul Izal tu hilang..kejadian ni berlaku malam game..mcmane nak buat sebab dah bagitau semua org untuk dtg ke stadium..jam dah 3 pagi…rahmat dah makin blur, aku lagi la pulak tak pasal2 ramai call aku..

25.  Akhirnya aku jumpa org2 lama stadium yang aku tak pernah kenal….dia kata ko suruh je budak2 ko datang…ada rezeki kita masuk…sama ada suruh atau tidak suruh, jam dah dekat 5 pagi…mmg diaorang akan dtg la..

26.  Akhirnya hari game, aku jadi watak utama…dah la pagi2 aku dah sampai pasang banner gergasi tu…dah la banner tu aku yang sponser…last2 bila ahli DTS datang semua cari aku..rahmat dah lari kemana aku tak tau…katanya malam tu dia balik jb uruskan bas..bila sebahagian ahli dah sampai, ramai jugak yang dapat masuk..

27.  Start pukul 7, ramai dari Kota Tinggi, Pontian dan sebahagian batu pahat tak dapat masuk…aku dah lembik…ada orang dah kepung aku siap berkayu,,,aku call rahmat tak angkat…bangsat betul rahmat nih…padahal dia dah aka kat bukit jalil..

28.  Aku dimaki hamun, aku diugut, aku nak kena hentak…ehhh tetiba aku lak kena ni pesal..aku kat DTS bukan owner dts..aku hanya funder…korang tau FUNDER tu apa??? Funder tu kita sponser la..menyesal aku Fund si rahmat nih….tapi dalam keadaan mcm ni..takkan aku nak blah…aku cuba juga bantu apa yg patut atas rasa tggjwb aku pada kawan2 negeri aku..

29.  So ada la sebilangannya dapat masuk dan ada yg tengok kat screen luar..so aku dah cuba buat apa yg aku mampu..abis game barulah rahmat muncul..mmg masanya utk aku terajang dia..tetiba dapat panggilan dari angah bas rosak pulak, xsempat aku nak terajang dia..aku terus bantu angah uruskan bas rosak tu..dan jam 6 pagi semuanya selesai…aku paksa rahmat balik ke rumah aku…sebab aku nak amik balik hilux aku..bila sampai umah, nak terajang subuh dah nak abis, lepas solat subuh nak sambung terajang rasa mcm tak best sebab baru lepas solat nak terajang orang…aku amik hilux dan atas dasar simpati aku tetap tumpangkan rahmat tido kat opis aku..

30.  Dalam kul 11, aku dapat panggilan dari Hafis, fan Johor Darul Takzim Cyber, dia pun kena kencing dengan si Izal tu.. so aku cakap camni lah, aku bantu korang pegi utusan Malaysia jumpa kawan aku..so masuklah cerita penipuan semua ni dlm paper..

31.  Pastu kebetulan diorang nak balik JB, so aku cakap ko bwk la rahmat ni balik JB..maka tak sempatlah aku nak terajang dia..itulah hari terakhir aku nampak rahmat…lepastu dia dah tak timbul2 lagi..bukan kata minta maaf..salam aku pun tidak….

32.  Bukan soal RM47k duit aku yang aku kecewa, walaupun RM47k tu mmg banyak, boleh kawin sorang lagi…pada aku duit kita boleh usahakan..tapi nilai kejujuran dan keikhlasan dia…tanggjwb terus lepas…tipu sana sini, aku yg menanggung malu, makian…xpasal2..tapi demi Johor aku tetap lalui je apa yang jadi..aku takkan lari dari masalah..tapi bila pk balik, ni bukan masalah aku..bangsatkan?

33.  So dengan keadaan rahmat yg mmg kaki kencing tu samaada dia dikencing pulak oleh Izal budak kota tu atau mmg betul dia kena kencing..yang itu aku tak tau..sampai sekarang aku cuba call rahmat dia tak dapat…dan aku tak tau kemana hilangnya dia…

34.  Sejak dari kejadian ini, aku mmg tidak akan percaya bagi sesapa yg nak minta bantuan pada aku lagi…cukuplah pengajaran yg aku dapat…bukan soal duit, ini soal maruah…kesian bagi mereka yang betul2 ikhlas selepas ni..

35.  So selepas ni, jika DTS nak dibangunkan semua, aku serahkan sahaja pada ahli2nya…aku akan terus beri sokongan..tetapi rasanya kali ini sokongan aku harus lebih berwaspada…MANUSIA BOLEH BERTUKAR MENJADI SYAITAN HANYA KERANA DUITTTTT!!!!!

Kat bawah ni antara wassap yang pernah aku bg pada dia ketika dia kencing aku dulu…Wallahualam..