Walaupun tajuk post aku kasar, sebagai orang islam aku kena mulakan dulu dengan salam..
Assalamualaikum.
Jika tidak kerana isu hangat sekarang MH370, pasti isu Future Music Festival Asia ni akan jadi perkara hangat. Konsert berskala besar di Bukit Jalil yang berjaya meragut nyawa anak bangsa dengan khayalan dadah sehingga overdose. Sebahagiannya masih kritikal.
Bila kita mengkritik pemerintah, jangan dianggap kita ini pembangkang. Cuma aku tak faham kemana sebenarnya arah tuju yang ingin dibawa oleh pemimpin kita harini kepada anak muda. Adakah catuannya memang untuk anak2 muda ini terus sesat dan hidup berfoya2 tanpa sentuhan agama???
Future Music Festival Asia (FMFA) ini adalah anjuran syarikat event tempatan, Live Scape Sdn Bhd. Alamat dia No. 40, Jalan Gasing,46000, Petaling Jaya, Selangor,Malaysia.+60377726272. Dan owner syarikat ni ialah Iqbal Ameer. Korang kenal sapa mamat ni? Inilah usahawan berjaya, anak kepada tokey MYDIN!!! Korang google la sendiri..
FMFA ni adalah satu acara konsert berskala besar melibatkan 70 band dan artis diperingkat antarabangsa yang berlangsung 13 hingga 15 Mac 2014 di Bukit Jalil.
Akhirnya Allah swt bayar cash!!! Hari ketiga konsert ini terpaksa dibatalkan kerana pada malam kedua, 5 remaja telah meninggal dunia akibat overdose dadah..lihatlah..siapa yg nak bertanggungjawab???? IQBAL AMEER???Mydin???
Dalam setiap meterial pengiklanan FMFA ni pasti ada logo Visit Malaysia Year 2014. Maksudnya, konsert ini telah mendapat restu dari pemerintah. Selain itu celcom dan syarikat arak adalah antara sponser utama konsert ini.
Tujuan aku menulis ni bukankah semata2 nak menuding jari kepada sesiapa terutama kepada kerajaan..sbb kerajaan pun byk dah bantu aku..tapi isu keruntuhan akhlak ini kena diselesaikan..kalau tidak diselesaikan dengan segera sekalipun, jangan diparahkan lagi..semakin parah dari hari ke hari..
Yang meninggal dunia tu anak2 melayu islam..mati dalam keaiban..kita nak tunggu Tuhan tunjuk macamane lagi? Sudah banyak peringatan yang Tuhan dah tunjuk pada Malaysia. Satu demi satu. Kita dah lupa dengan banjir besar, kemarau, jerebu, mh370??? Semua Malaysia dah dapat..nak tggu Malaysia ni kena gulung ke?
So aku menyeru kepada mereka2 yang berkuasa dan berpengaruh dalam kerajaan, bukalah mata pemimpin2 kita. Hanya mereka yang mempunyai kuasa dan mandat untuk mencorakkan anak2 muda islam ini. Janganlah anak2 muda islam ini terus dilalaikan, terus tersasar, terus keliru. Mereka perlukan bimbingan, mereka perlukan perhatian, mereka perlukan sentuhan agama..
Menteri2 berkaitan mainkanlah peranan korang..jangan hanya syok duduk di kerusi empuk tu..syok bila ramai yang hormat..syok bila ramai yang takut..ini tanggungjawab dan amanah korang yang Allah anugerahkan. Nanti bila korang mati, akan ditanya oleh Allah akan tanggungjawab2 ini..Menteri agama jangan tidur, Menteri belia tolong pandang2 anak muda.
Korang belek2 la gambar2 kat bawah ni.. samada korang akan rasa apa yg aku rasa, tanya diri sendiri..
Mood : geram, rasa nak terajang Iqbal Ameer, sedih, takut, moga Allah ampunkan dosa2 adik2 yang meninggal dunia ini...
jgn nk salahkn penganjur...jgn nk salahkn Iqbal...salahkan orang yg tak reti kawal diri...klo nk mati isap dadah tu...tade concert pon boleh mati...livescape buat event utk entertainment...kasi 1000 event company ternama kt dunia ni pon...still akan ade org mati sebab they dun hv their own self control! dun just put ur blame on people..think thoroughly!!!
ReplyDeleteKeh keh keh. Geli appendix aku baca komen bangang ko ni. Dun just put ur blame on people. Tp awl2 ko dh bedal salahkn org yg sertai konsert tu. Kalo camtu x perlu la tangkap pengedar dadah. Slhkn penagih je. X perlu tangkap ibu or bapak ayam. Slhkn pelacur je.
Delete