"sometimes there is NO next time, NO second chance, NO time out.... sometimes....it's NOW or NEVER...."

Sunday, 11 September 2011

Lebaran 2011 : Tuhan kembalikan kegembiraan

Selamat Hari Raya... Hari Raya tahun ini sangat-sangatlah berbeza dengan tahun lepas.. Tahun lepas tiada erti hari raya dalam hidup aku dek kerana masalah-masalah yang aku lalui.  Hati mati untuk menyambut apa2 hari kebesaran..Tahun lepas aku tiada baju raya, tiada songkok, tiada samping, tiada selipar, tiada apa2...Bangun pagi dipaksa oleh mak aku utk solat raya, mandi, pakai baju beberapa tahun lepas dan pakai kain pelekat je.. keluar dari umah menuju ke masjid, tengok2 org tengah sembahyang, u-turn dan sambung tido kat petronas..bila org balik semayang, barulah aku balik..hebatkan aku..itulah kesan daripada sebuah tragedi..

Tahun ini aku bersyukur sangat-sangat..Tuhan dah dengar keluhan hati aku..Dia dah kembalikan kegembiraan aku..tahun ni aku ada semua seperti orang lain..Baju melayu 2 pasang - satu merah satu biru, samping songket baru, songkok ala2 ahli PAS, sliper baru, sediakan duit raya pada anak2 buah, sedondon baju sama dengan emelda, beli kuih raya, shopping baju aku dan emelda..fuhh sgt2 berbeza berbanding tahun lepas..

Tahun ni jugak memecah tradisi keluarga aku..selama aku hidup hampir 30 tahun nih..aku hanya berhari raya di kampung halaman di Batu Pahat..tahun ini berhari raya di Pulau Pinang..Umah abang aku..Yang lebih menarik, aku bawak mak n abah aku beraya disana sekali..ini adalah gara2 abg aku punya ayat..dia mengayat mak abah aku sebab tahun ni dia xdapat balik..anak buah aku nak exam dan kebetulan abg aku beli rumah baru..so banyak la point yang menguatkan cadangan beliau..dan akhirnya berhari rayalah aku di Bertam Indah, Kepala Batas Pulau Pinang..


No comments:

Post a comment