"sometimes there is NO next time, NO second chance, NO time out.... sometimes....it's NOW or NEVER...."

Tuesday, 23 August 2011

Kehebatan Sang Pencinta

Allah Maha Besar,
Peringatan diri sendiri dan rakan-rakan ku.  Sejauh mana perginya kita, berbaliklah kepada Allah. Tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Ucapan bukan hanya dimulut, dibenarkan didalam hati, hati yang dalam, bersih,suci,putih...

Sujudlah kepadanya, rukuklah kepadanya, merayulah kepadanya.  Dia akan dengar, Dia akan semakin dekat. Dekat dihati dan jiwa.  Pasti jiwa bersih, pasti jiwa tenang.. jiwa penuh pengertian..penertian kepada Sang Pencipta.

Nafsu itu milik syaitan jika kita memilih ke jalan itu, dan nafsu juga milik Allah jika kita menghambakan diri.  Tiada keindahan beragama seperti kita, jika kita kalah pada nafsu mainan syaitan.  Berpuasalah. Puasa yang penuh keinsafan, makan, minum itu lahiriah.. jiwa dan hati seiring jasad menahan godaan.

Percayalah wahai sahabat2 seagama dengan ku, kehebatan kita, rezeki, kurniaan dan darjat adalah kuasa Sang Pencipta.  Dengan izinnya, pasti kejayaan menanti.  Janganlah kita terlalu jauh dgnNya, takut2 Dia tidak lagi dekat pada kita.  Rezeki itu milik Allah, apa yang dikurniakan adalah amanahnya, rezeki dan kesempurnaan hidup yang Dia kurniakan bukanlah milik kita semuanya. Terselit sedikit hak insan lain, hak itu bukan milik kamu.  Hak itu amanah Allah atas kurniaanNya. Berzakatlah kamu, benarkan hati kamu memberi, pasti lebih banyak yang diterima.

Keindahan alam dan keindahan ibadah lebih bermakna pada tempatnya. Disitulah arah selama ini kita sujud, rukuk dan mengabdikan diri.  Taman-taman syurga yang menerangi jiwa..jiwa meronta ingin kesana. Lebih dekat denganNya.  Tunaikanlah Haji bila keizinan tiba, usaha dan azam itu kuncinya.  

Lengkaplah Agamamu Wahai Rakan Seagamaku..Marilah kita menunaikan tuntutan2 ini.

No comments:

Post a comment