"sometimes there is NO next time, NO second chance, NO time out.... sometimes....it's NOW or NEVER...."

Wednesday, 17 August 2011

Sebuah Cerita : Disebalik Lesung Pipit

Aku nak sharekan sebuah cerita, cerita yang membuka hati aku untuk terus bersyukur dengan kehidupan yang ada hari ini.  Dugaan dia dan aku tidak sama, malah dia lebih hebat diuji. Dia kawan baru aku yang hanya sempat berkenal-kenalan sebulan.. dan satu hari berkongsi cerita hidup...

Aku gelarkan minah nih Anne.  Sebelum aku ceritakan perkara ni, aku dah minta izin..aku perlu sharekan cerita ni pada yang lain-lain agar dapat dijadikan ikhtibar dan pedoman.  Cerita ini telah berjaya menyentuh hati aku yang dah hampir mati.

Anne seorang kanak-kanak yang membesar dengan sihat.  Disayangi oleh keluarga terutama ibunya.  Ayahnya seorang kontraktor dan ibunya bekerja disebuah kilang berhampiran dengan rumah mereka.  Perniagaan ayah pula ada kalanya turun dan naik..Desakan hidup di kota raya menjadikan keluarga ini hidup bersederhana.  Ibu Anne seorang yang baik hati, peramah dan sabar dengan cabaran hidup harian demi membesarkan 3 anak mereka. 2 lelaki dan Anne seorang kanak2 yang comel agaknya ketika itu.

Ibu Anne didapati  tidak sihat dan tidak lagi boleh bekerja. Mengalami serangan asma, lebih buruk lagi bila ibu Anne harus bekerja secara shift.  So, ibu Anne mengambil keputusan untuk berhenti.  Keadaan ekonomi keluarga mereka tergugat kesan dari keputusan yang diambil oleh ibu Anne.  Tapi hati dan semangat seorang ibu, melihat akan masa depan anaknya, meneruskan kehidupan dengan menjual pisang goreng dan nasi lemak dihadapan sebuah bengkel kenderaan.  Owner bengkel tu pun mungkin memberi galakan kepada mereka 2 beranak.  Mungkin hubungan mereka dan owner bengkel tu rapat hingga ibu Anne menggelarkan Anne anak pada apek tu. mungkin juga Anne seorang kanak2 yang putih dan bermata sepet, mirip si apek.  Seawal usia 9 tahun, Anne sudah membantu ibunya berniaga.  Pulang dari sekolah, terus bersama-sama ibunya membuka gerai. Alhamdulillah, berkat usaha itu, mereka mendapat pendapatan yang boleh menampung keperluan harian.  Salah seorang daripada abang Anne pada ketika itu sudah berada di Kuala Lumpur.  Melanjutkan pelajaran katanya dan seorang lagi hanya tinggal dirumah.  Entah kenapa, menurut penceritaan Anne, abangnya yang tinggal dirumah bersama mereka kurang memberi perhatian kepada keadaan keluarga dan Anne kurang berminat untuk menceritakan berkaitan abangnya itu.  Anne melalui usia kanak2 dengan gigih mencari pendapat untuk menyara keluarga.  Tidak seperti kanak2 lain yang leka bermain Play Station, menonton kartun dirumah dan pelbagai aktiviti lain.  Seharusnya Anne juga begitu.  

Penderitaan Anne bermula disaat ini...

Keadaan ibu semakin tidak baik.  Mungkin juga akibat suasana digerai yang terdedah pada habuk dan persekitaran yang tidak menyebelahi kepada kesihatan ibu.  Penyakit yang dihidap oleh ibu semakin teruk..  Tetapi perniagaan mereka diteruskan. Anne terus membantu ibu, sehingga Anne sendiri yang membuka gerai dan menyediakan bahan2 untuk diniagakan.  Anne mengikut sifat sabar dan semangat ibunya.  Keadaan lebih memilukan apabila bapa kesayangan meninggal dunia dikala usia Anne 9 tahun.  Ayah meninggal dunia, ibunya pula sakit, abang pertama ada di Kuala Lumpur belajar dan abang kedua nampaknya tidak mengindahkan keluarga.  Mungkin dunia percintaan lebih indah daripada dunia pisang goreng itu.  Dengan keadaan yang semakin menghimpit mereka, ibu Anne terus berusaha dengan bantuan Anne.  Hanya kanak2 kecil 9 tahun!!... Anne sudah mula faham byk perkara.  Abang Anne di Kuala Lumpur hanya akan menghubungi ibunya melalui telefon apabila perlukan bantuan kewangan... Kegusaran si ibu dipamerkan melalui senyuman kepada Anne...Anne sudah mengerti dan kadangkala terpaksa meminta bantuan nenek untuk membantu abangnya di Kuala Lumpur.  Nenek pula bukanlah nenek kandung, hanya mempunyai talian saudara. Nenek mmg pemurah.  Membantu sekadar mampu kepada mereka.

Ibu walau mungkin seorang yang biasa tetapi mempunyai cita-cita masa depan yang tinggi pada anak mereka.  Anne sering dinasihati dan diberi kata-kata semangat.  Dan semua ibu rasanya begitu.. Anne meneruskan kehidupan kanak-kanak dan remaja dengan persekitaran yang sama. Pisang goreng, nasi lemak....

Satu malam ketika Anne sedang tidur bersama ibu di ruang tamu, ibunya mengadu sakit pinggang yang teramat sangat.  Ketika itu usia Anne sudah belasan tahun.  Anne mengejutkan abangnya yang sedang tidur di bilik.  Memaksa abangnya bangun untuk menghantar ibu ke hospital.  Abg enggan bangun, dan memaksa Anne untuk menghantar sendiri ibu.  Tanpa lesen memandu, Anne terus mengambil keputusan untuk menghantar ibu sendiri.  Memandu laju ke hospital...dan terus diberi pemeriksaan.  Buah pinggang ibu Anne tidak lagi berfungsi.. Anne menangis, melihat keadaan ibu yang semakin kritikal... Ibunya tidak lagi sedarkan diri.. hari-hari Anne dihabiskan di hospital utk menemani ibu.  Pelajaran Anne disekolah entah kemana, berbulan lamanya Anne menghabiskan masa bersama ibu.  Airmata terus mengalir, ibu semakin kaku..pelajaran Anne semakin ketinggalan..STPM semakin hampir...saudara-mara entah kemana..hari pertama di hospital, ibu termuntah-muntah..buang air hanya dikatil hospital..anak lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab, semakin menjauhkan diri.. "eeeeeee....apa macam nih????" suara yang dilontarkan oleh anak lelaki kedua si ibu, seolah-olah geli dan tidak selesa melihat keadaan ibunya... " Maaf adik, ibu tak sengaja"kata-kata ibu pada Anne sambil menyesat mulut akibat termuntah di katil hospital..Anne hanya mampu mengalirkan air mata..rasa geram pada abg dibiarkan..

Kini ibu di ICU...semakin parah.. doctor yang merawat ibu memberi tahu Anne bahawa terpaksa menebuk buah pinggang ibu untuk mengeluarkan toksin.. pada ketika itu, hanya Anne sahaja yang boleh membuat keputusan, samada diteruskan atau tidak...hanya Anne sahaja waris yang ada...Anne juga mula paham keadaan ibu..hati Anne semakin kuat... Anne membenarkan apa yang dinyatakan oleh doctor..Anne memaksa ibunya utk kencing, sampel air kecing akan diambil untuk ujian makmal..ibu tidak mampu mengeluarkan air kecing..dipaksa juga oleh Anne dan akhirnya sedikit ait kencing yang kotor dikeluarkan..

Satu hari, doktor memberi cadangan pada Anne untuk menebuk dada ibu, mengeluarkan cecair di paru-paru..Anne sekali lagi setuju...ibu sudah beberapa kali koma...tirai ditutup, Anne diluar menangis dan tidak mampu melihat keadaan ibu lagi..disebalik bayang2 tirai, ternampak percikan darah dari dada ibu..Anne terus menangis di luar tirai..ditenangkan oleh nurse2 yang ada...pilu melihat ibu begitu...saudara mara yang akhirnya datang, bukanlah memberi semangat atau membawa ketenangan, malah Anne ditengking kerana tidak menjaga ibunya dengan baik..

Sepanjang ibu koma, Anne terpaksa mengeluarkan kahak di mulut ibu dengan saluran paip..disedut berkali-kali..kadangkala sehingga berdarah..ibu masih tidak sedar...setiap hari itu yang dilakukan oleh Anne... "mama, adik nak sedut kahak mama nih, mama tahan sikit yer".. ibu terus kaku..tapi dari raut wajahnya, jelas sekali ibu derita menahan rasa sakit...Anne menjalankan rutin itu dengan linangan airmata.. walaupun mama kaku, segala apa yang dibuat oleh Anne akan meminta izin pada ibu...Bila ibu sedar, daya ingatan ibu semakin kusut, dia hanya mengenali anak-anaknya sahaja.

Pagi itu, Anne keluar untuk membeli sarapan "mama, adik keluar tau beli sarapan untuk kita". Anne pun menuju ke kantin hospital untuk membeli sarapan pagi mereka.. memang 2 beranak ini tabah...sekembalinya Anne di katil ibu, ibu yang sering koma dan sedar, memeluk Anne sekuat hati..dan rasanya ingin memberi tahu Anne sesuatu..Anne agak panik terus dicapai pelukan ibu beserta linangan airmata...rupa-rupanya, itulah pelukan terakhir seorang ibu kepada anak kesayangannya...Ibu meninggalkan Anne pada usia Anne 18 tahun... Anne harus tabah melalui saat ini.. bukan airmata lagi harus dilinangkan..nilai airmata ini sudah terlalu tinggi..bila ingat arwah ibu, mandikan ibu, tukar pampers ibu, suap ibu makan, sikat rambut ibu, sedut kahak ibu, bersihkan najis ibu..terbayang-bayang dimata Anne...Fokus pada pelajaran terganggu hampir berbulan lamanya..Anne tidak ada lagi tempat untuk bermanja, bercerita, gelak tawa, merajuk, meminta pendapat, semuanya sudah lebur..hanya kenangan yang tak mungkin dilupakan..

Anne meneruskan perjalanan hidup sebagai seorang yatim piatu sejak berusia 18 tahun.. nasihat daripada nenek dan saudara, Anne kini menginap di asrama sekolah dan meneruskan pelajaran...Akhirnya Anne menghabiskan pelajaran disekolah dengan berbekalkan STPM...

Disini sudah tiada apa lagi..rumah yang didiami semakin uzur.. Anne hidup seorang diri...kosongnya rumah ini, lebih kosong lagi hati anak gadis ini... Anne mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur...mencari pengertian yang lebih jelas, mencari cita-cita ibu, menongkah arus kehidupan kota..Anne tinggal bersama teman wanita abang.. Anne bekerja di Jusco berhampiran kediaman..Anne mmg tekun bekerja..pendapatan yang diperolehi disumbangkan sedikit dan kadangkala banyak kepada abgnya yang masih belajar...Anne nyata mengikut sifat ibunya, kini Anne menggantikan ibunya dan mengambil berat kepada keadaan ekonomi abg...

Anne sedar bahawa pelajaran ini sgt penting kepada masa depannya.. kesedaran itu diterjemahkan dalam bentuk tindakan..akhirnya Anne meneruskan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang muzik..kenapa muzik??? itu kena tanya Anne sendiri...

Saudara yang dulunya agak longgar, kini lebih rapat dengan Anne...mungkin atas kesedaran bahawa mereka perlu bertanggungjawab pada Anne.. pakcik Anne membantu sekadar mampu untuk Anne terus menghabiskan pengajian di UM...dan akhirnya, Anne yang dulunya seorang kanak2 penjual pisang goreng dan nasi lemak, menjadi yatim diusia 9 tahun, menjalani kegetiran hidup, menjadi yatim piatu pada usia 18 tahun, kini pemegang Ijazah Sarjana Muda Muzik, Universiti Malaya..

Kini Anne berusia 23 tahun.. murah dengan senyuman lesung pipitnya sebelahnnya.. mengkaburi sejarah silam penderitaan dan kekecewaan, bangkit dengan semangat ibu untuk terus berjaya...

Aku doakan Anne akan terus berjaya dan aku yakin dia mmg layak untuk berjaya..seawal usia belasan tahun, byk keputusan untuk dirinya dan keluarganya dibuat oleh Anne sendiri...Tidak akan Tuhan uji kepada hambanya diluar kemampuan..

Note : Coretan ini hanya untuk berkongsi pengalaman.  Bersyukurlah atas kurniaan yang Tuhan berikan.. Penderitaan dan kegelapan semalam yang dapat menjanjikan kesempurnaan hari esok..


Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu.





Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya seseorang akan diangkat darjatnya di syurga maka dia berkata: Wahai Tuhanku, dari manakah semua ini untukku?" Maka dijawab: "Daripada permintaan keampunan anakmu untukmu." - (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Baihaqi). 

No comments:

Post a comment