"sometimes there is NO next time, NO second chance, NO time out.... sometimes....it's NOW or NEVER...."

Tuesday, 3 June 2014

Misi Membantu Gelandangan

Assalamualaikum. Mungkin nasib kita jauh lebih indah dari mereka.

Kepada sekelian sahabat2 saya. Saya bersama kawan2 yang lain akan menyampaikan bantuan kepada anak2 gelandangan di Kuala Lumpur. Rupa2nya masih ramai lagi anak2 gelandangan di negara kita yang memerlukan bantuan dan sokongan. Jangan biarkan mereka terus ketinggalan. Ayuh sama2 kita membantu sekadar kemampuan kita.

Saya akan melancarkan satu misi membantu anak2 ini dan keluarga mereka. Jika anda ingin membantu, anda boleh sumbangkan barang2 keperluan seperti dibawah. SAYA TIDAK MENERIMA WANG TUNAI. Keperluan yang bertanda * adalah keperluan yang dilihat sangat membantu.

1. Pakaian baru/terpakai/tuala
2. Kasut/sandle/selipar/stokin
3. Selimut/bantal/toto
4. * Biskut/susu pekat/susu tepung
5. * Makanan kering/ tepung/minyak masak
6. Ubat nyamuk/spray
7. * Pampers/keperluan bayi - susu, pakaian, minyak telon, bedak dll
8. Buku kanak2- umur 4 -10 tahun
9. * Cerek air/periuk nasi elektrik
10. Al quran/mukadam/buku agama

Semua barang2 bolehlah dihantar ke office saya. Sila packingkan didalam kotak dengan sempurna. Alamat office saya adalah seperti di bawah :

The Red Studio
No.7, Jalan 7/7c, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. (Kedai warna merah di sebelah JPJ Seksyen 7 Bangi).

Boleh hubungi staff saya En Fatah Atah 0172329804 untuk mengetahui lokasi office saya. Maaf, saya tidak menyediakan perkhidmatan mengambil barang2 anda.

Semua sumbangan akan diserahkan Insyaallah seperti maklumat dibawah :

Tarikh : 14 Jun 2014
Masa : Jam 9 malam
Lokasi : Chow Kit dan kawasan sekitar

Nota :

A. Walaupun sumbangan kita merupakan barangan terpakai, diharapkan agar kita semua mencari barang2 yang masih sempurna sifatnya. Elakkan barangan yang boleh dikategorikan sebagai sampah. Anggaplah mereka seperti anak2 dan keluarga kita sendiri.

B. Jika ada barangan yang berupa makanan, mohon anda lihat pada tarikh luputnya. Saya hanya akan menghantar barang2 tersebut pada tarikh yang dinyatakan diatas.

C. Pastikan semua barangan di packing didalam kotak supaya mudah saya nak menyusunnya satu persatu didalam opis saya dan didalam lori nanti.

D. Misi ini adalah inisiatif individu dan kawan2. Tiada mana2 parti politik, persatuan atau NGO yang terlibat.

Terima kasih kepada yang telah memberi sumbangan. Pada yang masih belum lagi, saya mengalu-alukan sokongan anda sekelian. Semoga usaha kita yang sedikit ini dipermudahkan oleh Nya. Insyaallah.

Mohon sharekan kepada mana2 group dan page lain. Terima kasih.

- Fairus Mohd Tabiee
0123272920
www.fairustabiee.com

Saturday, 31 May 2014

Teluk Intan Memilih

Tahniah pada BN memenangi kerusi di Teluk Intan. Pengundi di Teluk Intan bijak memilih.

1. Bagi masyarakat melayu yg menyokong hudud, tiada bezanya mengundi Mah atau Dyana. Kedua2 tidak menyokong Hudud. So tiada sentimen anutan agama yang membantu.

2. Jika DAP menang, ianya tidak mengubah apa2. Jika Mah menang, PM dah janjikan jawatan menteri. Pasti masyarakat Teluk Intan ingin melihat pemimpin mereka menjadi Menteri.

3. Lihat cara orang cina berpolitik. Adakah faktor kaum mendahului parti?

4. Mah memang jauh lebih berkredibiliti dan berpengalaman berbanding anak muda Dyana. Tetapi Dyana masih dapat memberi saingan sengit.

5. Masyarakat india macam biasa, mereka sukar dijangka. Kali ini mereka bersama BN.

6. Khemah BN yang kosong dibandingkan dengan ceramah DAP puluhan ribu bukan petanda kemenangan pada sesiapa. Pengundi boleh memilih berdasarkan penilaian dan keyakinan mereka di peringkat akhir.

7. Pakatan Rakyat terperangkap dengan isu hudud yang menjadi isu yang tidak pernah dianggap selesai.

8. Keyakinan masyarakat kepada BN sebagai pemerintah ada peningkatan yang menggalakkan.

9. Pendekatan politik dan kempen kedua2 pihak masih sama. Fitnah memfitnah masih subur.

10. PRK ini tidak menarik minat pengundi yang tinggal di luar untuk balik ke kampung. Dengan bebanan ekonomi harini, pulang ke kampung hanya utk mengundi bukan pilihan yg memaksa.

Tahniah kepada masyarakat di Teluk Intan kerana bakal mendapat pemimpin baharu yang juga bakal menjadi menteri nanti. Pada Dyana, masih perlu belajar bagaimana mahu berkomunikasi dengan lebih meyakinkan, meningkatkan keyakinan dan kredibiliti. Politik adalah proses membina persepsi.

Wednesday, 28 May 2014

Babi Betul La Babi Nih..

Assalamualaikum

Krookkk…krroookkk..krrokkk… ini bunyi BABI...binatang ini tidak comel walaupun berwarna pink…



Harini aku nak menulis berkaitan isu yang sebenarnya dah lama membelenggu umat islam di Malaysia. Hairan, kenapa isu ini tenggelam timbul, sekejap kecoh didebatkan, sekejap senyap. Tapi tak pernah dapat jalan penyelesaian terbaik. Isu DNA babi dalam makanan ni rasanya dah bertahun-tahun di timbulkan.

Banyak pihak melahirkan rasa tak puas hati dengan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan dengan DNA babi di cokelat Cudberry. Aku malas nak kupas tentang itu lagi. Tekak aku muak dan terbayang-bayang dengan coklat tu yang selalu aku belikan pada anak-anak. Sebenarnya bukan KKM sahaja yang mendedahkan, dah banyak pertubuhan islam mendedahkan produk-produk yang mempunyai DNA babi, tapi tiada orang pun amik port, tiada badan atau agensi kerajaan pun amik peduli. Nak harapkan agensi kerajaan bagi penjelasan, semakin muak dengar alasan mereka. Nak harapkan pembangkang memperjuangkan isu ini jauh sekali. Yang disibukkan adalah isu “Panda dan Dyana”. Bila didedahkan oleh KKM sendiri, barulah cerita jadi panas, jadi gempar. Tapi esoknya kenyataan ditukarkan, DNA babi berpunca dari pencemaran. Yang ingin dipertahankan adalah tokey besar, yang makan DNA babi berjuta masyarakat islam….Ceeiihhh…

Pada ketika ini, semua orang cuba sedaya upaya lepas tangan. Tiada mana-mana pihak pun nak tampil kedepan untuk akui kesilapan. Jauh sekali ketua-ketua jabatan nak letak jawatan atas kegagalan mereka membendung isu ini. Ini Malaysia lah, bukan Jepun. Jika JAKIM ini ada di Jepun, dah pasti Ketua Pengarahnya dah letak jawatan.

Aku ada buat pembacaan sikit berkaitan dengan Pensijilan Halal oleh JAKIM, MAMPU dengan kerjasama agensi-agensi lain. Jika dibaca dari portal2, Malaysia memang hebat. Hebat mencipta itu ini, dasar itu ini, undang-undang itu ini dan akhirnya macam biasa, nak pakai logo halal ada yuran tahunannya. Bila logo ini dah mula di “niaga” kan macam ini, pasti ada kesempatan yang diambil. Di atas kertas, segala prosedurnya nampak sempurna. Kita jauh beribu batu lebih Islamik dari Pak Arab Badwi di Kaherah.

Tapi hakikatnya semua itu sampah. Berapa banyak produk makanan yang dah masuk perut orang islam yang disyaki ada DNA babi???? Kalau aku listkan, takut rasa. Semua jenama yang kita beli biasa di dengar melalui pengiklanan di TV, anak-anak pun pandai menyebut. Dan kita pun beli untuk keluarga di rumah. Semuanya ada logo halal….

Pada aku, perkara ini dah terlambat untuk dibendung lagi. Kalau nak dikaji semua makanan di pasaran, aku takut nak menunggu jawapannya. Silap-silap lebih banyak lagi makanan yang ada DNA babi ni yang kita makan hari-hari.

Mengapa isu ini terus bernanah di Malaysia?

Apa yang aku tuliskan di bawah ni adalah “kemungkinan” perkara ini berlaku. Ianya tidak pasti benar atau tidak, jika salah aku takut menjadi fitnah. So kita fikirkan sama-sama.

1. Industri Halal berkembang pesat di dunia. Malaysia tak terkecuali. Malaysia juga antara pembekal makanan di pasaran Timur Tengah melalui pelbagai program. Pasaran halal Timur Tengah ini sangat besar. Mereka mengalu-alukan kedatangan produk makanan dari Malaysia. Tapi kita tidak sedar, mungkin 80% dari pengusaha makanan ini bukanlah pengusaha islam yang benar-benar memahami apa itu halal. Maka terlepaslah ramuan-ramuan yang ada DNA babi ini.

2. Begitu juga dengan makanan luar yang masuk ke Malaysia. Pengusaha di luar sana bukan semuanya dikalangan pengusaha beragama Islam. Tetapi aku hairan, kenapa tiada penguatkuasaan dijalankan dahulu sebelum makanan ini di bawa masuk. Mengapa terus dipasarkan? Katanya coklat Pepero dari Korea ini haram, tapi masih bebas di jual di pasaraya-pasaraya di Malaysia.

3. Masyarakat Malaysia meletakkan kepercayaan 100% sesuatu makanan itu status halalnya hanya pada Logo Halal. Maka bila makanan itu ada Logo Halal, dengan bersenang hati kita beli dan makan seisi keluarga. Ini menunjukkan kita bukan sekadar percaya pada Logo ini, tetapi keseluruhan proses pensijilan halal itu sendiri. Dipendekkan cerita, kita terlalu yakin dengan jabatan atau agensi yang mengeluarkan atau membenarkan penggunaan Logo Halal itu tanpa ada syak wasangka.

4. Kita harus sedar, jika pasaran halal yang besar ini di lihat dari sudut ekonomi, ia dapat memberi keuntungan berganda-ganda. Nilainya bukan sejuta dua, bukan puluh juta...lebih dari itu. Maka “kemungkinan” berlakunya proses atau tindakan diluar dari tatakerja adalah tinggi. Perlu di ingat, sehebat mana pun sistem atau prosedur yang digunapakai, akhirnya faktor kejujuran, ketelusan, kepertanggungjawapan, integriti individu yang menjalankan sistem ini boleh dipersoal. Mereka manusia biasa. “Kawtim2” ini sudah lama jadi budaya kita. Jangan dinafikan. Kalau ini puncanya, memang malanglah nasib kita.

5. Dunia kapitalis dah jauh kehadapan. Kapitalis tidak mengenal agama, sensitiviti masyarakat atau undang-undang. Di dalam pemikiran mereka hanya berfikir bagaimana memaksimumkan keuntungan!!!! Kerana itulah, mereka mengambil kesempatan menggunakan apa saja demi menjadikan produk mereka dipilih berbanding pesaing-pesaing yang lain. Samada DNA babi ini menjadikan makanan lebih sedap, lebih tahan lama, malas untuk aku kupas. Yang aku pasti, akan ada saja ramuam alternatif yang lain. Mengapa berterusan gunakan DNA babi ni?

6. Ketegasan kita mengatasi masalah ini juga menjadi punca utama. Ketegasan pengguna atau pemerintah. Makanan-makanan berjenama antarabangsa yang dikilangkan di Malaysia adalah antara punca pendapatan negara. Pelabur membawa wang berjuta-juta untuk memproses makanan jenama mereka di negara kita. Jika tindakan tegas diambil sehingga kilang itu diarahkan tutup, pasti pelabur-pelabur akan menarik semula pelaburan mereka di Malaysia. Itu juga mungkin menjadi punca utama mengapa pemerintah tidak tegas menangani isu ini. Aku pasti, jika isu ini berlaku di Indonesia, pasti kilang-kilang pengeluar makanan seperti ini sudah dikepung, demontrasi digerakkan untuk memberi tekanan pada pengusaha. Tapi malangnya di Malaysia, demontrasi hanya popular jika berkaitan dengan kepentingan politik sahaja.

7. Tindakan memboikot juga tidak dapat memberi kesan besar di Malaysia. Mengapa? Kerana hanya sebilangan mereka sahaja yang akan istiqamah dalam memboikot produk-produk ini. Dulu sibuk juga kita memboikot McD, Starbuck dll atas isu zionis. Tapi sekarang makin sihat, besar dan kuat mereka.

8. Bagi pengusaha bukan islam di Malaysia, mereka tidak lagi sensitif dengan isu ini kerana pengutkuasaan yang dilihat begitu “dayus” dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Kepentingan ekonomi mereka jauh lebih penting dari menjaga keharmonian hubungan agama. Apa nak buat, sudahlah mereka memonopoli industri makanan di Malaysia ditambah lagi dengan tiadanya sensitiviti ini. Berapa banyak kes berkaitan isu DNA babi dari dulu hingga kini sehingga di bawa ke mahkamah. Jawapannya hampir TIADA!! Kalau ada pun terlalu kecil.

Apa tindakan yang boleh diambil dari isu ini?

Macam yang aku cakap, isu ini sudah lambat untuk dibendung. DNA babi sudah menular. Produk-produk yang didedahkan hanya sebahagian, yang lain-lain kita juga masih belum dapat pastikan bebas dari DNA babi ini. So, isu ini perlu ditangani segera dengan tegas, penuh komitmen dan kreatif.

1. Peranan semua pihak perlu dimainkan. Baik dari agensi kerajaan yang terlibat (yang rata-rata kakitangannya beragama islam), ahli politik islam, pakar ekonomi, masyarakat islam, pertubuhan-pertubuhan islam dan tokoh-tokoh agama. Ambillah perkara ini dengan serius. Duduk dan bincangkan isu ini. Jangan anggap ini perkara kecil.

2. Jika agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap pensijilan Halal ini sudah hilang kredibilitinya, sudah tiba masanya pertubuhan-pertubuhan islam diberi pengikhtirafan. Ianya pasti lebih berkesan kerana mereka tidak mempunyai kepentingan sendiri. Pertubuhan-pertubuhan islam ini boleh mengepalai dalam usahasama kajian antara universiti-universiti tempatan. Jadikan ia sebagai kajian ilmiah yang akan digunakan atau menjadi panduan masyarakat islam di Malaysia. Berikan galakan bagi mereka yang membuat kajian ini.

3. Memperkasakan semula proses pensijilan Halal. Janganlah lagi “Logo Halal” ini menjadi bahan yang diniagakan. Apa sahaja yang dikuatkuasakan, apa sahaja badan penguatkuasaan, pasti ada unsur-unsur “kawtim”. Unsur-unsur ini harus dihapuskan terlebih dahulu.

4. Memberi pendedahan dengan lebih serius tetapi berkesan terutama kepada pengilang-pengilang makanan yang bukan beragama islam. Pastikan mereka lebih sensitif dengan penggunaan apa-apa bahan atau ramuan yang tidak menepati syarak. Jika mereka berdegil, kenakan tindakan setimpal. Gunakan keperluan akta dan undang-undang semaksima yang mungkin. Jangan terlalu mudah mengeluarkan sijil ini. Apa gunanya sijil halal ini jika makanan masih tidak halal? Jangan tutup mata bila ada apa-apa laporan yang dibuat.

5. Kita juga boleh memperkasakan “HALAL MART” bagi pengguna islam. Makanan yang dipasarkan di sini haruslah benar-benar diyakini dan bebas dari unsur-unsur yang haram. Pembangunan “HALAL MART” ini atas bekerjasama dengan pertubuhan islam yang memperjuangkan isu ini. Disokong pula dengan kajian-kajian dari universiti yang bekerjasama. Jika kerajaan boleh berbelanja banyak untuk Kedai Rakyat 1 Malaysia, mengapa tidak HALAL MART? Tetapi jika kerajaan tidak berminat, perlu satu badan lain yang mengambil alih. Masyarakat perlu digalakkan untuk membeli barangan makanan mereka di sini. Produk-produk yang dipasarkan di sini sebaiknya hanya dari pengilang islam. Biarpun produknya tidak melimpah ruah seperti dipasaraya besar, tetapi status halal haramnya tidak lagi diragui.

6. Pendedahan kepada masyarakat haruslah bertanggungjawab dan berani. Jangalah apabila satu-satu keputusan kajian atas makanan itu mengandungi bahan yang haram, semua pihak cuba untuk menutup isu ini. Ditutup berbulan-bulan, bertahun-tahun. Bila maklumat bocor, barulah menggelabah mencari alasan itu ini. Jika diberitahu awal, walaupun mengundang kemarahan masyarakat islam, sekurang-kurangnya makanan itu tidak di makan lagi oleh keluarga islam.

Tidak hairanlah, masyarakat islam sekarang semakin rosak akhlak dan akidahnya. Mungkin mereka jadi begini disumbangkan oleh banyaknya DNA babi yang masuk ke dalam tubuh dan menjadi darah daging mereka. Agama tidak disayang lagi, AlQuran tidak menjadi pedoman mereka, keras hatinya dan anak-anak menjadi degil.

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua dalam menangani isu ini. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Mengapa kamu tidak mahu memakan (binatang-binatang yang halal) yang disebut Nama Allah ketika menyembelihnya, padahal sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan ke atasmu, melainkan apa yang kamu terpaksa memakannya...”(Surah al-An’aam, 6: 119)

Nota : Hari ini hari yang paling banyak aku menyebut perkataan BABI….BABI betul la BABI nih…

Fairus Mohd Tabiee

Saturday, 3 May 2014

GST ITU UNTUK SIAPA?

Sila baca jika anda sudah membuka baju politik masing-masing..

Minggu ini ramai yang berbicara pasal GST. Ada yang menyokong, ada juga yang membantah.  Bagi yang tak paham tentang GST tu, sila google sendiri. Cari ilmu sebelum nak memilih pendirian samada sokong, bantah atau buat tak tau.  Kategori yang buat tak tau tu kadang2 lebih baik. Dapat menyuburkan lagi "kegelapan" ilmu :)

Asal namanya cukai, pasti melibatkan 2 pihak. Orang yang dicukai dan agensi yang kutip cukai. Dalam dunia sebenarnya, tiada seorang pun yang suka, gembira, happy, excited bila sebahagian duit kita diambil oleh orang lain (selain dari Zakat, wakaf, derma dll ). Jika tidak percaya, tanya diri kita "gembira tak kalau kita tidak perlu membayar cukai jalan?". Tiada seorang pun yang akan menangis kan?

Begitu juga dengan GST. Tiada seorang pun yang akan happy bila sebahagian pendapatan kita dicukaikan.  Tetapi ada sebahagiannya menyokong hanya kerana mereka penyokong kerajaan. Ada sebahagian membantah kerana mereka dimomokkan dengan pembangkang. Kedua-dua kumpulan ini ada sebahagiannya langsung tak faham apa itu GST. Kenapa perlu sokong dan kenapa perlu dibantah.

Aku tidak mahu komen tentang hukum cukai menurut islam kerana aku bukan pakar dalam bidang itu. Hukum2 cukai ni boleh lah disuluh oleh para ulama. Tetapi macam biasa di Malaysia, ulama juga banyak berhujah mengikut pendirian politik.  So banyaklah huraiannya yang condong mengikut aliran warna masing2. Akhirnya ianya menambah kekeliruan masyarakat yang tak berapa ulamak ni.

Malaysia bukan negara pertama yang memperkenalkan GST. So kita seharusnya tidak terperanjat dengan apa yang ingin dilakukan oleh kerajaan. Dah banyak negara yang mengimplimentasikan. Aku juga sebenarnya menyokong GST ini, tetapi ada beberapa perkara yang masih perlu dipertimbangkan dan diinsafi :

1. Tujuan GST adalah untuk menstabilkan kewangan negara dan mengimbangi ekonomi Malaysia. Maka sebahagian tanggungjawab ini ditanggung secara bersama dengan semua rakyat Malaysia. Lebih banyak rakyat menyumbang kepada cukai, maka lebih mudahlah pembangunan yang bakal dilaksanakan.  Aku rasa semua setuju dengan penyataan ini.

Aku juga bersetuju, TETAPI jika wang yang disumbang melalui GST ditambah dengan hasil pendapatan sediaada negara masih dibelanjakan secara boros, bocor, rasuah, salah urus tadbir kewangan - rakyat akan terus terbeban!! Maka, pemerintah haruslah menginsafi dan memulakan langkah baru ini dengan suci hati.  Jangan diulangi kebocoran seperti kes "lembu dan kondo", laptop yang berharga puluhan ribu, pen berharga RM10 sebatang. Itu semua menjengkelkan!!

2. Rakyat sebenarnya sentiasa bersama kerajaan dalam memacu ekonomi. Ingin melihat Malaysia terus maju.  Ekonomi rancak seperti awal 90an dulu. Rakyat boleh faham jika kita bersama2 susah harini untuk kesenangan masa hadapan. Sungguhpun bukan untuk kita, mungkin utk anak cucu kita nanti. Cuma yang kurang difahami, kenapa GST diperkenalkan ketika keadaan ekonomi yang sedang nazak, inflasi sedang menggila, harga barang naik, minyak naik.. Belum sempat menarik nafas panjang, belum hilang rasa terkejut, sampai pulak GST yang lebih complicated. Adakah kita sedar masih ramai rakyat kita yang masih memegang gaji RM650 sebulan!! RM50 harini tidak lagi cukup untuk dibelanjakan di pasar malam.

So aku cadangkan, jika kerajaan bersungguh2 nak laksanakan GST, itu boleh, silakan... TETAPI biarlah ada "give n take". Ringankanlah dulu sedikit bebanan rakyat. Contohnya, jika harini kerajaan hapuskan tol dan turunkan kadar elektrik, laksanakanlah GST esok harinya.  Hakikatnya tol dan elektrik itu adalah bebanan maha agong kepada rakyat. Jika tidak boleh dihapuskan sekalipun, kurangkanlah sedikit kadarnya. Jika kebocoran tiada, gunakan lebihan itu untuk menebus semula perjanjian konsesi. Ambillah sikit hati rakyat. Adakah pemerintah bersedia untuk itu?

3. Bagi orang2 politik, janganlah terlalu taksub dengan aliran itu.  Lihatlah ke bawah, lihatlah rakyat terbanyak. Tiada seorangpun ahli politik kerajaan membantah GST, tiada seorang pun MP pembangkag menyokong GST.  Ini maksudnya apa? Pendirian atas isu GST adalah mengikut jalur politik. Bukanlah pendapat yang dicerna melalui pemikiran individu, ilmu individu, pemahaman sendiri dalam ertikata lain, tiada jatidiri dalam mengenengahkan pendapat mereka. Pembangkang akan terus membangkang walau ada banyak kebaikan, ahli politik kerajaan akan terus menyokong apa saje walau ada kecacatan..politik seperti ini tidak sihat..zaman "YES BOSS" ini sepatutnya sudah lama berakhir.. kenapa takut sangat bersuara? nanti kurang pula "masyuk nya".

4. Bagi yang berdemontrasi, aku mengambil pendirian tidak condong kepada mana2 pihak.  Sekurang2nya ada antara mereka yang mewakili suara sebahagian yang lain.  Janganlah pendemo2 ini dicerca dan dimaki hamun.  Mungkin ini saja pilihan yang mereka ada. Sebahagian dari pendemo2 ini adalah golongan agama, professor, cendiakawan. so aku hormati mereka. Mustahil aku lebih bijak dari mereka.  Selagi ianya masih dapat dikawal dan tiada rusuhan tiada salahnya mereka berdemo. Politik kita semakin matang..Terima kasih PDRM yang bijak bertindak. Cuma satu persoalan, sampai bila mereka akan terus berdemo?

Suka tidak suka kita semua akan melalui GST. Apapun diharapkan samaada pemerintah, pembangkang dan semua rakyat Malaysia bersedialah dengan pembaharuan ini.  Banyak kebaikan dengan GST jika ianya diuruskan dengan baik. Mungkin 2 atau 3 tahun pertama ianya sukar untuk kita semua, tetapi jika semua pihak memainkan peranan mereka, Insyaallah Malaysia akan lebih maju dari hari ini.  Kemajuan yang diharapkan adalah menfaat untuk semua, bukan menfaat secara terpilih. Sudah2lah tu mengaut kantong negara untuk membuncitkan diri sendiri. Tiba masanya rakyat pula dijamu selera mereka..

- Fairus Mohd Tabiee-

Wednesday, 30 April 2014

KETAM CINA dan KETAM MELAYU

Harini aku kunjungi sahabat cina yang sedang sibuk dengan urusan carwashnya. Memandangkan kereta aku pun dah bercapuk2, aku hantar kereta untuk di polish. Dah lebih 2 bulan aku tak jumpa mamat ni. Harini bila aku jumpa, ada berita besar yang dia kongsikan. Excited sungguh dia bercerita dengan pelat cina nya. Ada juga 2 3 perkataan aku tolong betulkan..pekat betul cinanya..

Mamat ni baru berusia 27 tahun, 5 tahun lebih muda dari aku. Dulu dia bekerja di Shane Shine sebagai manager. Antara jawatan yang besar dan pernah memegang gaji sehingga RM30,000 sebulan. Untuk company cina, gaji mmg jauh lebih tinggi dari company melayu. Itu fenomena biasa. Tak hairan.

Akhirnya mamat ni berenti dan gunakan pengalamannya untuk buka sendiri carwash. Berjayalah dia buka perniagaannya dengan bantuan sorang funder. Funder tu keluarkan RM100k semata2 nak membantu mamat ni dan diambilnya share hanya 25% sahaja. Selain membantu funder ni tokey besar, ada banyak kereta mewah. So, semua kereta ini akan dihantar ke kedai tu untuk "dijaga" dengan rapi.

Sejak carwash ni dibuka 6 bulan lepas, setiap bulan ianya menguntungkan. Belum pernah ada topup duit sendiri utk tampung kos operasi.

Dan bermula la idea mamat ni utk buat "carwash dan polish" bergerak. Katanya lepas ni semua customer dia yang nak dapatkan khidmat polish tak perlu datang kedai. Hanya call dan buat tempahan. Than sebuah van yang beserta crew akan datang untuk mengerjakan kereta mereka. Kena diingat, orang2 kaya bukan hanya ada 1 buah kereta mewah..tapi mungkin 4 atau 5.

Bila diceritakan idea itu pada fundernya, funder tu hanya ambil 1 hari utk fikir. Dan akhirnya bersetuju memodalkan 2 biji van dan modal kerja yang lain. Seminggu lagi akan keluarlah.

Apa yang aku nak ceritakan kat sini bukanlah kehebatan idea mamat tu. Idea itu pada aku hanya biasa2 sahaja. Tapi inilah cara masyarakat cina berniaga. Pada permulaan melangkah alam perniagaan, mereka juga tidak dilayan oleh bank. Disinilah peranan orang2 cina yang sudah berjaya membimbing anak2 bangsa mereka dalam permulaan berniaga. Mereka tiada TEKUN..tiada MARA...

Siapa tokey besar ni? Tokey yang jadi funder mamat ni asalnya hanya seorang peniaga pau ditepi jalan. Dulu dia juga dibantu oleh orang lain. Akhirnya harini dia adalah pemilik perniagaan pau yang di franchise kan dari HongKong. Selain tu bila dah kaya, ada perniagaan2 lain.

Berbeza sungguh budaya meniaga orang melayu. Aku juga ada pengalaman cuba mendapatkan funder. Tapi selama 7 tahun aku meniaga, tak pernah aku jumpa funder yg betul2 nak membantu. Semuanya lintah darat.

Amalan funder melayu atau oarang2 kaya melayu :

1. Kalau datang org melayu yang membawa paperwork dengan idea2 tertentu, selalu sgt diperkecilkan.

2. Mereka rasa diri mereka terlalu gah atas kekayaan yg mereka ada. Sifat ingin membantu tak ada

3. Jika paperwork itu berpotensi, mereka akan cuba jadikan perniagaan mereka sendiri. Proposal ditolak, tetapi idea di cilok dan dibangunkan sendiri.

4. Jika ada yg ingin membantu sekalipun, pasti nilai saham atau share akan diminta jauh melebihi share oleh pembuat proposal itu. Tidak mungkin hanya 25% seperti cerita diatas.

5. Orang melayu yang berjaya tidak percaya pada kebolehan bangsanya sendiri. Kerana apa, lihat background org kaya tersebut. Jika mereka berjaya kerana politik, maka lebih angkuhlah mereka.

6. Orang2 kaya melayu tidak merasa membantu bangsanya adalah tanggungjawab. Cukuplah mereka akan terus selesa dengan diri dan keluarga mereka.

Aku memang jeles dengan budaya orang cina berniaga. Sgt2 jeles. Aku rasa jika diberi peluang, idea2 orang melayu jauh lebih baik dari mamat member aku ni. Tapi mereka tiada tempat untuk kongsikan. Ingin dikongsikan dengan bank, agensi kerajaan atau institusi kewangan? Birokrasi!!!

Benarlah kata orang, KETAM CINA dan KETAM MELAYU sgt berbeza. Jika ketam cina, seekor keluar dari bakul, akan ditarik kawan2 yang lain. Ketam yang didalam bakul pun menolak kawan2 yang ingin keluar. Tetapi ketam melayu, baru nak panjat keluar dari bakul, ditarik2 pula untuk jatuh semula..

Wallahualam.

Bankruptcy : Risiko Biasa Usahawan

Harini aku berjumpa seorang kawan baru. Usianya 59 tahun. Aku memang ramai kawan2 usia begitu. Bagi aku, mereka yang berusia seperti ini pengalamannya lebih luas, ceritanya lebih menarik, kurang sgt jumpa yang masih berfoya2.. pengalaman itu yang ingin aku cedok.

10 tahun lepas dia usahawan berjaya. Berniaga "forklift" di Klang. Rezekinya mencurah2. Buka pula kilang papan dengan beratus pekerja. Kos bayaran gaji sahaja menjangkau RM90,000 sebulan.

Akhirnya dia terus ghairah dengan dunia bisnessnya. Dicuba pula bisness2 yang lain. Akhirnya dia terperangkap dalam "stock market". Apa stock market? Google la sendiri..sebab aku takut nak tahu. Akhirnya dunia perniagaannya berakhir. Kehebatannya berakhir. Kehidupan mewahnya juga berakhir.

Waktu bermula kesusahan hidupnya, income tax pula mula membuka fail2 perniagaannya yang selama ini dia tak declare. Hutang kepada income tax mencecah RM300k. Akhirnya dia terus tumbang. Dia di bankrap oleh pihak bank kerana pelbagai komitmen yang tidak lagi tertampung.

Selama 10 tahun dia akhirnya terpaksa menyembah bumi, membuang egonya, hilang taringnya dan berubah hidup keluarganya. Selama 10 tahun ini dia bekerja dengan seorang dato. Malang lagi, selama 10 tahun ini dia dibayar RM2,000 sebulan tanpa ada apa2 kenaikan, walaupun katanya kerja-kerja yg dibuat tak berbaloi.

Hari ini dia bertemu aku, ingin diminta jika ada peluang2 perniagaan. Katanya isterinya baru terima kwsp RM100,000. Nak dijadikan modal bisness RM50k dan RM50k lagi simpanan jika ada kecemasan. Semangatnya berkobar2 bila bercerita. Tidak tahu yang mana harus di ceritakan dulu. Aku hanya diam dan diakhir pertemuan aku petang tadi, aku hanya bagi pandangan agar duit itu jangan dilaburkan terburu2. Simpanlah elok2..semoga pakcik ini keluar dari dunia hitamnya..

Nota : Bankruptcy adalah risiko biasa kepada usahawan. Jika tidak bersedia dengan risiko, lupakan hasrat nak jadi usahawan.  Hanya teruskan kerja yang ada. Tapi jangan tak tau, salah sorang yang paling kaya di dunia juga punya sejarah bankruptcy dalam hidupnya. Wallahualam...

Saturday, 26 April 2014

OBAMA di Malaysia, Jangan Melopong!!

Assalamualaikum..

Aku nak dapatkan pandangan dan komen dari rakan2.  Ketika amerika menyerang iraq, afganistan, menyokong yahudi, menyokong puak2 penentang islam, membuat fitnah besar kepada islam melalui peristiwa 11 sept, membenarkan beribu2 nyawa orang islam terkorban, diskriminasi agama dan pelbagai jenayah antarabangsa, Malaysia kononnya lantang bersuara pada ketika itu!! Baik dari politik pemerintah atau pembangkang. Masing2 buat protes jalanan, keluar urat leher, pecah anak tekak menjerit2, tak cukup itu, digantung pulak banner2 yang menyerang perbuatan mereka, semua marahkan tindakan amerika. Hebat sungguh bantahan kita semua. Kebanyakannya digerakkan oleh pertubuhan politik dan NGO yang menyokong mana2 parti politik. 

Sensitif sungguh perasaan orang islam Malaysia bila lihat saudara seagama dgn kita disembelih, dibunuh dan dizalimi. Merah padam muka kita menahan marah. Siapa yang tidak tahu, yahudi ada dibelakang amerika.. satu dunia pun tahu.. Ingat lagi Saddam di gantung? Ingat lagi macamane iraq tumbang? Afganistan tumbang?

Harini Obama datang ke Malaysia selepas berpuluh tahun presiden amerika tak pernah singgah..masa pemerintah terdahulu Tun M memimpin, tidak pernah sekali pun mereka nak jengok. Mungkin Malaysia tak dijengok kerana kelantangan PM masa tu yang berani seperti Tun. Berani depan PBB, EU dan lantang di OIC kerana itu mungkin amerika xberapa nak berkenan dengan malaysia.

Cuma aku terfikir satu benda. Selepas berpuluh tahun kita "menunggu" mr president datang, setelah berpuluh tahun kita protes, bantah amerika, berpuluh tahun kita nak suara kita didengar, kenapa hari ini kita seolah2 terpaku bila Abg Obama datang ke Malaysia. Macam tengok konsert Jamal!! Semua surprise...menunggu2 dan rasa terpegun..hilang terus taring kita..macam harimau patah gigi. Takde dah pertubuhan politik, NGO2 nak amik peluang membantah atas sikap zalim mereka. Terlupa dah apa yang dah berlaku, apa yg Abg Obama dah buat. Xde pun nak digerakkan apa2 acara atau majlis untuk sampaikan bantahan kita terhadap kezaliman mereka..

Di pihak kerajaan aku paham, mungkin mereka cuba menunjukkan imej yang baik di depan tokey besar..atas kepentingan perniagaan dan ekonomi negara..siapalah kita nak bandingkan dengan mereka. Di pihak pembangkang dan NGO2 lain? Senyap juga? Kita rasa isu air di lembah klang lebih besar sekarang.

So 3 hari ini, kita tengok sajelah konsert Abg Obama.. mamat tu dah kat sini, xnak tegur2 ke apa yg dia dah buat..cuba ditanya, "yob, teman rase pasni kamu udah2 le tu, jangan le kamu zalim sgt.".. cuba cakap sikit macamtu.. Kalau PM kita yang cakap, lagi bagus..kalau PM kita tak terkeluar, kan ada ulama2..sampaikanlah sikit mewakili org islam Malaysia..
Ye la, Malaysia ni macam timun dengan durian..kita langgar ke, dia langgar ke, kita yang luka..so mungkin kerana itu kita jadi takut nak bersuara..tapi kalau Tun aku rasa dia berani.

Selama berpuluh tahun presiden amerika xsinggap pun, negara kita tetap maju, so bukan jadi alasan nak maju kita tak boleh membantah. Dinegara dia pun, ramai juga yang membantah dasar2 dia..politik di amerika lebih matang..

Cuma aku nak menunggu penuh debar, apa sebenarnya perkembangan hubungan amerika dan malaysia. Dalam sejarah ni..

Harap2, masa depan Malaysia akan terus aman, dapat diperbaiki dari masa ke semasa, pemerintah yang bagus dan berkepimpinan, semua itu dengan kuasa Allah.

Jika aku, aku akan tetap menyambut Obama, tetapi disederhanakan sedikit, tak perlu beriya2 sgt, tanda kita membantah, diadakan pertemuan bersama wakil ulama dan nyatakan pendirian islam. Dan cuit sikit hati obama tu. Mungkin pada kita mencuit itu, mmg hatinya digerakkan oleh Allah untuk tidak lagi zalim kepada orang islam, tak mustahil fenomena akan berubah.

Aku tidak la pulak terlalu extreme sampai nak bersetuju buat bantahan secara kasar. Mungkin kalau aku, xperlu juga sampai nak buat demo2 ni..nanti kalau kuasa besar ni "merajuk" susah juga..so kena bijak..janji masej kita sampai..kemudian hari kuasa Allah.

Yang pelik, ada pulak yang nak melobi suruh jumpa ketua pembangkang. Siap tanya obama "Awat hang mai tak jumpa aku?" Yang nak dikhabarkan, tentang politik, demokrasi, tipu pilihanraya..yang nak protes tindakan zalim amerika, xde pulak.. orang politik kalau bab ni memang pantas!!

So kita tunggulah apa yg berlaku sehari dunia ni..jom tengok wayang..jeng..jeng..jeng..

-Fairus Mohd Tabiee-