Assalamualaikum
Krookkk…krroookkk..krrokkk… ini bunyi BABI...binatang ini tidak comel walaupun berwarna pink…
Harini aku nak menulis berkaitan isu yang sebenarnya dah lama membelenggu umat islam di Malaysia. Hairan, kenapa isu ini tenggelam timbul, sekejap kecoh didebatkan, sekejap senyap. Tapi tak pernah dapat jalan penyelesaian terbaik. Isu DNA babi dalam makanan ni rasanya dah bertahun-tahun di timbulkan.
Banyak pihak melahirkan rasa tak puas hati dengan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan dengan DNA babi di cokelat Cudberry. Aku malas nak kupas tentang itu lagi. Tekak aku muak dan terbayang-bayang dengan coklat tu yang selalu aku belikan pada anak-anak. Sebenarnya bukan KKM sahaja yang mendedahkan, dah banyak pertubuhan islam mendedahkan produk-produk yang mempunyai DNA babi, tapi tiada orang pun amik port, tiada badan atau agensi kerajaan pun amik peduli. Nak harapkan agensi kerajaan bagi penjelasan, semakin muak dengar alasan mereka. Nak harapkan pembangkang memperjuangkan isu ini jauh sekali. Yang disibukkan adalah isu “Panda dan Dyana”. Bila didedahkan oleh KKM sendiri, barulah cerita jadi panas, jadi gempar. Tapi esoknya kenyataan ditukarkan, DNA babi berpunca dari pencemaran. Yang ingin dipertahankan adalah tokey besar, yang makan DNA babi berjuta masyarakat islam….Ceeiihhh…
Pada ketika ini, semua orang cuba sedaya upaya lepas tangan. Tiada mana-mana pihak pun nak tampil kedepan untuk akui kesilapan. Jauh sekali ketua-ketua jabatan nak letak jawatan atas kegagalan mereka membendung isu ini. Ini Malaysia lah, bukan Jepun. Jika JAKIM ini ada di Jepun, dah pasti Ketua Pengarahnya dah letak jawatan.
Aku ada buat pembacaan sikit berkaitan dengan Pensijilan Halal oleh JAKIM, MAMPU dengan kerjasama agensi-agensi lain. Jika dibaca dari portal2, Malaysia memang hebat. Hebat mencipta itu ini, dasar itu ini, undang-undang itu ini dan akhirnya macam biasa, nak pakai logo halal ada yuran tahunannya. Bila logo ini dah mula di “niaga” kan macam ini, pasti ada kesempatan yang diambil. Di atas kertas, segala prosedurnya nampak sempurna. Kita jauh beribu batu lebih Islamik dari Pak Arab Badwi di Kaherah.
Tapi hakikatnya semua itu sampah. Berapa banyak produk makanan yang dah masuk perut orang islam yang disyaki ada DNA babi???? Kalau aku listkan, takut rasa. Semua jenama yang kita beli biasa di dengar melalui pengiklanan di TV, anak-anak pun pandai menyebut. Dan kita pun beli untuk keluarga di rumah. Semuanya ada logo halal….
Pada aku, perkara ini dah terlambat untuk dibendung lagi. Kalau nak dikaji semua makanan di pasaran, aku takut nak menunggu jawapannya. Silap-silap lebih banyak lagi makanan yang ada DNA babi ni yang kita makan hari-hari.
Mengapa isu ini terus bernanah di Malaysia?
Apa yang aku tuliskan di bawah ni adalah “kemungkinan” perkara ini berlaku. Ianya tidak pasti benar atau tidak, jika salah aku takut menjadi fitnah. So kita fikirkan sama-sama.
1. Industri Halal berkembang pesat di dunia. Malaysia tak terkecuali. Malaysia juga antara pembekal makanan di pasaran Timur Tengah melalui pelbagai program. Pasaran halal Timur Tengah ini sangat besar. Mereka mengalu-alukan kedatangan produk makanan dari Malaysia. Tapi kita tidak sedar, mungkin 80% dari pengusaha makanan ini bukanlah pengusaha islam yang benar-benar memahami apa itu halal. Maka terlepaslah ramuan-ramuan yang ada DNA babi ini.
2. Begitu juga dengan makanan luar yang masuk ke Malaysia. Pengusaha di luar sana bukan semuanya dikalangan pengusaha beragama Islam. Tetapi aku hairan, kenapa tiada penguatkuasaan dijalankan dahulu sebelum makanan ini di bawa masuk. Mengapa terus dipasarkan? Katanya coklat Pepero dari Korea ini haram, tapi masih bebas di jual di pasaraya-pasaraya di Malaysia.
3. Masyarakat Malaysia meletakkan kepercayaan 100% sesuatu makanan itu status halalnya hanya pada Logo Halal. Maka bila makanan itu ada Logo Halal, dengan bersenang hati kita beli dan makan seisi keluarga. Ini menunjukkan kita bukan sekadar percaya pada Logo ini, tetapi keseluruhan proses pensijilan halal itu sendiri. Dipendekkan cerita, kita terlalu yakin dengan jabatan atau agensi yang mengeluarkan atau membenarkan penggunaan Logo Halal itu tanpa ada syak wasangka.
4. Kita harus sedar, jika pasaran halal yang besar ini di lihat dari sudut ekonomi, ia dapat memberi keuntungan berganda-ganda. Nilainya bukan sejuta dua, bukan puluh juta...lebih dari itu. Maka “kemungkinan” berlakunya proses atau tindakan diluar dari tatakerja adalah tinggi. Perlu di ingat, sehebat mana pun sistem atau prosedur yang digunapakai, akhirnya faktor kejujuran, ketelusan, kepertanggungjawapan, integriti individu yang menjalankan sistem ini boleh dipersoal. Mereka manusia biasa. “Kawtim2” ini sudah lama jadi budaya kita. Jangan dinafikan. Kalau ini puncanya, memang malanglah nasib kita.
5. Dunia kapitalis dah jauh kehadapan. Kapitalis tidak mengenal agama, sensitiviti masyarakat atau undang-undang. Di dalam pemikiran mereka hanya berfikir bagaimana memaksimumkan keuntungan!!!! Kerana itulah, mereka mengambil kesempatan menggunakan apa saja demi menjadikan produk mereka dipilih berbanding pesaing-pesaing yang lain. Samada DNA babi ini menjadikan makanan lebih sedap, lebih tahan lama, malas untuk aku kupas. Yang aku pasti, akan ada saja ramuam alternatif yang lain. Mengapa berterusan gunakan DNA babi ni?
6. Ketegasan kita mengatasi masalah ini juga menjadi punca utama. Ketegasan pengguna atau pemerintah. Makanan-makanan berjenama antarabangsa yang dikilangkan di Malaysia adalah antara punca pendapatan negara. Pelabur membawa wang berjuta-juta untuk memproses makanan jenama mereka di negara kita. Jika tindakan tegas diambil sehingga kilang itu diarahkan tutup, pasti pelabur-pelabur akan menarik semula pelaburan mereka di Malaysia. Itu juga mungkin menjadi punca utama mengapa pemerintah tidak tegas menangani isu ini. Aku pasti, jika isu ini berlaku di Indonesia, pasti kilang-kilang pengeluar makanan seperti ini sudah dikepung, demontrasi digerakkan untuk memberi tekanan pada pengusaha. Tapi malangnya di Malaysia, demontrasi hanya popular jika berkaitan dengan kepentingan politik sahaja.
7. Tindakan memboikot juga tidak dapat memberi kesan besar di Malaysia. Mengapa? Kerana hanya sebilangan mereka sahaja yang akan istiqamah dalam memboikot produk-produk ini. Dulu sibuk juga kita memboikot McD, Starbuck dll atas isu zionis. Tapi sekarang makin sihat, besar dan kuat mereka.
8. Bagi pengusaha bukan islam di Malaysia, mereka tidak lagi sensitif dengan isu ini kerana pengutkuasaan yang dilihat begitu “dayus” dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Kepentingan ekonomi mereka jauh lebih penting dari menjaga keharmonian hubungan agama. Apa nak buat, sudahlah mereka memonopoli industri makanan di Malaysia ditambah lagi dengan tiadanya sensitiviti ini. Berapa banyak kes berkaitan isu DNA babi dari dulu hingga kini sehingga di bawa ke mahkamah. Jawapannya hampir TIADA!! Kalau ada pun terlalu kecil.
Apa tindakan yang boleh diambil dari isu ini?
Macam yang aku cakap, isu ini sudah lambat untuk dibendung. DNA babi sudah menular. Produk-produk yang didedahkan hanya sebahagian, yang lain-lain kita juga masih belum dapat pastikan bebas dari DNA babi ini. So, isu ini perlu ditangani segera dengan tegas, penuh komitmen dan kreatif.
1. Peranan semua pihak perlu dimainkan. Baik dari agensi kerajaan yang terlibat (yang rata-rata kakitangannya beragama islam), ahli politik islam, pakar ekonomi, masyarakat islam, pertubuhan-pertubuhan islam dan tokoh-tokoh agama. Ambillah perkara ini dengan serius. Duduk dan bincangkan isu ini. Jangan anggap ini perkara kecil.
2. Jika agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap pensijilan Halal ini sudah hilang kredibilitinya, sudah tiba masanya pertubuhan-pertubuhan islam diberi pengikhtirafan. Ianya pasti lebih berkesan kerana mereka tidak mempunyai kepentingan sendiri. Pertubuhan-pertubuhan islam ini boleh mengepalai dalam usahasama kajian antara universiti-universiti tempatan. Jadikan ia sebagai kajian ilmiah yang akan digunakan atau menjadi panduan masyarakat islam di Malaysia. Berikan galakan bagi mereka yang membuat kajian ini.
3. Memperkasakan semula proses pensijilan Halal. Janganlah lagi “Logo Halal” ini menjadi bahan yang diniagakan. Apa sahaja yang dikuatkuasakan, apa sahaja badan penguatkuasaan, pasti ada unsur-unsur “kawtim”. Unsur-unsur ini harus dihapuskan terlebih dahulu.
4. Memberi pendedahan dengan lebih serius tetapi berkesan terutama kepada pengilang-pengilang makanan yang bukan beragama islam. Pastikan mereka lebih sensitif dengan penggunaan apa-apa bahan atau ramuan yang tidak menepati syarak. Jika mereka berdegil, kenakan tindakan setimpal. Gunakan keperluan akta dan undang-undang semaksima yang mungkin. Jangan terlalu mudah mengeluarkan sijil ini. Apa gunanya sijil halal ini jika makanan masih tidak halal? Jangan tutup mata bila ada apa-apa laporan yang dibuat.
5. Kita juga boleh memperkasakan “HALAL MART” bagi pengguna islam. Makanan yang dipasarkan di sini haruslah benar-benar diyakini dan bebas dari unsur-unsur yang haram. Pembangunan “HALAL MART” ini atas bekerjasama dengan pertubuhan islam yang memperjuangkan isu ini. Disokong pula dengan kajian-kajian dari universiti yang bekerjasama. Jika kerajaan boleh berbelanja banyak untuk Kedai Rakyat 1 Malaysia, mengapa tidak HALAL MART? Tetapi jika kerajaan tidak berminat, perlu satu badan lain yang mengambil alih. Masyarakat perlu digalakkan untuk membeli barangan makanan mereka di sini. Produk-produk yang dipasarkan di sini sebaiknya hanya dari pengilang islam. Biarpun produknya tidak melimpah ruah seperti dipasaraya besar, tetapi status halal haramnya tidak lagi diragui.
6. Pendedahan kepada masyarakat haruslah bertanggungjawab dan berani. Jangalah apabila satu-satu keputusan kajian atas makanan itu mengandungi bahan yang haram, semua pihak cuba untuk menutup isu ini. Ditutup berbulan-bulan, bertahun-tahun. Bila maklumat bocor, barulah menggelabah mencari alasan itu ini. Jika diberitahu awal, walaupun mengundang kemarahan masyarakat islam, sekurang-kurangnya makanan itu tidak di makan lagi oleh keluarga islam.
Tidak hairanlah, masyarakat islam sekarang semakin rosak akhlak dan akidahnya. Mungkin mereka jadi begini disumbangkan oleh banyaknya DNA babi yang masuk ke dalam tubuh dan menjadi darah daging mereka. Agama tidak disayang lagi, AlQuran tidak menjadi pedoman mereka, keras hatinya dan anak-anak menjadi degil.
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua dalam menangani isu ini. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Mengapa kamu tidak mahu memakan (binatang-binatang yang halal) yang disebut Nama Allah ketika menyembelihnya, padahal sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan ke atasmu, melainkan apa yang kamu terpaksa memakannya...”(Surah al-An’aam, 6: 119)
Nota : Hari ini hari yang paling banyak aku menyebut perkataan BABI….BABI betul la BABI nih…
Fairus Mohd Tabiee
No comments:
Post a Comment