Sila baca jika anda sudah membuka baju politik masing-masing..
Minggu ini ramai yang berbicara pasal GST. Ada yang menyokong, ada juga yang membantah. Bagi yang tak paham tentang GST tu, sila google sendiri. Cari ilmu sebelum nak memilih pendirian samada sokong, bantah atau buat tak tau. Kategori yang buat tak tau tu kadang2 lebih baik. Dapat menyuburkan lagi "kegelapan" ilmu :)
Asal namanya cukai, pasti melibatkan 2 pihak. Orang yang dicukai dan agensi yang kutip cukai. Dalam dunia sebenarnya, tiada seorang pun yang suka, gembira, happy, excited bila sebahagian duit kita diambil oleh orang lain (selain dari Zakat, wakaf, derma dll ). Jika tidak percaya, tanya diri kita "gembira tak kalau kita tidak perlu membayar cukai jalan?". Tiada seorang pun yang akan menangis kan?
Begitu juga dengan GST. Tiada seorang pun yang akan happy bila sebahagian pendapatan kita dicukaikan. Tetapi ada sebahagiannya menyokong hanya kerana mereka penyokong kerajaan. Ada sebahagian membantah kerana mereka dimomokkan dengan pembangkang. Kedua-dua kumpulan ini ada sebahagiannya langsung tak faham apa itu GST. Kenapa perlu sokong dan kenapa perlu dibantah.
Aku tidak mahu komen tentang hukum cukai menurut islam kerana aku bukan pakar dalam bidang itu. Hukum2 cukai ni boleh lah disuluh oleh para ulama. Tetapi macam biasa di Malaysia, ulama juga banyak berhujah mengikut pendirian politik. So banyaklah huraiannya yang condong mengikut aliran warna masing2. Akhirnya ianya menambah kekeliruan masyarakat yang tak berapa ulamak ni.
Malaysia bukan negara pertama yang memperkenalkan GST. So kita seharusnya tidak terperanjat dengan apa yang ingin dilakukan oleh kerajaan. Dah banyak negara yang mengimplimentasikan. Aku juga sebenarnya menyokong GST ini, tetapi ada beberapa perkara yang masih perlu dipertimbangkan dan diinsafi :
1. Tujuan GST adalah untuk menstabilkan kewangan negara dan mengimbangi ekonomi Malaysia. Maka sebahagian tanggungjawab ini ditanggung secara bersama dengan semua rakyat Malaysia. Lebih banyak rakyat menyumbang kepada cukai, maka lebih mudahlah pembangunan yang bakal dilaksanakan. Aku rasa semua setuju dengan penyataan ini.
Aku juga bersetuju, TETAPI jika wang yang disumbang melalui GST ditambah dengan hasil pendapatan sediaada negara masih dibelanjakan secara boros, bocor, rasuah, salah urus tadbir kewangan - rakyat akan terus terbeban!! Maka, pemerintah haruslah menginsafi dan memulakan langkah baru ini dengan suci hati. Jangan diulangi kebocoran seperti kes "lembu dan kondo", laptop yang berharga puluhan ribu, pen berharga RM10 sebatang. Itu semua menjengkelkan!!
2. Rakyat sebenarnya sentiasa bersama kerajaan dalam memacu ekonomi. Ingin melihat Malaysia terus maju. Ekonomi rancak seperti awal 90an dulu. Rakyat boleh faham jika kita bersama2 susah harini untuk kesenangan masa hadapan. Sungguhpun bukan untuk kita, mungkin utk anak cucu kita nanti. Cuma yang kurang difahami, kenapa GST diperkenalkan ketika keadaan ekonomi yang sedang nazak, inflasi sedang menggila, harga barang naik, minyak naik.. Belum sempat menarik nafas panjang, belum hilang rasa terkejut, sampai pulak GST yang lebih complicated. Adakah kita sedar masih ramai rakyat kita yang masih memegang gaji RM650 sebulan!! RM50 harini tidak lagi cukup untuk dibelanjakan di pasar malam.
So aku cadangkan, jika kerajaan bersungguh2 nak laksanakan GST, itu boleh, silakan... TETAPI biarlah ada "give n take". Ringankanlah dulu sedikit bebanan rakyat. Contohnya, jika harini kerajaan hapuskan tol dan turunkan kadar elektrik, laksanakanlah GST esok harinya. Hakikatnya tol dan elektrik itu adalah bebanan maha agong kepada rakyat. Jika tidak boleh dihapuskan sekalipun, kurangkanlah sedikit kadarnya. Jika kebocoran tiada, gunakan lebihan itu untuk menebus semula perjanjian konsesi. Ambillah sikit hati rakyat. Adakah pemerintah bersedia untuk itu?
3. Bagi orang2 politik, janganlah terlalu taksub dengan aliran itu. Lihatlah ke bawah, lihatlah rakyat terbanyak. Tiada seorangpun ahli politik kerajaan membantah GST, tiada seorang pun MP pembangkag menyokong GST. Ini maksudnya apa? Pendirian atas isu GST adalah mengikut jalur politik. Bukanlah pendapat yang dicerna melalui pemikiran individu, ilmu individu, pemahaman sendiri dalam ertikata lain, tiada jatidiri dalam mengenengahkan pendapat mereka. Pembangkang akan terus membangkang walau ada banyak kebaikan, ahli politik kerajaan akan terus menyokong apa saje walau ada kecacatan..politik seperti ini tidak sihat..zaman "YES BOSS" ini sepatutnya sudah lama berakhir.. kenapa takut sangat bersuara? nanti kurang pula "masyuk nya".
4. Bagi yang berdemontrasi, aku mengambil pendirian tidak condong kepada mana2 pihak. Sekurang2nya ada antara mereka yang mewakili suara sebahagian yang lain. Janganlah pendemo2 ini dicerca dan dimaki hamun. Mungkin ini saja pilihan yang mereka ada. Sebahagian dari pendemo2 ini adalah golongan agama, professor, cendiakawan. so aku hormati mereka. Mustahil aku lebih bijak dari mereka. Selagi ianya masih dapat dikawal dan tiada rusuhan tiada salahnya mereka berdemo. Politik kita semakin matang..Terima kasih PDRM yang bijak bertindak. Cuma satu persoalan, sampai bila mereka akan terus berdemo?
Suka tidak suka kita semua akan melalui GST. Apapun diharapkan samaada pemerintah, pembangkang dan semua rakyat Malaysia bersedialah dengan pembaharuan ini. Banyak kebaikan dengan GST jika ianya diuruskan dengan baik. Mungkin 2 atau 3 tahun pertama ianya sukar untuk kita semua, tetapi jika semua pihak memainkan peranan mereka, Insyaallah Malaysia akan lebih maju dari hari ini. Kemajuan yang diharapkan adalah menfaat untuk semua, bukan menfaat secara terpilih. Sudah2lah tu mengaut kantong negara untuk membuncitkan diri sendiri. Tiba masanya rakyat pula dijamu selera mereka..
- Fairus Mohd Tabiee-
No comments:
Post a Comment