Alhamdulillah, pergerakan lancar dari Abu Dhabi ke Munich. Ditambah keselesaan yang ditawarkan oleh Etihad Airlines. Makan tido makan tido... :)
Sampai di Pension Hotel, hotel yang terletak Di pinggir bandar munich. Walaupun agak jauh dari pusat bandar, kedudukan hotel ini lebih dekat untuk mengambil motorhome esok. Peserta sudah berada didalam bilik masing-masing.
Macam biasa aku berlegar-legar di perkarangan hotel mencari secawan kopi dan dilengkapkan dengan sebatang sempoerna hijau. Lebih menarik dan yakin apabila hotel ini dimiliki seorang muslim dari Morrocco. Tentu halal...cuaca tidak terlalu sejuk, hanya sekitar 17 darjah celsius. Semasa aku menaip story ni, ada seekor burung merpati yang kurang akhlaknya telah melepaskan peluru putih atas ipad putih aku..kurang asam..nasib baik aku tak bawak lastik..
Pengembaraan esok akan lebih menarik sbb bukan hanya disertai peserta EuroVac, tetapi dengan sokongan Kerajaan Negeri Melaka dan 2 orang jemputan Rakan Niaga EuroVac yang berjaya menyertai program ini secara percuma. Kenderaan motorhome esok akan ditampal sticker "Malacca de Europa". Kerendaan ini menjadi platform baru pengiklanan pelancongan Malaysia ke negara-negara Eropah.
Sekalung penghargaan dan ucapan jutaan tima kasih kepada Datuk Seri Ali Rustam dan UPEN Negeri Melaka kerana memberi kepercayaan kepada EuroVac Management untuk membuktikan idea ini mampu digalas oleh anak muda Malaysia!!
No comments:
Post a Comment