Bermulanya hari ini dengan menu roti telur dan sardin..aku xdapat rasa sebab bangun lambat..cuaca sejuk ditambah dengan angin sepoi2 bahasa perancisss..fuuhhhh sejukkk wooo..pagi ini salji sudah mula memenuhi banjaran alps.
Selesai bersarapan pagi, krew eurovac sudah mula menampal sticker di permukaan motorhome untuk menjayakan Program Malacca de Europa. Apa itu Melacca de Europa? Ialah satu program mempromosi produk pelancongan Negeri Melaka di 9 buah negara. Dulunya idea ini nampak mengarut, tapi sekarang ianya menjadi satu realiti.
Aku dan semua krew mempunyai cita-cita yang besar!! Atasa tanggungjawab sosial, kini Eurovac memperkenalkan produk baru iaitu "international advertising consultant". Program ini memberi peluang kepada pihak kerajaan dan swasta untuk mempromosikan produk mereka di 9 buah negara eropah.
Stiker ditampal bertemankan suhu sekitar 11 darjah celsius..mcm tak sejuk..tapi bila ditambah dengan angin..sampai ke tulang sejuknya..
Selesai memasang sticker, krew eurovac dan TV9 meneruskan shooting. Kali ini bersama seorang artis Austria, Wilfried namanya. Dengan gitar dan pakaian ala2 cowboy, mendendangkan beberapa buah lagu country!!!
Tengahari ini bermenukan Asam Pedas Ikan Kod...humangggggaiiiii....makan asam pedas dibawah banjaran alps...cuba bayangkan....ok krew nak sambung pasang sticker!!!
No comments:
Post a Comment