Terbukti Kota Milan memang kota fesyen dunia. Warga mereka tidak kira latar belakang dan umur segak dan cantik berdress-up..cantik2 dan engsem2 diorg kat sini..kira2 jam 10 pagi, semua peserta melangkah menuju perhentian bus terdekat menuju ke stesen keretapi De Angelli. Dari stesen ini menuju ke stesen Duomo kira-kira 15 minit..
Bandar di sekitar Milan biasa sahaja..kurang menarik berbanding bandar2 yang dilawati sebelum ini. Bila sampai di stesen Duomo, berdiri dengan gah sebuah gereja lama berusia ribuan tahun MARIAE NASCENTI dan disebelah bangunan itu terletak sebuah bangunan A VITTORIO EMANUELE II. Tersenyum semua peserta dan mereka pasti teruja..
Butik-butik mewah berjenama antarabangsa memberi peluang kepada semua untuk membeli belah..letih melihat pelawat2 yang tidak putus2 membanjiri dataran Duomo dan kawasan sekitar. Berjuta-juta dolar nilai aliran disini..
Seharian menghabiskan masa di sini. Aku lepak kedai coffee dan memesan minuman wajib cuppucino..sambil memerhati pergerakan manusia lalu lalang..pulang ke campsite dan makan malam..menu? Telur dadar, kari ayam..now nak makan..byeeeeee esok akan bertolak ke Geneva selepas singgah di Fox Town sekali lagi..laporrrrrr.....
No comments:
Post a Comment