Hari ini rasa excited nak bercerita..walaupun agak letih..letih sebab byk sgt aktiviti yang dijalankan harini..
Pagi-pagi bangun dan bersarapan pagi. Bersyukur dapat peserta yang boleh bekerjasama. Sarapan pagi disediakan oleh peserta dan kami semua krew tinggal makan je..heheh..suhu di Alpine Camping sejuk mencecah 3.2 darjah celsius..ditambah dengan cuaca hujan..peewwwhh..
Bertolak dari Alpine Camping menuju ke Milan seawal jam 10 pagi..cuaca sejuk ditambah hujan renyai, jalan diselubungi kabus dan motorhome bergerak memecah kabus pagi..suasana di perkampungan Nenzing sungguh cantik..pokok epal dan pea segar berbuah..hanya dihadapan halaman rumah mereka..perjalanan diteruskan menuju ke pergunungan Alps..hujan masih tidak berhenti..
Ketika mendaki banjaran Alps, suhu menurun..banjaran ini sudah mula diselubungi salji putih..tetapi masih jauh jarahnya kira-kira 2 kilometer ke atas..permandangan di kawasan perkampungan seakan-akan cerita LOTR..
Keluar dari sebuah terowong, hujan renyai itu sudah bertukar menjadi ais-ais yang berterbangan dan melayang..wahhh ini salji..semakin tinggi banjaran ini didaki, semakin banyak salji yang melayang..kami semua semakin teruja..akhirnya mimpi untuk menikmati dan merasai pengalaman winter di Eropah tercapai..yaaa..sah ini salji..pokok-pokok dan padang di kiri dan kanan jalan diselubungi salji putih dan bersih...mata segar..
Rasa nak berhenti dan nak kepal-kepal je salji tu..kawasan yang sering krew Erovac berhenti semakin hampir..sebuah perkampungan ditengah-tengah Banjaran Apls dikenali sebagai Sufer..perkampungan ini terletak di dalam negara Swizerland..Mata melayan pemandangan di kawasan sekitar yang baru saja dipenuhi salji..rumput hijau masih kelihatan disulami warna suci salji..putih dan gebu..
Akhirnya kami sampai di Sufer, kawasan yang dinanti-nantikan.sampai di Sufer, aku sendiri melompat-lompat teruja dengan persekiran dan pemandangan yang hebat..sungguh besar ciptaan Tuhan..daripada maklumat yang diterima oleh masyarakat disini, hari ini hari pertama salji turun di kawasan ini..rasa bertuah..krew Safiyya TV9 menjalankan tugas membuat liputan sambil aku terbaring dan bergolek di padang putih ciptaan Dia..hebat, teruja, gembira semuanya ada..aku dan semua peserta siap main baling-baling salji yang dikepul-kepulkan..argghh tak kira umur..xkira kedudukan..semua kena belasah dengan balingan salji..heheheh padan muka diorang..menghabiskan masa yang lama di Sufer..makan tengahari di dalam motorhome..menu : nasi impit dan rendang ayam...perut lapar..advertising Malacca de Europa akhirnya mencipta sebuah sejarah..sejarah ini besar..sejarah ini untuk negara..sejarah ini akan menggegarkan Malaysia, Insyaallah..
Selepas makan tengahari, aktiviti mengambil gambar untuk kali terakhir selama 10 minit..walaupun gambar dah beribu rasanya disini..hehehehhe
Akhirnya, dengan berat hati motorhome terus dipandu menuju ke Milan..bandar fesyen dunia..menuruni banjaran ini dengan berhati-hati, jalan licin dan berkabus..perkampungan disini begitu indah..terfikir juga, apakah aktiviti utama mereka di celah-celah gunung..
Suhu semakin meningkat, salji putih semakin reda dan hampir hilang..pengalaman di Sufer tak mungkin dapat dilupakan...daripada suhu 3 darjah celsius, sejam kemudian meningkat sehingga 22 darjah celsius..semakin menghampiri Kota Milan..syurga untuk peserta wanita..LV, Gucci, CK menanti mereka..
Sebelum terus ke campsite seterusnya, singgah di Fox Town, sebuah pusat membeli belah dan factory outlet yang terletak diantara Italy dan Switzerland..sangat murah berbanding harga di Kuala Lumpur..mengambil masa hanya sejam berada di Fox Town untuk membuat perbandingan harga kerana esok hari semua akan ke Kota Milan..jika di Kota Milan lebih murah, mereka akan terus shopping di sana..tetapi jika di Fox Town lebih murah, krew Eurovac akan membawa mereka semula ke Fox Town..ini trip mereka..so biarlah mereka yang membuat keputusan..
Konvoi EuroVac meneruskan perjalanan ke campsite kira-kira 50 kilometer dari Fox Town..sampai di campsite jam 7 malam..hari masih terang..persiapan makan malam diteruskan..malam ini krew Eurovac menyediakan masakan..menu rendang ayam, asam pedas dan rendang daging..heheheh..semua makanan dalam tin!
Selepas makan malam, borak2 bersama semua peserta..gelak tawa memecahkan kesunyian campsite..ada juga mat saleh yang jeling-jeling..argghhh lantaklah...
Kepala pening, mungkin terlalu sejuk tengahari tadi ditambah keletihan memandu motorhome..makan 2 biji activefast dan terus mandi walaupun sejukkkkk gileeee..lepas mandi terus ke coffee house, pekena secawan cuppocino dan terus mengupdate blog..heheh..tangan dah penat taip..dan sekarang aku tengah merindui seseorang..siapa tu? Emelda Airisya anak manja papa!!!
No comments:
Post a Comment