"sometimes there is NO next time, NO second chance, NO time out.... sometimes....it's NOW or NEVER...."

Wednesday, 23 November 2011

Sales & Marketing Person at TRS Media Sdn Bhd : still available!!

BINA KERJAYA ANDA BERSAMA KAMI

TRS MEDIA menawarkan peluang untuk membina kerjaya anda bersama kami.  Jadilah sebahagian dari keluarga di TRS Media Sdn Bhd.



1. LATIHAN DAN PENDEDAHAN

a.              Latihan asas akan disediakan selama 3 hari.  Selama latihan berjalan, makanan tengahari akan disediakan.  Di dalam latihan ini, anda diberi pendedahan berkaitan Pengetahuan Produk, Senarai Pelanggan Sedia Ada, Teknik Pemasaran, Kapasiti Syarikat, Masa Depan Anda bersama kami dan bimbingan motivasi.
b.              Sesi latihan ini akan berlangsung 1 hingga 3 Disember 2011, bermula 10 pagi dan berakhir pada 4 petang.

2. TEMPOH PERCUBAAN

a.              Anda akan menjalani tempoh percubaan selama 3 bulan bermula pada 1 Disember 2012 dan berakhir pada 29 Febuari 2013.
b.              Selepas tempoh itu, syarikat akan membuat analisis prestasi bagi menilai kemampuan dan pencapaian anda
c.              Anda akan menerima Gaji Asas minima bermula dari RM1,200 (Satu Ribu Dua Ratus Sahaja). Walaupun anda tidak mencapai sasaran jualan, anda tetap dibayar dengan nilai minima.  Ini kerana syarikat mengambilkira proses pembelajaran yang anda sedang lalui sepanjang tempoh ini.

3. GAJI ASAS, KOMISYEN JUALAN, TUNTUTAN (CLAIM) DAN ELAUN

a.              Rujuk Jadual 1

Nilai Jualan
Gaji Asas
Komisyen Jualan
Tuntutan
Kurang dari RM7,000
RM1,200.00
Tiada
Lump-Sum
(mengikut keperluan dan kelulusan pengurusan)
RM 7,000-RM10,000
RM1,200.00
5%
RM10,001-RM50,000
RM1,500.00
5%
RM50,001-RM100,000
RM2,000.00
5%
RM100,001-RM150,000
RM2,500.00
5%
RM150,001-RM200,000
RM2,500.00
5%
RM200,001-RM300,000
RM2,500.00
5.5%
RM300,001-RM400,000
RM2,500.00
6%
RM 400,001-RM500,000
RM2,500.00
6.5%
RM500,000 ke atas
RM2,500.00
7%

b.              Gaji asas adalah bergantung kepada nilai jualan yang dibuat oleh anda pada bulan tersebut.  Gaji asas minima tetap sama iaitu sebanyak RM1,200 sebulan.  Anda berpotensi untuk mendapatkan gaji asas sebanyak RM2,500 sebulan.
c.              Anda hanya layak menerima komisyen jualan jika jualan anda melebihi RM7,000 sebulan. 
d.              Jika nilai jualan anda kurang dari RM7,000, anda hanya akan menerima gaji asas sahaja.
e.              Komisyen jualan hanya akan dikira setelah syarikat mendapat bayaran penuh dari pelanggan
f.           Tuntutan (claim) adalah secara “Lump Sum”.  Anda diminta menyediakan laporan tuntutan pada setiap minggu dan diserahkan kepada Bahagian Akaun beserta resit bayaran.

4. PELUANG ANDA DI TRS MEDIA SDN BHD

a.              Syarikat memberi peluang dan cabaran kepada anda untuk meningkatkan prestasi peribadi anda melalui jualan yang dibuat.
b.              Anda berpeluang menjadi Pengurus Pemasaran di syarikat ini dengan syarat-syarat yang telah syarikat gariskan.
c.              Dengan menjadi Pengurus Pemasaran, anda layak untuk mendapat “Overriding” sebanyak 1% daripada kakitangan di bawah selian anda.  Syarat untuk anda layak menjadi Pengurus Pemasaran adalah seperti berikut :
·       Jumlah jualan RM 600,000 dalam tempoh 6 bulan bermula dari 1 Disember 2011
·       Mempunyai kredibiliti dan disiplin kerja yang baik
·       Mempunyai minima 5 orang kakitangan (Pegawai Pemasaran) di bawah seliaan anda
·       Memastikan jualan kumpulan purata RM250,000 sebulan
d.              Pada waktu itu, gaji asas minimum anda juga akan dinaikkan kepada satu jumlah yang difikirkan sesuai dan anda masih berpeluang mendapat komisyen bagi jualan peribadi seperti di dalam Jadual 1.
e.              Jika anda mencapai purata sasaran yang diletakkan untuk jualan kumpulan selama 24 bulan, anda berpeluang menjadi salah seorang daripada Pengarah Syarikat di TRS Media Sdn Bhd.
f.               Syarikat berbesar hati menganugerahkan sebuah outlet baru yang akan dikenalpasti pada masa akan datang
g.              Anda akan mengendalikan sendiri outlet tersebut bersama kumpulan yang telah anda bina selama 24 bulan.
h.              Sebelum anda menerima penawaran untuk mempunyai outlet anda sendiri, anda haruslah membina kumpulan pemasaran yang baru.


SALAM KEJAYAAN DAN SELAMAT DATANG KE KELUARGA
THE RED STUDIO

NOTA : PELUANG INI MASIH TERBUKA KEPADA MEREKA YANG BERMINAT.  SILA HUBUNGI 0123272920 DAN LAYARI www.theredstudio.com.my

No comments:

Post a comment