Daripada campsite, menaiki bas dengan tambang 4 euro menuju ke Kota Amsterdam. Mengambil masa lebih kurang 30 minit. Kawasan kediaman di sekitar Amsterdam unik dan cantik. Di depan dan dibelakang kediaman mereka terdapat sungai dan tali air. Kenderaan utama disini adalah basikal. Ribuan basikal dan sudah menjadi budaya mereka.
Tiba di “Sentro” dan terus menuju ke Perkhidmatan Feri mengelilingi bandar. Amsterdam adalah sebuah bandar lama yang menggunakan pengangkutan sungai untuk kemana-mana. Walaupun kemodenan yang hebat masakini kesan dari perkembangan ekonomi mereka, tetapi mereka masih mengekalkan tradisi pengangkutan sungai. Janggal rasanya melihat Mat Salleh berkaca mata hitam, berambut ikal2 perang, bertopi dan berseluar jeans ala-ala model iklan Guess mengemudi bot-bot kecil..hehhehe..
Mengelilingi Amsterdam selama 2 jam dengan feri bandar dan terus ke Red Light District. Sangat mudah mencari makanan halal yang diusahakan oleh segelintir masyarakat Islam disini. Makan nasi berlauk kambing!! Anda perlu mengalami sendiri pengalaman disini… hehehehhe sgt teruja…jom coffeshop!
Tepat jam 6 petang, semua peserta berkumpul setelah puas menghabiskan baki-baki matawang euro mereka. Pulang ke campsite dan bersedia untuk BBQ malam ini. Sampai di campsite, terus menyediakan makanan untuk dihidangkan malam ini. Alhamdulillah mewah hidangan makanan malam – asam pedas, kari ayam, sup cendawan, daging dan ayam bakar!!!...lepas makan berehat dan tidur..esok hari2 untuk Sang Wanita.. dats Tulip Garden!!!
No comments:
Post a Comment