"sometimes there is NO next time, NO second chance, NO time out.... sometimes....it's NOW or NEVER...."

Thursday, 5 May 2011

Day 5 Eurovac : From Milan to Paris

Pagi ini bersiap awal dan semua peserta sudah bersedia untuk perjalanan yang panjang kira-kira 850km dari Milan ke Paris.  Peserta boleh terus tidur di katil masing-masing dan pemandu akan membawa mereka bergerak ke Paris.  So tiada isu keletihan untuk peserta.  Bagi pemandu pula, disediakan 2 orang pemandu simpanan.  Insyaallah semuanya akan sukses.  Tepat jam 9.45 pagi, semua kenderaan motorhome sudah berada di atas lebuhraya…



Seharian memandu memang mencabar.  Merentasi perkampungan, pemandangan yang hebat, budaya yang unik dan bermacam pengalaman menarik.  Keletihan tak terasa apabila terpandang Menara Eiffel.  Tiba di Paris kira-kira jam 12.30 malam. 15 jam memandu!!!!! Hilang rasa letih memandu apabila terpandang cahaya yang menghiasi menara ini.  Semua peserta akan bermalam di Indigo Campsite, kira-kira 5 kilometer dari Menara Eiffel dan 30 kilometer dari Disneyland Paris.


Pengalaman baru di Terowong Mont blanc, terowong yang menembusi banjaran Alps sejauh 11.611 km .Jika anda memandu disini perlu berhati-hati dengan peraturan jaranraya dan keselamatan.  Atas alasan keselamatan, anda perlu memandu 50km – 70km sejam sahaja.  Tidak boleh kurang dan tidak boleh lebih, jika kurang atau lebih pasti anda akan menerima saman!!! Jarak antara kenderaan juga sekurang-kurangnya 150 meter dari kenderaan didepan.  Keluar sahaja dari terowong, 2 pegawai polis Perancis menahan 2 motorhome kami.  Kami disaman atas kerana memandu 80km sejam dan sebuah motorhome lagi jarak antara kenderaan sejauh 135meter.  Terowong ini diawasi oleh polis bagi 2 buah Negara.  Sebahagian terowong dimiliki oleh Italy dan sebahagian lagi oleh Perancis.  Jika anda melakukan kesalahan di kedua-dua buah Negara, anda akan menerima saman dari kedia-dua polis Negara tersebut.  Kompaun dibayar secara tunai 39.00 euro kira RM160.00 bagi satu kesalahan…cisssss

Jika dilihat daripada tinggalan sejarah dan rekabentuk fasad bangunan, kelihatan perbezaan antara Perancis dan Italy.  Ianya adalah kesan dari revolusi satu masa dulu.  Di Perancis, bangunan lebih moden dan kurang ciri-ciri keagamaan.  Berbanding tinggalan sejarah di Italy. 


Perancis mmg kaya dengan keindahan padang-padang rumput, luas mata memandang, lebih-lebih lagi pada waktu ini.  Jika di Malaysia, mungkin ianya lalang atau rumput terbiar, tetapi disini segalanya nampak menarik. Perkampungan dan cara hidup yang sederhana.


Penjelajahan ini sangat bermakna.  Lebih seronok dan rasa puas apabila mendapat respon dari para peserta.  Mereka selesa dan tidak tertekan dengan perjalanan yang panjang ini.  Sampai di campsite, penganjur seperti biasa menyediakan masakan asas.  Berehat dan tidur..zzzzzzzZZZZZZZ….Esok akan ke Menara Eiffel!!!!

No comments:

Post a Comment