Dulu aku rasa Eiffel tower ni hanya muncul dalam mimpi-mimpi indah saje, kali ini sekali lagi mimpi ini menjadi sebuah kenyataan. Hari ini, pagi-pagi lagi semua telah bersedia untuk menerobos Kota Paris yang digambarkan kota cinta!! Ianya tak penting bagi aku yg mmg tgh sibuk melayan kerenah dan keghairahan para peserta…aku pun teruja, bagaimana pulak dengan peserta???
Memandu di Kota Paris amat memualkan, bosan, menyampah, tak seronok…kerana apa???Keadaan jalan dan sirkulasi yang memeningkan..selalu saje terpisah dengan rkan-rakan yang lain,mujur GPS dan walkie talkie byk membantu.
Paris here we are… Kota yang indah tetapi dicemari dengan pendatang entah dari mana menjual cenderahati, baju dan ada yg mengambil kesempatan utk menipu. Kepada yang ingin melawat di sekitar Kota Paris dan Menara Eiffel, berhati-hatilah dengan penyeluk saku dan mereka2 yang berniat jahat. Mudah untuk kenali mereka.
Mengambil masa beberapa jam di Menara Eiffel dan berkesempatan membeli cenderahati. Motorhome diletakkan betul-betul dihadapan menara gah ini.. di Perancis, mereka kurang gemar kepada masyarakat Inggeris.. So agak sukar berramah mesra mahupun meminta bantuan dan sebagainya.. ada diantara mereka yang boleh bertutur, tetapi mereka enggan bercaka bahasa Inggeris.
Selepas selesai sessi pergambaran dan membeli-belah, semua peserta dibawa ke Disneyland Paris.. Kota keriangan bukan hanya untuk kanak2, malah untuk dewasa juga. Aktiviti di Disneyland berakhir pada pukul 10 malam!!!!
Motorhome diletakkan di kawasan parking dan semua peserta dan pemandu berehat. Tepat jam 2.30 pagi, konvoi terus bergerak ke Calais. Calais adalah pelabuhan yang menghubungkan Perancis dan Great Britain…Keletihan berakhir dengan senyuman….so kita tido dulu……..zzzZZZ
Hi, naik caravan ni through Eurovac group ke? Boleh explain mcm mana nak join and sistem ni beroperasi? betul ke RM500?
ReplyDelete