"sometimes there is NO next time, NO second chance, NO time out.... sometimes....it's NOW or NEVER...."

Saturday, 7 May 2011

Day 11 EuroVac : Good Bye Europe n I’m back Malaysia!!!!

Jam 10 pagi check-out dari kediaman, pekena nasi arab dan terus menuju ke lapangan terbang Munich dengan train.  Kos 19 Euro (RM80) untuk 5 orang..lebih kurang 45 minit sampai di lapangan terbang..

Transit sebentar lebih kurang 2 jam di Amsterdam dan terus pulang ke Malaysia dengan pesawat KLM 777-200.  Penerbangan akan mengambil masa sekitar 12 jam..bosan…nasib baik ada laptop yang tinggal 35% sahaja kuasa kudanya…ehehhehe

Yeeee rindu rasanya pada keluarga dan kawan-kawan terutama anak papa yg nyomel Emelda Airisya…papa will back sayangggggg…..

Day 10 EuroVac : Heading to Munich, Germany and having meeting with Alex

Perjalanan ke Munich diteruskan berbaki 200km sahaja lagi. Keadaan jalan semakin sesak kerana semua manusia tgh sibuk keluar mencari rezeki.  Sampai di Depot MotorHome, penganjur membersihkan dan mengembalikan keadaan asal MotorHome ketika ianya diaambil 10 hari yang lalu.

Selepas segalanya selesai, penganjur mengadakan meeting lebih kurang 1 jam untuk mendapatkan persefahaman bersama.  Mereka mula paham akan hasran penganjur.  Alhamdulillah…

Bergerak terus ke Pusat Bandar Munich dan check-in di hotel baget di kawasan berhampiran.  Mengamati keindahan malam di Munich.  Disini kawasan sekitar tidak lagi asing bagi kami.  Ramai masyarakat Islam berketurunan Turki yang membuka gerai makanan halal disini.  Masyarakat utama di Munich ialah Barvarian dan Turkish.

Dapat juga menjamah nasi arab berlauk kambing.. Rindu masakan Malaysia…Mala mini melawat mbeberapa tempat dan berbincang tentang pembangunan bisnes pada masa-masa akan dating.

Balik rehat dan tidur.  Sempat berkenalan dengan rakan-rakan travellers dari USA, Holland, Australia dan laian-lain.  Mereka ramah dan friendly..kebanyakan travellers mempunyai sikap yg sama.  So sesi perbualan dan perkenalan lebih mudah.  Tak lupa juga bertukar2 FB…ehheheh  J

zzzzzzZZZZZZZZ…………..

Day 9 EuroVac : Tulips Garden at Keukenhouf , Amsterdam.



Peserta bersedia awal pagi ini.  Mereka bersiap-siap dan mengemas segala barang-barang keperluan untuk pulang ke Malaysia malam ini.  Semua yang terlibat keluar dari campsite seawal jam 10 pagi.. Sesi bergambar bersama sekelian peserta dan meneruskan destinasi terakhir di Ladang Tulips dan menyaksikan kincir angin tradisional.

Sebelum ini hanya menyaksikan keindahan bunga-bunga Tulips dari internet sahaja.  Tetapi kini, bunga-bunga ini boleh disentuh dan dihayati oleh sekelian peserta.  Pada mulanya, aku kurang berminat dengan bunga.  Tapi bila sampai saja disini, tiba-tiba dalam hati tersemai bungeeeeeee….heheheh…sgt cantik dan sesuai untuk honeymoon..pergghhhh






Holland merupakan sebuah negara yang terkenal dengan beberapa industri utama. Pertanian, penternakan dan perlancongan.  Keadaan disini agak berbeza dengan negara-negara lain.  Angin bertiup kencang sepanjang tahun ditambah cuaca yang sejuk.  Naik beku sehingga ke tulang.  So penjanaan elektrik dihasilkan menerusi kincir angin.  Kencir angin moden berbentuk kipas berbilah besar dan tinggi…tetapi kincir angin tradisional lebih unik dan menarik. Bilah kipasnya dihasilkan dari kayu….







Kira-kira jam 4 petang, peserta berkumpul semula dan bersedia untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Amsterdam…Semua MotorHome bergerak ke lapangan terbang dan peserta diawasi oleh salah seorang dari penganjur…Mereka akan pulang berasingan kerana kami masih mempunyai urusan penting di Munich…

















Semasa peserta berjalan keluar dari MotorHome ke pintu lapangan terbang, menitis juga airmata kerana terharu dan rasa sangat bersyukur dengan perjalanan program yang lancar.. Terima Kasih kepada sekelian peserta bagi trip yang julung kalinya diadakan.. Selamat tinggal Amsterdam!!!!!






Konvoi EuroVac terus menuju ke Munich, Germany untuk menghadiri mesyuarat bersama pemilik MotorHome disana.  Perjalanan melebihi 850km dan akan mengambil masa kira-kira 12jam!!!! Pasti letih tetapi puasss dan rasa penuh kesyukuran… Alhamdulillah,  EuroVac Trip 1 sudah berakhir…

Perjalanan ke Munich mmg jauh..tetapi dengan keadaan trafik yang baik..perjalanan lancar…singgah di hentian rehat ketika baki perjalanan tinggal 200km…memasak meggi dan telur..lapor..kekkekeke…tidur seketika sementara menunggu matahari terbit.

Day 8 Eurovac : Amsterdam – Sign-seeing with the cruise

Pagi ini semua peserta teruja untuk menerokai Kota Amsterdam.  Seawal 10.30 pagi semua peserta bersedia bersama penganjur.  Penganjur dipecahkan kepada 2 kumpulan, satu untuk ke Kota Amsterdam dan satu lagi akan mencari bahan mentah untuk aktiviti BBQ pada malam ini.








Daripada campsite, menaiki bas dengan tambang 4 euro menuju ke Kota Amsterdam. Mengambil masa lebih kurang 30 minit.  Kawasan kediaman di sekitar Amsterdam unik dan cantik.  Di depan dan dibelakang kediaman mereka terdapat sungai dan tali air.  Kenderaan utama disini adalah basikal.  Ribuan basikal dan sudah menjadi budaya mereka.

Tiba di “Sentro” dan terus menuju ke Perkhidmatan Feri mengelilingi bandar.  Amsterdam adalah sebuah bandar lama yang menggunakan pengangkutan sungai untuk kemana-mana.  Walaupun kemodenan yang hebat masakini kesan dari perkembangan ekonomi mereka, tetapi mereka masih mengekalkan tradisi pengangkutan sungai.  Janggal rasanya melihat Mat Salleh berkaca mata hitam, berambut ikal2 perang, bertopi dan berseluar jeans ala-ala model iklan Guess mengemudi bot-bot kecil..hehhehe..



Bertambah menarik ketika didalam perjalanan, kapten feri menggunakan bahasa Indonesia untuk memberi keterangan dan ia merupakan bahasa ketiga yang digunakan di kota ini.  Begitu rapat hubungan mereka dengan masyarakat Indonesia kesan dari sejarah masa silam mereka. 

Mengelilingi Amsterdam selama 2 jam dengan feri bandar dan terus ke Red Light District.  Sangat mudah mencari makanan halal yang diusahakan oleh segelintir masyarakat Islam disini.  Makan nasi berlauk kambing!! Anda perlu mengalami sendiri pengalaman disini… hehehehhe sgt teruja…jom coffeshop!

Tepat jam 6 petang, semua peserta berkumpul setelah puas menghabiskan baki-baki matawang euro mereka.  Pulang ke campsite dan bersedia untuk BBQ malam ini.  Sampai di campsite, terus menyediakan makanan untuk dihidangkan malam ini. Alhamdulillah mewah hidangan makanan malam – asam pedas, kari ayam, sup cendawan, daging dan ayam bakar!!!...lepas makan berehat dan tidur..esok hari2 untuk Sang Wanita.. dats Tulip Garden!!!






Friday, 6 May 2011

Day 7 Eurovac : Paris – Calais – Dover – London (failed!!!!)


Pagi ini jam 2.30, konvoi EuroVac bergerak menuju ke Pelabuhan Calais untuk masuk ke United Kingdom.  Awal-awal lagi GPS telah diset ke “de Calais”.  Ketika pemanduan, rata-rata dari peserta sedang enak dibuai mimpi.  Mungkin letih melayan keseronokan ketika di Disneyland tadi.

Perjalanan kira-kira 172km dan akan mengambil masa 2 jam.  Perjalanan ini menjadi tanda tanya. Kenapa semakin lama semakin merentasi perkampungan?? Dan rupa-rupanya GPS yang disetkan malam tadi menuju sebuah kampong pendalaman “de Calais”.  Walaupun mengalami masalah ini, perasaan penganjur tiada sedikit pun rasa kuatir.  Suasana kampong yang damai dan unik menghilangkan tekanan kami..

GPS disetkan semula direct ke Dover.  Akhirnya kami tiba di Pelabuhan Calais jam 8.00 pagi.  Pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan mengecewakan, konvoi EuroVac tidak dibenarkan memasuki UK atas isu-isu global.  Kebetulan ketika kami sampai di Calais, Barrack Obama telah mengemukakan kenyataan berkaitan isu Osama bin Laden.  Kami menunggu lebih 3 jam untuk menanti keputusan dari pihak imegresen UK.  Akhirnya kami diberi surat utk melarang kami memasuki UK tanpa sebarang alasan.

Konvoi EuroVac mengambil keputusan untuk terus ke Amsterdam, Holland.  Tiba di Amsterdam jam 6 petang dan terus ke Hat Riet Veen Camp Site.  Kekecewaan kami terubat dengan kehebatan dan keindahan Holland.  Masayarakat disini sangat membantu dan Bandar Amsterdam merupakan Bandar terbaik sepanjang program ini.  Tiada masalah bahasa disini.  Kebanyakan masyarakat disini boleh bertutur bahasa inggeris dengan baik.



Ketika sibuk menyediakan keperluan para peserta, aku dan beberapa rakan lain keluar ke pusat Bandar untuk mencari bekalan bahan mentah.  Menakjubkan!!! Amsterdam penuh kedamaian, keseronokan, kemesraan dan macam2 lagi.  Anda tidak dilayan seperti rakyat Bangladesh di Malaysia.  Mereka amat prihatin.  Untuk rakan2 yg ingin mengunjungi Amsterdam, jangan lupa singgah di Green Grass Coffe Shop!!

Thursday, 5 May 2011

Day 6 Eurovac : Menara Eiffel & Disneyland, Paris



Dulu aku rasa Eiffel tower ni hanya muncul dalam mimpi-mimpi indah saje, kali ini sekali lagi mimpi ini menjadi sebuah kenyataan.  Hari ini, pagi-pagi lagi semua telah bersedia untuk menerobos Kota Paris yang digambarkan kota cinta!! Ianya tak penting bagi aku yg mmg tgh sibuk melayan kerenah dan keghairahan para peserta…aku pun teruja, bagaimana pulak dengan peserta???

Memandu di Kota Paris amat memualkan, bosan, menyampah, tak seronok…kerana apa???Keadaan jalan dan sirkulasi yang memeningkan..selalu saje terpisah dengan rkan-rakan yang lain,mujur GPS dan walkie talkie byk membantu.

Paris here we are… Kota yang indah tetapi dicemari dengan pendatang entah dari mana menjual cenderahati, baju dan ada yg mengambil kesempatan utk menipu.  Kepada yang ingin melawat di sekitar Kota Paris dan Menara Eiffel, berhati-hatilah dengan penyeluk saku dan mereka2 yang berniat  jahat.  Mudah untuk kenali mereka. 

Mengambil masa beberapa jam di Menara Eiffel dan berkesempatan membeli cenderahati.  Motorhome diletakkan betul-betul dihadapan menara gah ini.. di Perancis, mereka kurang gemar kepada masyarakat Inggeris.. So agak sukar berramah mesra mahupun meminta bantuan dan sebagainya.. ada diantara mereka yang boleh bertutur, tetapi mereka enggan bercaka bahasa Inggeris.




Selepas selesai sessi pergambaran dan membeli-belah, semua peserta dibawa ke Disneyland Paris.. Kota keriangan bukan hanya untuk kanak2, malah untuk dewasa juga.  Aktiviti di Disneyland berakhir pada pukul 10 malam!!!!















Motorhome diletakkan di kawasan parking dan semua peserta dan pemandu berehat.  Tepat jam 2.30 pagi, konvoi terus bergerak ke Calais.  Calais adalah pelabuhan yang menghubungkan Perancis dan Great Britain…Keletihan berakhir dengan senyuman….so kita tido dulu……..zzzZZZ