Tahun ini bermula dengan baik segala business yang aku ceburi..cabaran2 tahun lepas lebih mematangkan aku memandangkan ada sebagaian dari business aku telah di re-organize.. Aku mensasarkan tahun ini merupakan tahun yang gemiling untuk semua business2 aku setelah melalui keadaan yang agak sukar sepanjang tahun 2011..Program EuroVac yang telah aku dan rakan2 bangunkan,yang dulu mendapat kritikan hebat kini semakin bersinar..semakin banyak peluang2 yang datang..cuma peluang yang ada harus disusun dengan baik..
The Red Studio juga melalui satu bentuk transformasi kepada sekelian warganya..tahun 2012 ini, diharapkan TRS akan terus maju disokong boleh sekeian director yang telah dilantik..aku kena kerja keras..tidak boleh selesa dengan apa yang ada dan memenuhi tanggungjawab yang telah aku janjikan kepada sekelian warga TRS..janji wajib dikotakan..jauhkanlah dari sifat suka berjanji dan berdolak dalih..sekali berjanji, harus teguh untuk kotakan..
Disebalik cabaran yang ditempuhi sebagai seorang usahawan, yang hidupnya sibuk dengan tanggungjawab harian, tiba-tiba aku teringat akan sebuah bait kata2 yang simple tapi indah..
" Jika kita mengejar dunia, maka semakin jauh dunia meninggalkan kita tetapi jika kita mengejar akhirat, dunia itu akan datang kepada kita"
Aku tersedar, bahawa selama ini, aku terlalu jarang ingatkan akan akhirat..hanya sekadar buat yang wajib..yang sunat tidak pernah diberi perhatian..moga pada tahun2 yang mendatang, Allah bekalkan aku hidayah untuk menjadi hambaNya yang bertakwa dan tinggi nilai amalannya..
Nota : kan lebih elok menjadi JUTAWAN yang sentiasa tawaduk pada Dia.. :) moga 2012 jauh lebih baik dari tahun2 yang lepas..
No comments:
Post a Comment