Berenti merokok??
Rasanya dah byk tahun aku berazam nak berenti merokok..tapi semua itu gagal sama sekali..kali terakhir aku berhenti dalam masa yang lama adalah ketika alu tingkatan 4..itu pun kerana aku masuk ke sekolah berasrama..aku dapat berhenti merokok sekitar 3 minggu sahaja..teruknya aku..azam berhenti merokok bertukar berkokok..
Tahun ini, aku ada pasang niat utk tidak merokok..bukan azam lagi..kau aku rasa aku nak isap, aku isap, kalu aku rasa aku xnak isap, aku xyah isap..duit pun xabis, kesihatan pun makin baik..tapi mungkin tahun ni dikuatkan lagi sebab aku nak menunaikan umrah Mac ini..so semua abang2 aku memasang niat yang sama..cuma aku terawal sikit dari diorang..semenjak dari semalam (1 januari 2012) sehingga hari ini, aku hanya merokok sebanyak 2 batang berbanding sekotak Marlboro 20 setiap hari..pergghh aku berjaya rupanya.
Aku cuba gunakan NiQuitin, pelekat nirkotin 21 mg, aku pun xpaham apa benda tu..hanya ikut nasihat sahabat yang dah berenti merokok..dikuatkan lagi, hari ini aku berpuasa sunat..so aku xde la senang2 nak membatalkan puasa aku hanya kerana sebatang rokok..
Harga Niquitin ni mahal jugak, RM65 untuk 7 pelekat..tapi sebagai perokok yang tegar, aku kena ada juga benda2 sokongan mcm ni..semua ni psycho je sebenarnya..psychology aku pada rokok ini mmg xkuat, harap2 benda ni dapat membantu..aku pun xpercaya aku hanya isap 2 batang rokok selama hampir 48 jam..
Kenapa aku berenti merokok?
Perkara yang menyentuh hati bila emelda anak aku tu, dah mula bising..pandai budak2 sekarang..bila dia tgk kotak rokok tu, dia tgk ada gambar2 yang xbest, than dia tanya, "papa nak jadi macam ni?"...perghhh..lantaran itu, aku cuba jugaklah utk berhenti..aku akan cuba sebaii mungkin, kalu gagal..tunda tahun depan..heheheh...
Selain itu, bila aku pikir balik, rupa2nya,dah 15 tahun aku merokok secara konsisten sejak tingkatan 3, membeli dan memiliki rokok xputus2 walaupun aku masih bersekolah..so rasanya dah cukup aku membahayakan kesihatan aku ni..
Moga2 tahun ni aku berjaya la utk tidak merokok lagi..Aku akan lebih kelihatan cool jika tidak merokok rasanya...hehehe..Moga Tuhan permudahkan tekad aku kali ini..amin..
No comments:
Post a Comment