"sometimes there is NO next time, NO second chance, NO time out.... sometimes....it's NOW or NEVER...."

Thursday, 28 April 2011

Day 3 EuroVac : Alpine Camping, Austria – Liechtenstein – Switzerland – Milan

Subhanallah…besar ciptaan Allah swt.  Pemandangan Banjaran Alps memang sukar diterjemahkan dengan kata-kata.  Sungguh kerdil kita berbanding kehebatan Ilahi.  Bangun pagi ini dengan nyaman dan segar. Pagi ini ada pertandingan nasi goreng.  Nasi putih disediakan oleh organizer dan setiap MotorHome akan menyediakan nasi goreng.  Macam biasa, organizer sebagai pengadil pertandingan dan pasti dapat makan free…hehehe…semua peserta mendapat markah penuh sebab telah berjaya mengenyangkan kami..Almaklumlah kami jauh dari ibu bapa… :)













Bertolak dari Alpine Camping ke Milan pada jam 12.20 tghari.  Merentasi kawasan kampung yang mendamaikan.  Fenomena dan suasana kampung mereka sangat teruja.  Cantik, bersih, tersusun dan pastinya pemandangan alam semulajadi yang melapangkan fikiran…rasa macam baru semalam setle hutang along ehheheh!!!!










Keluar dari kawasan perkampungan dan menuju ke sebuah negara kecil iaitu Liechtenstein.  Merentasi negara ini lebih kurang 1 jam dan tiba di Switzerland.


Ini mungkin budaya dan cara hidup mereka.  Diwajah mereka tergambar ketenangan dan kedamaian.  Hon tidak ditekan sesuka hati ditengah-tengah bandar. Walaupun kenderaan diberhentikan sesuka hati dibahu jalan.  Organizer semakin “matured” dalam menguruskan peserta. Rasa terharu dengan sokongan dan galakan oleh peserta.  Mereka juga bertambah selesa di MotorHome masing-masing. 

Switzerland!!!! Merentasi kawasan pergunungan yang panjang kira-kira 100 km..Sangat hebat..pemandangan yang tiada titik kepuasan.  Terasa nak menitis airmata merenung keindahan ciptaan Tuhan.. Bersyukur diberi kesempatan ini.  Sangat sesuai bagi mereka yang nak berbulan madu, menenangkan fikiran..Suhu sejuk antara 0-5 darjah walaupun matahari memancar..ditambah pula angin yang sepoi-sepoi bahasa latin meniup..Tiupan angin dari banjaran yang dipenuhi ais membuat tulang anda mengigil..kalau tulang pun menggigil, bayangkanlah anggota-anggota lain..Peserta yang berumur 8 tahun dan 71 tahun juga tidak ketinggalan untuk turun dari MotorHome untuk merasai pengalaman ini..Bagi diri aku pulak, inilah kali pertama aku melihat banjaran yang diseliputi ais.  Sebelum ini hanya melihat pembentukan ais di peti sejuk..heheh…Banjaran dan kawasan pergunungan yang diselimuti ais, putih, suci, gebu….fuhhh…Peserta ternyata teruja dan ianya tidak terluah dengan kata-kata..Tiada apa yang boleh digambarkan..Jatuh cinta pada Switzerland..Satu hari aku akan kembali ke sini lagi…




Meneruskan perjalanan ke Milan, Italy…mengakhiri pemandangan Switzerland..Banjaran ais sudah hilang dari penglihatan..namun hati masih tertinggal disana..tiba di sempadan Italy-Switzerland dan mula memasuki Bandar Milan..Kota besar, duit yang besar dan sifat penghuninya mula berubah..sebelum ini ramai yang mengingatkan, di Italy masyarakatnya kasar, keras dan kurang beretika..YAAAA!! ianya tepat sekali..Namun kami berdoa semoga sepanjang perjalanan, harap-harap tiada masalah yang akan timbul.  Sampai di camp-site lewat 2 jam dari waktu yang dijangkakan.. Ianya gara-gara mengambil masa yang lama di Banjaran Alps dan Banjaran sekitar Switzerland..Namun ianya sangat berbaloi!!!!!

Lebuhraya di Milan sama sesaknya seperti di Federal Highway, KL – Shah Alam..Manusia berpusu-pusu ke pusat bandar..entah apa aktiviti mereka..tersenyum dan terpegun sebentar apabila ada sebuah skuter yang ditunggang seorang Mat Saleh memotong MotorHome..skuter berjenama MODENAS…ehheheh congrate Malaysia!!!! Memecah masuk market skuter di Eropah!!!!











Tiba di Milano Camp-Site jam 9 malam..check in, masak, makan n tido….tired!!

No comments:

Post a Comment