Hari ini bersarapan pagi bersama semua peserta di sudut kecil Hotel Shaleus. Menu mudah, aneka roti & cheese. Mereka nampaknya gembira dengan penginapan yang memiliki pemandangan dan cerita yang tersendiri. Azrai, Ikhmal, Zahari dan aku bergegas ke depot Motorhome pada pagi ini. Manakala Faiz dan Halim menguruskan peserta untuk bersiar-siar di “Internationale Jugendbibliothek” sebuah istana lama berusia 1700 tahun. Istana itu hanya beberapa minit jarak berjalan kaki sahaja. Kini, istana ini menjadi sebuah perpustakaan awam dan menempatkan sebuah gereja.
Aku berempat terus ke depot Motorhome dengan keretapi antara Bandar. Disini, tiket keretapi mengikut ketulusan hati masing-masing, hehehhe kenapa? Sebab tiada besi penghalang, tiada mesin untuk mengesan tiket dan tiada beratur panjang-panjang. Hanya beli tiket di mesin dan kita boleh menaiki semua kenderaan awam. Jika tiada tiket??? Boleh juga naik…pelikkan..tapi itulah pemikiran rakyat yang sudah maju, mereka secara automatik tak akan naik kenderaan awam jika tiada tiket. Kenderaan awam disini cekap dan efisyen.
Tapi awas, jika anda terkantoi sebab takde tiket, anda akan dikenakan panalti dan akan masuk court!!!
Sampai di depot Motorhome lebih kurang jam 11 pagi. Diberi penerangan oleh seorang Mat Salleh yang tak engsem (sape cakap semua mat saleh engsem??) bernama Alex..so basically semua paham apa sebenarnya motorhome..agak terkejut sebab apa yang dipaparkan didalam internet sebijik dengan apa yang dilihat sendiri..Bermulalah pengalaman memandu sebuah hotel…hehehehhe
Sampai semula di hotel lebih kurang jam 1 tghari. Berbekalkan GPS dan walkie talkie, semua pemandu telah sampai tepat pada waktu jangkaan. Memandu mmg mencabar sebab lefthand drive dan sistem jalanraya yang memeningkan kepala…lebih kurang setengah jam memandu barulah yakin dengan system sirkulasi disini. Tepat jam 3 petang, maka bertolaklah 4 buah motorhome ke Alpine Camping di Austria. Singgah sebentar di LiDP, sebuah pasaraya untuk melengkapkan lagi bahan mentah. Jarak perjalanan kira-kira 230 km daripada Bandar Munich. Pemanduan hari ini menaiki bukit. Suhu semakin dingin. Alpine Camping terletak diatas banjaran Alps. Udah macam Load of The Ring nih!!!!....
Suhu sangat sejuk dimalam hari..nasib baik baju tebal. Makan malam bersama dengan menu masing-masing. Makan berlatarbelakangkan banjaran Alps dan snow cap!!! Fasiliti elektrik dan air berfungsi dengan baik…Kemudahan lain pun ada, sauna, toilet dan lain-lain…pemandangan sekitar yang ak mungkin dilupakan….Fuhhhh….terharu…so tunggu apa yang bakal dinikmati esok hari…
No comments:
Post a Comment