"sometimes there is NO next time, NO second chance, NO time out.... sometimes....it's NOW or NEVER...."

Thursday, 28 April 2011

Day 3 EuroVac : Alpine Camping, Austria – Liechtenstein – Switzerland – Milan

Subhanallah…besar ciptaan Allah swt.  Pemandangan Banjaran Alps memang sukar diterjemahkan dengan kata-kata.  Sungguh kerdil kita berbanding kehebatan Ilahi.  Bangun pagi ini dengan nyaman dan segar. Pagi ini ada pertandingan nasi goreng.  Nasi putih disediakan oleh organizer dan setiap MotorHome akan menyediakan nasi goreng.  Macam biasa, organizer sebagai pengadil pertandingan dan pasti dapat makan free…hehehe…semua peserta mendapat markah penuh sebab telah berjaya mengenyangkan kami..Almaklumlah kami jauh dari ibu bapa… :)













Bertolak dari Alpine Camping ke Milan pada jam 12.20 tghari.  Merentasi kawasan kampung yang mendamaikan.  Fenomena dan suasana kampung mereka sangat teruja.  Cantik, bersih, tersusun dan pastinya pemandangan alam semulajadi yang melapangkan fikiran…rasa macam baru semalam setle hutang along ehheheh!!!!










Keluar dari kawasan perkampungan dan menuju ke sebuah negara kecil iaitu Liechtenstein.  Merentasi negara ini lebih kurang 1 jam dan tiba di Switzerland.


Ini mungkin budaya dan cara hidup mereka.  Diwajah mereka tergambar ketenangan dan kedamaian.  Hon tidak ditekan sesuka hati ditengah-tengah bandar. Walaupun kenderaan diberhentikan sesuka hati dibahu jalan.  Organizer semakin “matured” dalam menguruskan peserta. Rasa terharu dengan sokongan dan galakan oleh peserta.  Mereka juga bertambah selesa di MotorHome masing-masing. 

Switzerland!!!! Merentasi kawasan pergunungan yang panjang kira-kira 100 km..Sangat hebat..pemandangan yang tiada titik kepuasan.  Terasa nak menitis airmata merenung keindahan ciptaan Tuhan.. Bersyukur diberi kesempatan ini.  Sangat sesuai bagi mereka yang nak berbulan madu, menenangkan fikiran..Suhu sejuk antara 0-5 darjah walaupun matahari memancar..ditambah pula angin yang sepoi-sepoi bahasa latin meniup..Tiupan angin dari banjaran yang dipenuhi ais membuat tulang anda mengigil..kalau tulang pun menggigil, bayangkanlah anggota-anggota lain..Peserta yang berumur 8 tahun dan 71 tahun juga tidak ketinggalan untuk turun dari MotorHome untuk merasai pengalaman ini..Bagi diri aku pulak, inilah kali pertama aku melihat banjaran yang diseliputi ais.  Sebelum ini hanya melihat pembentukan ais di peti sejuk..heheh…Banjaran dan kawasan pergunungan yang diselimuti ais, putih, suci, gebu….fuhhh…Peserta ternyata teruja dan ianya tidak terluah dengan kata-kata..Tiada apa yang boleh digambarkan..Jatuh cinta pada Switzerland..Satu hari aku akan kembali ke sini lagi…




Meneruskan perjalanan ke Milan, Italy…mengakhiri pemandangan Switzerland..Banjaran ais sudah hilang dari penglihatan..namun hati masih tertinggal disana..tiba di sempadan Italy-Switzerland dan mula memasuki Bandar Milan..Kota besar, duit yang besar dan sifat penghuninya mula berubah..sebelum ini ramai yang mengingatkan, di Italy masyarakatnya kasar, keras dan kurang beretika..YAAAA!! ianya tepat sekali..Namun kami berdoa semoga sepanjang perjalanan, harap-harap tiada masalah yang akan timbul.  Sampai di camp-site lewat 2 jam dari waktu yang dijangkakan.. Ianya gara-gara mengambil masa yang lama di Banjaran Alps dan Banjaran sekitar Switzerland..Namun ianya sangat berbaloi!!!!!

Lebuhraya di Milan sama sesaknya seperti di Federal Highway, KL – Shah Alam..Manusia berpusu-pusu ke pusat bandar..entah apa aktiviti mereka..tersenyum dan terpegun sebentar apabila ada sebuah skuter yang ditunggang seorang Mat Saleh memotong MotorHome..skuter berjenama MODENAS…ehheheh congrate Malaysia!!!! Memecah masuk market skuter di Eropah!!!!











Tiba di Milano Camp-Site jam 9 malam..check in, masak, makan n tido….tired!!

Day 2 EuroVac From Munich Heading to Alpine Camping, Austria

Hari ini bersarapan pagi bersama semua peserta di sudut kecil Hotel Shaleus. Menu mudah, aneka roti & cheese.  Mereka nampaknya gembira dengan penginapan yang memiliki pemandangan dan cerita yang tersendiri.  Azrai, Ikhmal, Zahari dan aku bergegas ke depot Motorhome pada pagi ini.  Manakala Faiz dan Halim menguruskan peserta untuk bersiar-siar di “Internationale Jugendbibliothek” sebuah istana lama berusia 1700 tahun.  Istana itu hanya beberapa minit jarak berjalan kaki sahaja. Kini, istana ini menjadi sebuah perpustakaan awam dan menempatkan sebuah gereja.

Aku berempat terus ke depot Motorhome dengan keretapi antara Bandar.  Disini, tiket keretapi mengikut ketulusan hati masing-masing, hehehhe kenapa? Sebab tiada besi penghalang, tiada mesin untuk mengesan tiket dan tiada beratur panjang-panjang.  Hanya beli tiket di mesin dan kita boleh menaiki semua kenderaan awam.  Jika tiada tiket??? Boleh juga naik…pelikkan..tapi itulah pemikiran rakyat yang sudah maju, mereka secara automatik tak akan naik kenderaan awam jika tiada tiket.  Kenderaan awam disini cekap dan efisyen.

Tapi awas, jika anda terkantoi sebab takde tiket, anda akan dikenakan panalti dan akan masuk court!!!

Sampai di depot Motorhome lebih kurang jam 11 pagi.  Diberi penerangan oleh seorang Mat Salleh yang tak engsem (sape cakap semua mat saleh engsem??) bernama Alex..so basically semua paham apa sebenarnya motorhome..agak terkejut sebab apa yang dipaparkan didalam internet sebijik dengan apa yang dilihat sendiri..Bermulalah pengalaman memandu sebuah hotel…hehehehhe

Sampai semula di hotel lebih kurang jam 1 tghari.  Berbekalkan GPS dan walkie talkie, semua pemandu telah sampai tepat pada waktu jangkaan.  Memandu mmg mencabar sebab lefthand drive dan sistem jalanraya yang memeningkan kepala…lebih kurang setengah jam memandu barulah yakin dengan system sirkulasi disini.  Tepat jam 3 petang, maka bertolaklah 4 buah motorhome ke Alpine Camping di Austria.  Singgah sebentar di LiDP, sebuah pasaraya untuk melengkapkan lagi bahan mentah.  Jarak perjalanan kira-kira 230 km daripada Bandar Munich. Pemanduan hari ini menaiki bukit.  Suhu semakin dingin. Alpine Camping terletak diatas banjaran Alps.  Udah macam Load of The Ring nih!!!!....



Suhu sangat sejuk dimalam hari..nasib baik baju tebal. Makan malam bersama dengan menu masing-masing.  Makan berlatarbelakangkan banjaran Alps dan snow cap!!! Fasiliti elektrik dan air berfungsi dengan baik…Kemudahan lain pun ada, sauna, toilet dan lain-lain…pemandangan sekitar yang ak mungkin dilupakan….Fuhhhh….terharu…so tunggu apa yang bakal dinikmati esok hari…












Tuesday, 26 April 2011

Eurovac Day 1 - Munich, Germany

Yesssss this is brilliant project!!! 

8.30 am : Tiba di Munich, Germany. Alhamdulillah semua peserta dan pihak pengurusan melepasi imigresen yang agak cerewet di Amsterdam, Holland.  Mereka hendak memastikan kami bukan seperti warganegara bangladesh yang bersepah di Malaysia.  Transit sebentar di Amsterdam dan teruskan penerbangan ke Munich dengan pesawat KLM.  Cuaca dagak dingin 5 darjah pada waktu malam dan 10 pada siang hari.  Tiada masalah bahasa yang keterlaluan. Masyarakat disini sangat membantu.

1.00 pm : Check in di Schleuse Hotel yang berusia 600 tahun!!!! betul-betul bersebelahan dengan sebatang sungai.  Ada peninggalan kincir air dari nenek moyang empunya hotel. Sukar mencari makanan halal tetapi ada di sekitar bandar Munich yang dikendali oleh masyarakat Moroco dan Turki.

3.00 pm : Bersiar-siar di Bandar Munich. MARIENPLATZ : Great Architecture!!!! Peninggalan sejarah yang hebat..Melambangkan kehebatan Maha Pencipta.  Esok akan bermula perjalanan dengan motorhome!!









Friday, 22 April 2011

Mereka Telah Tiba Di Munich

Hari ini 2 rakan dari EuroVac Azrai dan Kepet telah tiba di Munich, Germany. Alhamdulillah, mereka selamat. Cuaca tidak terlalu sejuk. Banyak kerja dan tanggungjawab mereka yang telah disusun. Kami di Malaysia pula sibuk melengkapkan keperluan para peserta.  Harap-harap semuanya berjalan lanjar.

Wednesday, 20 April 2011

Badan kat Bangi, Hati Kat Milan



Fuhh..mcm tak percaya...aku akan berada di Europe..dan benda ni semua sebenarnya mmg impian aku sebelum nih...Banner dan bunting EuroVac dah di print...tahniah pada peserta dan tahniah pada aku jugak..Minggu ni nak balik kg minta restu mak bapak aku...Semoga diorg doakan anak dia nih..lagi satu, birthday bapak aku, ape nak belikan hadiah ekk??  kawan-kawan advice belikan dia spec...

Friday, 15 April 2011

Isshhhh Duit Sape RM1,000.00 ni?????

Ingatlah, setiap rezeki yang Tuhan tetapkan dalam hidup kita bukanlah hanya untuk diri kita.  Ada sebahagian daripadanya adalah hak mereka yg mungkin anda tidak kenali.  Jika dilihat dalam skop yang lebih besar, sesuatu rezeki itu adalah lebih molek jika dapat diagihkan kepada rakan2 yang lain...OPPPSSS ini bukan multilevel!!!!!


EuroVac memberi peluang kepada rakan2 sekelian untuk sama2 menjayakan program ini.  Setiap peserta yang anda kenalkan pada kami dan menyertai program ini, anda akan mendapat komisyen sebanyak RM1,000.00!!!! dan jika anda berjaya membawa 30 peserta yang akan menyertai, anda akan dapat menyertai program ini secara PERCUMA!!! Sebanyak RM200,000.00 komisyen menanti anda!!


Bagaimana menjadi agen EuroVac?


Ada 2 cara untuk menjadi agen program ini.


Online Agen
1. Anda boleh melayari www.eurovac.my dan pergi ke ruangan Affiliate. Pendaftaran adalah percuma.
2. Setelah anda mendaftar, secara rasmi anda adalah agen kami. 
3. Didalam akaun anda, terdapat ruangan Promosi
4. Klik pada promosi dan terdapat pilihan Banner
5. Anda akan mendapat URL bagi banner yang dipilih
6. Copy & Paste URL tersebut di FB, Myspce, tagged, blog, website dan apa-apa sahaja di paparan internet anda..
7. Jika ada mereka yang berminat dan klik pada banner anda, secara tak langsung akan terus masuk ke website EuroVac.  
8. Jika mereka mendaftar sebagai peserta, secara automatik mereka adalah pelanggan anda
9. Selepas mereka membuat bayaran penuh, sistem akan terus transfer komisyen anda ke dalam akaun bank yang anda sertakan.


Offline Agen
1. Ianya adalah agen berbentuk fizikal
2. Fahami program ini dan keistimewaannya kerana anda harus bersedia menerangkan perjalanan program ini kepada pelanggan
3. Dapatkan bantuan dari syarikat jika ada sebarang soalan atau pertanyaan oleh pelanggan anda.
4. Jika mereka berminat, bayaran haruslah dibuat kepada akaun NARSQO HOLIDAYS SDN BHD
5. Bayaran boleh dibuat melalui Tunai, Kad Kredit atau Bank Transfer
6. Minta pelanggan anda simpan resit bayaran
7. Setelah puhak syarikat menerima penuh bayaran ini, anda akan menerima komisyen anda


So, apa tggu lagi????? JOMMMMMMMMMM



Thursday, 14 April 2011

Bersyukur Dengan PemberianMu Ya Allah

Hari ini damai dan tenang..banyak kerja yang perlu aku setlekan sebelum Program EuroVac bermula.  Harap dapat penuhi sebelum aku berangkat ke Europe minggu depan.  Bukan mudah untuk menguruskan 3 company dalam satu masa, tiada lagi ruang kosong untuk berfoya2..hehehe dan kadang-kadang sampai terpaksa delay breakfast bawa sampai ke malam..wahhh kalu aku puasa mesti dah byk hari aku cover...

Ni la checklist yang aku kena setlekan sebelum keberangkatan.

AERO INSPIRE ENGINEERING SDN BHD :
1. PO MAS yang tersangkut2
2. Produk Chemical yang ingin di pasarkan di Sekolah Teknik & Vokasional Seluruh Malaysia

TRS MEDIA SDN BHD :
1. Projek JKKP
2. Modul
3. Business Plan
4. Marketing Strategy 

EuroVac :
1. Check List
2. Cari Sale Person
3. Kedutaan
4. Raw Meterial
5. Travel agent as our agen!!

Banyaknye keje aku!!!!!!!!! kini sudah kurang sikit damainya... :)

EuroVac Tinggal 6 Hari Lagi!!!!

Penantian hampir pasti.  Bukan sebuah mimpi lagi..Tinggal 6 hari lagi Program Menjelajah ke 9 buah negara eropah akan bermula.  Ini yang pertama di Malaysia dan yang pertama di Asia!!!! dan ofcoz yang pertama dalam hidup aku..ini program aku!!!! excited mood.

Pada 21 April, Azrai sebagai Vacation Planner dan Zahari sebagai Motorhome Manager akan bertolak lebih awal.  Persediaan harus jitu. Mereka akan sampai 4 hari lebih awal dan menyediakan segala keperluan..Semoga semuanya diuruskan mengikut perancangan. Inilah hasil pembangunan idea hampir 2 tahun lalu..dan moga mendapat bantuan dari Allah SWT.

Aku akan pastikan dengan segala kudrat dan persediaan yang telah dibuat menjadikan setiap peserta berpuashati dengan program ini. Senyuman mereka kepuasan bagi aku.  Ucapan tahniah pada Azrai yang menjadi tulang belakang kepada portfolio yang dipegang.  Program ini menjadi titik tolak kepada pembangunan keusahawanan kepada rakan2 yang telah diberi peluang.  Kejayaan program ini adalah kejayaan peribadi aku untuk buktikan bahawa aku mampu melahirkan usahawan yang baru..Inilah tanggungjawab sosial yang aku cuba jalankan, harap ianya mendapat keredaan Ilahi.

Malam ini tidur dengan senyumannnnn :)


More Information, Please visit www.eurovac.my 



Terima Kasih Pada Semua Peserta Yang Sporting dan Sangat Supportive!!

SENARAI PESERTA EUROVAC TRIP 1 
(25 APRIL - 5 MEI 2011)




DATO' MOHAMED ZAINAL ABIDIN & KELUARGA
DATO' MOHAMED ZAINAL ABIDIN B ABDUL KADIR
DATIN MAZIAH BINTI ZAKARIA
MOHAMAD ZAID BIN MOHAMED ZAINAL ABIDIN
NORIDA BT MD JANI
ZIL AKMA JAHAYA



SAUDARA ABDUL NASSER & KELUARGA

ABDUL NASSER BIN ABDUL RAHMAN
NORHAYATI BINTI SHAARI
AIMAN NUQMAN BINTI ABDUL NASSER
AINA NUREENA BINTI ABDUL NASSER



CIKGU AHMAD NAWAWI & KELUARGA
AHMAD NAWAWI B MOKTHAR
HASNAH BT MAN
ZAKIAH ANIS BT AHMAD NAWAWI


SAUDARA MOHD HASBI & ISTERI
MOHD HASBI BIN HASSAN
ZALEHA BINTI ZAKARIA


PERSEORANGAN
MUHAMMAD IKHMAL BIN NOORIZAN
FAIRUS BIN MOHD TABIEE
MOHD AZRAI BIN ASARI
ABD HALIM HADI BIN TALIB
ZAHARI BIN KHAMIS

Tuesday, 12 April 2011

Emelda Demam Campak!!!

Aduhaiii...baru nak bergumbira pasal mel punya enzima dah kurang...n hampir hilang terus, tetiba mel kena demam campak pulak...tangan, kaki, badan n muka dah kuar bintik2 merah, ada yg dah pecah...gatal tapi pedih..tapak kaki ada merah2 jugak, sakit nampaknya sebab kulit dia kat kaki kan tebal..so nak pecah xbole...memel jalan dencut2 sebab tapak kaki dia sakit...sian dia...tadi dia lupa, sambil baring seronok2,tetiba terus bangun, nampak muka dia tahan sakit..aduhai...luruh jantung gua siottt...ketika blog ni aku taip, memel ada kat sebelah aku nih, sambil tgk tv n sambil moody2...

tugas memel hanya ckap " papaaaaaa, gatal nih......"...aku pun dengan sepantas kilat garukan tempat dia gatal..sebab kalu dia garu pakai kuku..so nanti pecah2, pedih....so biar aku je garukan....tapi rasa xlarat pulak sebab dah dari tadi mcm nih..

tadi dah jumpa doc, dapat ubat...jap lagi bagi dia makan ubat n tido...tapi mel untung time2 mcm nih, dapat perhatian penuh, sorang belikan kfc,sorang belikan air kelapa, aku lak melayan segala kerenah dia..seronok tapi penat wooooo!!!!!!

Final Briefing for EuroVac Trip 1

Alhamdulillah, briefing EuroVac Trip 1 telah diadakan di NZ KLCC pada hari Sabtu lepas.  Mereka kelihatan gembira dengan beberapa perubahan pada perjalanan.  Apa taknye, tambah lagi 2 negara, now EuroVac akan merentasi 9 buah negara!!!!!

Famili abg Nasser tak dapat hadir atas masalah tertentu. Dato' Zainal n Datin ada urusan lain dan kurang sihat.  Jika mereka ada, pasti lebih meriah.

Terima Kasih banyak2 peserta EuroVac Trip 1.  Jumpa nanti di KLIA pada 25 April!!!!