"sometimes there is NO next time, NO second chance, NO time out.... sometimes....it's NOW or NEVER...."

Saturday, 21 February 2015

TGNA PERMATA NEGARA

Harini genaplah seminggu kembalinya roh TGNA ke pangkuaan kekasihnya. Kekasih yang abadi.

Aku bukanlah ahli PAS. Sepanjang aku hidup pun, belum ada seorang kawan pun yang pernah menghulurkan borang keahlian PAS pada aku. Jika ada pun, mungkin aku hanya akan ambil untuk menjaga hatinya dan akan simpan. Kerana aku tidak pernah mengkagumi parti. Aku lebih mengkagumi pemimpin. Walau dari mana pemimpin itu datang, parti hanya wadah politik. Aku tidak menolak bahawa dalam islam ada politik, dalam politik ada nilai islam. Ianya tidak boleh dipisahkan. Cuma aku tidak berminat melihat hanya dari perspektif itu. Jika terlalu taksub dengan hanya satu perspektif, dunia ini akan sempit. Kemampuan berfikir akan terbatas.

TGNA, yang harini dalam jagaan reda Ilahi hendaknya adalah sosok pemimpin yang sangat aku hormati, sanjungi dan sayangi. Biar tidak pernah bersua muka, bersalaman mahupun mendengar ceramah agamanya secara live, tapi hati aku dekat dengannya. Pemergiannya dengan linangan airmata. Pasti bukan aku seorang, beratus ribu lagi atau lebih dari itu.

TGNA pemimpin hebat. Dia hebat dalam bidangnya. Dia bukan calang2 guru. Bukan calang2 pemimpin. Cita2nya besar. Kepimpinannya penuh integriti. Dari aku kecil sampai besar, 33 tahun hidup, nama TGNA berulang2. Bagi musuh politiknya tentu berita yg kontra dari penyokongnya. Itulah mengapa aku menolak politik.

Bila dikenang2, dibayang2 harini, diselami dalam2, sebenarnya kita semua kehilangan sebiji permata yang bersinar. Keperibadiannya yang ada pada TGNA tidak terjumpa diraut wajah pemimpin2 yang ada hari ini. Najib, Anwar, Muhiddin, Harun Din, Hadi tidakkan sama dengan "kelembutan" raut wajah TGNA. Pemergiannya melahirkan mood yang suram dan gelap.

Walau ditomah, difitnah, dihina dan diperkecilkan, bukan sehari, bukan sebulan, berpuluh2 tahun, wajah sejuknya tetap sama. Perjuangannya tetap sama. Perjuangan yang ikhlas lahir dari dirinya. Memimpin dengan penuh tauladan. Tauladan itu yang kita mahukan. Bukan omong kosong politikus biasa kelingking berkait. Beliau dihormati kawan dan lawan.

Kesederhanaan yang ada pada TGNA itu yang menjadikan aku malu. Zuhud. Belum ada dalam Malaysia rumah MB hanya seperti rumah nenek aku di kampung. Tidak hebat seperti pemimpin lain. Ini MB, bukan ketua kampung.

TGNA, berbahagialah kau disana dengan bunga2 syurga hendaknya. Semoga kita dipercepatkan mendapat pengganti kepada permata yang pernah Allah swt pinjamkan pada kita semua. Moga segala amal jariahnya mendapat balasan Allah. Moga segala ilmu yang bermenfaat dilemparkan dihati kita juga dalam pengiraan Allah. Moga doa anak2 yang soleh terus meneranginya disana...Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!! Amin.

Al Fatihah.

- Fairus Mohd Tabiee -

No comments:

Post a Comment