Malas rasanya nak menulis berkaitan kenaikan minyak ni. Dah muak, dah menyampah, nak muntah macam minum ketum 2 gelas!! Tapi jari bergerak sendiri walau dihalang. Kuat betul kuasa hantu minyak ni.
Minyak naik lagi. 20sen. Tidak banyak. Bukan RM2, bukan RM20. Tapi kesannya juga bukan RM2, bukan RM20 tapi jauh lebih besar dari itu.
Berduyun2lah bersusun kereta, lori dan motosikal untuk mengisi minyak pada malam pengumuman. Macamlah minyak yang akan diisi boleh bertahan 20 tahun. Kasian pakcik2..abg2..dan awek cun yang menunggu..jika diisi RM100 pada malam itu, dapatlah jimat RM9.40...esok lusa kena isi lagi..jika motosikal diisi RM10, maka dapatlah berjimat RM0.94..
2 3 hari lepas sibuklah pak menteri bersilat, ber teakwando menepis amukan umum. Bukan main garang lagi langkah nya. Selendang merah dan tali pinggang hitam dipakai ketat2. Takut terlucut. Berbuih mulut menjerit2. Tepis sana, tepis sini, kunci sana, kunci sini..tapi kadang2 terlepas juga penumbok sekali dua.
Alasan kali ini diulang2. Cuma nilai global minyak tak boleh disandarkan kali ini. Sebab minyak dunia trendnya sedang menurun. Maka 2 3 bulan dulu, ada hal curi2 minyak di sempadan Thailand. Maka diulang lagi. Minyak naik di Malaysia, orang siam juga yang salah. Dibanding2kan lagi minyak di jajahan lain. Kita lebih murah. Sebelah sana pula cakap, kita pengeluar minyak sepatutnya harga minyak kita lebih murah lagi. Ini sudah berapa tahun didebatkan? Apa hasilnya?
Dihairankan, jika alasannya minyak dicuri, kenapa tak diselesaikan masalah curi itu dulu? Jika dinaikkan sekali pun, harga di siam masih lebih mahal. Tidakkah ianya akan tetap dicuri lagi? Kalau ini pegangan yang kuat untuk kefahaman umum, ianya hanya selesai jika harga minyak di Malaysia dan di Siam sama kadarnya. Maka bersiap sedialah..
Kan elok, jika alasan kenaikan ini jika benar kerana minyak kita dicuri, maka diperhebatkan kawalan sempadan, dikunci pintu keluar masuk kuat2. Diingatkan, yang lolos di sempadan bukan saje minyak, tapi beras, "ayam", tukang masak tomyam, ToTo Narita.. maka akan selesailah lebih banyak masalah..alasan kerana minyak dicuri maka harga dinaikkan itu cerita katon, sebiji macam cerita Hagimaru..
Penarikan subsidi dan kenaikan harga minyak, dipusing2..supaya umum yang biasa2 komfius..ianya tidak dinaikkan, tetapi ditarik..apa pun bahasa yg digunakan, selembut mana pun lidah berpintal2 mengatur ayat, realitinya harganya akan tetap berubah dari sikit kepada banyak...itu sahaja..
Dikhabarkan juga penarikan subsidi ini tidak mahu memberi peluang sama rata kepada mereka yg berpendapatan tinggi dan sederhana. Biarlah ianya hanya dinikmati oleh mereka yang berpendapatan rendah. Suci niat itu. Jika syurga dapat dilihat, hanya tinggal beberapa tapak untuk sampai ke destinasi. Tidak perlu guna Waze untuk cari lokasinya.. tapi alasan ini juga katon..lebih katon dari cerita katon yang pertama tadi..menjadi org yang berpendapatan sederhana dan tinggi ini sudah macam dosa besar..nasib baik ini minyak, jika udara boleh dikawal, pasti ada jumlah yang juga perlu dibayar. Akan ada meter yang dipasang dihidung masing2..Tidak boleh dikongsi2 lagi..
Begini, jika betul subsidi ini golongan sasarannya kepada mereka yang berpendapatan rendah, ayuh ciptakan satu makanisme pengagihan yang sempurna.. tokey kilang dan pekerjanya mempunyai kadar yang berbeza ketika mengisi minyak..jika makanisme itu belum ada, atau tidak releven..maka alasan itu belum boleh dijadikan alasan lagi..jika sudah ada dan ternyata berkesan, silakan...
Penjimatan melalui penarikan subsidi ini akan digunakan untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah..itu sgt bagus..tetapi yang tidak bagus, ianya adalah "akan"...bila digunakan perkataan akan, ianya belum pasti..boleh jadi "ya" boleh jadi "tidak"...
Pendekatan dengan mengagihkan duit BRIM itu juga bagus..tapi jika penjimatan yang dibuat ini semata2 untuk pengagihan BRIM yang dianggap penerimanya adalah golongan sasaran, itu tidak bagus..BRIM adalah bantuan jangka pendek..yang mungkin boleh membantu dalam tempoh sebulan dua..tidak mungkin setahun..belum ada cerita penerima BRIM bebas dari kemiskinan dengan hanya bermodalkan duit BRIM yang diterima. Belum dengar penerima BRIM mampu membuka perniagaan kecil2lan dengan hanya menerima bantuan ini. Jika ada pun, promosinya tidak sehebat gedung JAKEL.
Minyak dijadikan isu politik yang hebat..bila ianya jadi hal politik, maka akan ada golongan yang mempertahankan dan satu lagi membangkang..politik Malaysia masih ditakuk ini..yang mempertahankan kadang kala dia juga menggaru kepala ketika dikaunter bayaran minyak..sikit sebanyak keluh juga didalam hati..tetapi untuk bersuara dan memberi pendapat, jauh sekali..jadi HARAM hukumnya.. yang membangkang juga begitu, kadang2 tidak tahu apa yg harus dibangkang..
Percaya atau tidak, sedar atau mimpi, kesan kenaikan minyak ini akan tetap membebankan..walau dihalang sekuat mana pun, pasti selepas ini barang2 akan naik, minuman dan makanan akan naik, keperluan akan naik..BOHONG kalau peniaga dapat bertahan..lihatlah kesannya nanti...hanya hal RM0.20, tsunami harga akan berlaku..menteri tiada masa 24jam untuk mengawal..loloslah lagi...
Nafas terakhir umum adalah pengumuman belanjawan negara yang akan datang. Kemana hendak dibawa rakyat umum ini lagi..kekiri, kedepan, kekanan atau kebelakang..atau pun rakyat akan memacu diri mereka sendiri..
Yang pasti dan yang wajib ketika ini, sudah bertambah satu lagi bebanan..dan menunggu tirai GST pula 6 bulan lagi untuk dibuka..
Kepada kerajaan yang dicintai, dengarlah keluh kesah rakyat terbanyak. Ingatlah kerana mereka anda berbatal empuk harini. Rakyat dambakan hati2 mereka dibelai dan dikasihi..kepentingan mereka diperhati..layangkan mereka dengan mimpi2 indah pula..menunggu dan terus menunggu...
Tidaklah berniat untuk menghasut membenci sesiapa..cuma marilah sama2 kita berfikir dan memberi pendapat..walau pendapat kadang2 pahit nak diluah..ibarat muntah, kotor dan busuk..tetapi bila diluah, maka sihatlah badan..
Fairus Mohd Tabiee
Pengguna Petrol Malaysia
No comments:
Post a Comment