Korang tau ke Make The Pitch tu mende?? Dulu aku pun tak tau.. satu hari tu aku baru balik dari opis..tengah lepak2 tengok TV..pastu aku pun buka la satu rancangan secara kebetulan...dan ianya teruslah bermula satu episod yang baru dalam idup aku...jenggg jenggg jenggg..
Make The Pitch ni adalah rancangan realiti keusahawanan yang dianjurkan oleh Media Prima dengan sponser dari MyEG, Sme Corp, RHB Bank dan banyak sponser-sponser yang lain.
Tahun lepas aku ada tengok rancangan ni kat TV dan aku rasa bisness yang aku buat sekarang ni sgt unik..so apa salahnya aku mencuba..Kemudian pada awal tahun ni aku pun cuba la antar borang untuk sertai season kedua nih...Alhamdulilah, bisness yang aku usahakan (EuroVac) terpilih sebagai peserta musim kedua.
Memula aku tak sangka jugak sebab aku fight dengan ratusan idea2 baru dari syarikat2 lain..Tapi mmg dah menjadi rezeki yang Allah tetapkan..syukur aku dapat join rancangan nih..semasa aku taip entry nih, Eurovac telah terpilih ke semi final. Menggigil jugak memula..tapi aku redah je la apa nak jadi pun...
Perrrgghhh memang gigil beb..tapi bila dengar judges Comments lega sangat... Untuk ke second round nih aku lebih bersedia.. Mmg aku akan bagi kaw-kaw punya!!! Oppsss...korang boleh layan rancangan nih setiap hari Khamis 10.30 mlm di TV8...
No comments:
Post a Comment